Tuesday, April 13, 2010

Be With You 7

Posted by Snow_Queen at 9:46 PM

     “pak cik Lee. Apa pak cik buat di sini?” Onew memandang lelaki tua tu. Namun lelaki yang di panggil pak cik Lee tu buat tak tahu dan terus berdiri di hadapan Clover. Dia meneliti Clover dan kemudian Violet. Dia mengangguk perlahan.
“memang tak salah lagi. Kamulah orangnya” Pak cik Lee bersuara. Yang lain buat muka pelik.
“errr boleh Pak cik jelaskan?” Key bersuara.
“mereka berdua ni yang akan membantu kamu tangkap lebihan baki kad yang ada” Pak Cik Lee bersuara.
“mereka? pak cik jangan la buat lawak? Mereka tak ada kuasa langsung” Jong hyun senyum sinis.
“eh okay apa..mereka ni lawa lagi bergaya hehehe” Pak cik Lee senyum gatal memandang Violet.
“YAH!! Lelaki pervert” Violet menutup dadanya dengan bantal apabila lelaki itu merenung dadanya.
“Pak Cik!!!” Jasmine menjerit kecil.
“hehehe..pak cik bergurau saja..kamu semua jangan pandang rendah terhadap mereka. mereka mempunyai kelebihan yang tiada pada kamu” pak cik Lee mengusap janggutnya.
“betul..kelebihan makan banyak memang bukan semua orang ada” Key memandang Clover.
“YAH!! Kau nak mati sangat ke?” Clover dah menggengam penumbuk.
“kalau kau boleh bunuh aku..silakan aku dengan rela hati tunggu” Key jeling lidah kepada Clover. Onew melibas tengkuk Key. Clover gelak perlahan.
“jadi..pak cik tahu kenapa kami di hantar ke sini dan tahu macam mana kami boleh balik ke zaman kami semula?” Violet menyoal. Pak cik Lee mengangguk sambil tersenyum.
“jadi..pak cik boleh la hantar kami balik sekarang?” mata Clover dah bersinar-sinar.
“ohohoho..boleh..tapi tak semudah tu aku nak melepaskan kamu balik. Kamu dan Lilith harus menolong mereka semua dulu” pak cik Lee letak syarat.
“apa-apa sahaja pak cik. Tapi asalkan bukan bekerja dengan kunci” Clover senyum sinis.
“yah..kau nak mati ke?” Key mendesis. Clover jeling lidah kembali kepada Key.
“tapi apa yang harus kami buat? Dan kenapa tiba-tiba saya kena join sekali?” Lilith menyoal.
“entah..si nerd ni bukan tahu apa-apa melainkan buku..buku..buku” Minho senyum sinis.
Lilith menjeling Minho. Kalau jelingan tu ada kuasa tembus nescaya akan tembus si Minho tu.
“Lilith..kau ada kuasa yang kami perlukan. Begitu juga Violet dan Clover..harap kamu bertiga sudi membantu kami” pak cik Lee memandang ketiga-tiga anak gadis di hadapannya dengan penuh harapan.
“tapi kerja apa yang kami perlu buat? Lagipun kami ni bukan ada kuasa pun.” Clover bertanya dan pak cik Lee menarik senyum nipis.

2 under spell:

epy elina said...

hohooh....
crta smkin mnrik...
pe kuasa violet n clover....
smbung2x...
pe yg trjdi...
smp mrk prgi ke msa hdpn...

kumako said...

yah..itu dia..kje apa?? nak taw la..tak sbr2..

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review