Tuesday, April 13, 2010

Be With You 6

Posted by Snow_Queen at 9:45 PM

    Seorang demi seorang masuk ke dalam ruang tamu.

 Clover berdiri menghadap tingkap menikmati pemandangan di luar bagi menenangkan hatinya yang resah. Dia rasa kepalanya akan meletup kerana terlalu banyak berfikir.
“semua orang dah ada di sini. Jadi apa yang kau nak beritahu kami?” Jong Hyun bersuara memandang Clover yang berdiri membelakangkan mereka semua.
“kau jangan nak buang masa kami.. kitaorang ada banyak kerja yang nak di buat” Key memerli. Clover pusing menghadap mereka semua.
“okay..aku tahu mungkin benda ni kedengaran gila tapi semua ni reality” Clover membuka bicara.
“apa yang kau cuba nak beritahu kami” Jasmine memandang Clover.
“aku dan Violet…kami bukan dari sini” Clover memandang manusia yang di hadapannya satu persatu kecuali Key.
“okay..kau memang bukan dari sini..kau dari Alexandaria” Mint menyampuk.
“bukan tu maksud aku..”
“habis kau bukan dari Alexandaria?” Minho menyapuk pula.
“bukan..bukan kitaorang memang dari Alexandaria”
“pulak..pening kepala aku” Key menggosok belakang tengkuknya.
“biar la dia terangkan dulu. Korang jangan menyampuk” Lilith bersuara.
“hey nerd. Just shut up” Minho menempelak.
“yah Minho kau la yang patut diam” Lilith menyelar kembali. Violet dah pegang dahinya.
“hey guys..shut up..mari kita dengan apa yang Clover nak cakap” Violet bersuara dengan nada tinggi. Yang lain terus senyap.
“maksud aku..kitaorang bukan dari zaman ni” Violet memberi tahu. Yang lain tergamam mendengar kata-kata Clover sebelum pecah ketawa masing-masing melainkan Minho dan Violet. Clover dah muncung.
“aku rasa kau dah banyak sangat tengok cerita sains fiksyen” Key menyelar.
“entah..kuat berangan sungguh” Jong Hyun menyampuk.
“apa maksud kau?” Serius Minho menyoal. Yang lain memandang Minho.
“look sekarang tahun 2030 betul?” Clover menyoal. Yang lain mengangguk.
“2030? Kau biar betul Clover bukan ke sekarang baru 2010?” Violet bertanya.
“Exactly Vee..kita hidup pada zaman 2010 tapi di sini dah 2030. Kita berada 20 tahun terkehadapan” Clover memandang Violet. Violet menelan air liur kesat.
“ini tak masuk akal” Mint bersuara.
“memang betul tak masuk akal. Tapi semua ni reality. Kami berdua terperangkap di sini ini juga menjelaskan kenapa kami tiba-tiba berada di rumah korang.” Semua mula ambil serius apa yang di katakan Clover.
“selamat datang..Clover dan Violet..kedatangan kamu amat dinanti-nantikan” Clover dan Violet melihat seorang lelaki tua berdiri di hadapan pintu.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review