Wednesday, April 14, 2010

Be With You 8

Posted by Snow_Queen at 1:39 AM

“Mari ikut pak cik” dan lelaki itu buka pintu bilik bawah tanah. Yang lain ikut dari belakang.
“eh sama dengan mini library yang kita jumpa la” Violet memandang sekeliling. memang tak salah lagi. Cuma kedudukan mini library tu agak berbeza. Yang ini berada di bilik bawah tanah manakala mini library yang mereka jumpa tu di atas syiling.

 Sebahagian daripada mereka duduk di atas kerusi. Sebahagian lagi berdiri.
“Clover, Violet dan Lilith seperti yang pak cik katakan tadi diri kamu semua mempunyai kuasa istimewa. Kuasa apa hanya akan di ketahui apabila ‘ia’ bangun nanti. Tugas kamu adalah menolong mereka yang lain menangkap 10 kad kuasa tertinggi.” Pak cik Lee melihat 3 anak gadis di hadapannya.
“menangkap kad?” Lilith mengerutkan keningnya.
“betul..kami sebenarnya adalah cardcaptor. Setakat ini kami telah mengumpul 190 kad dan masih lagi mencari lagi 10 baki kad untuk mengenapkan bilangannya kepda 200” Onew menyampuk.
“errr cardcaptor? Tak berapa faham. Terangkan lagi” Violet memandang Onew.
“macam ni. dalam dunia ni ada 200 keping kad yang mempunyai kuasa tersendiri. Pada asalnya kad-kad ni telah di simpan rapi tetapi entah bagaimana kad ini telah di bebaskan. Jadi pada suatu hari pak cik Lee telah meminta kami menolong cari balik kad-kad yang telah terlepas ni dengan kebolehan kami. Tetapi untuk 10 kad yang terakhir ni agak sukar kerana mereka mempunyai kuasa yang lagi kuat daripada kad-kad yang sebelum ni.”
“betul..setakat ni tiada kesan kehadiran atau aktiviti yang di lakukan oleh kad-kad berkenaan menjadikan langkah kami buntu” Mint menyampuk.
“jadi macam mana kami boleh tolong?” Clover menyoal.
“di sinilah peranan kamu, violet dan Lilith akan bermula. Kamu bertiga perlu bergabung tenaga dengan yang lain untuk menangkap 10 buah kad tu. Jika kad-kad tu jatuh ke tangan yang tak sepatutnya buruk akibatnya” pak cik Lee menyampuk.
“kadang-kadang kehadiran kad tu boleh jadi dalam bentuk apa sahaja. Jadi kamu perlu berhati-hati. Jangan merayau sesuka hati. Kalau nak pergi mana-mana pastikan diri kamu bertiga di temani oleh salah seorang daripada kami kerana kuasa kamu masih belum aktif jadi kamu tak boleh merasai kehadiran kad-kad berkenaan.” Jasmine menyampuk. Lilith, Clover dan Violet mengangguk.
“jadi kami perlu tinggal di sini sampai la 10 kad berkenaan di tangkap baru kami boleh pulang ke dunia kami?” Violet menyoal. Pak cik Lee mengangguk.
“ini adalah buku untuk menyimpan kad-kad yang telah di kunci dengan jampi” pak cik Lee menunjukkan sebuah buku kepada mereka.

“aku harap kad-kad tu di tangkap secepat mungkin. tak sanggup aku nak tengok muka perempuan kuat makan hari-hari” Key memandang Clover.
“aku pun tak hingin nak tengok muka kau. Muka kambing lagi lawa” Clover memandang ke arah lain. pak cik Lee senyum sinis memandang mereka semua.
“tapi..pak cik lupa nak bagi tahu kamu semua syarat untuk menangkap 10 kad terakhir tu” pak cik Lee simpan balik buku berkenaan ke tempatnya.
“APA DIA??” semua bersuara serentak

3 under spell:

apple_pie said...

ala2 cardcaptor sakura...tp tetap jln ceritanye berbeza..kn2...
suke2....

Snow_Queen said...

apple_pie..yup jln cter dia completely berbeza dr cardcaptor sakura..cme yg sme khadiran kad saje..^^

Anonymous said...

mcm cite dlm komik..
hehe
best2

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review