Tuesday, April 13, 2010

Be With You 5

Posted by Snow_Queen at 9:44 PM

     Pegawai polis di hadapan Clover mengerutkan keningnya. Clover dan Violet dah menggigil.
“Cik awak betul-betul pasti ke? Dah banyak kali saya cari Alexandaria tapi tiada dalam peta.” pegawai polis berkenaan menggaru kepala. Yang lain-lain juga memandang Cover dan Violet hairan. Tae Min dan Minho memandang sesama mereka.
“jangan-jangan perempuan ni tak siuman?” salah seorang rakan pegawai tu berbisik dengan kawan-kawannya yang lain. Clover yang mendengar menjeling.
“minta maaf la tapi saya masih siuman” Clover senyum sinis. Pegawai polis tadi berdehem dan meneruskan kerjanya kembali. Clover bangun dan meluru keluar dari balai polis tu. Dia betul-betul rasa fed up lantas dia berjalan tanpa mengetahui hala tuju ke mana dia nak pergi. Clover berhenti berehat di bangku di tepi jalan raya. Dia memerhatikan suasana Bandar Burberry. Semuanya tampak moden. Ruang pejalan kaki di gantikan dengan escalator begitu juga jejantas. Tak perlu lagi bersusah payah mendaki tangga. Di lihat restoran makanan segera. Pekerja-pekerja kedai tak lagi perlu bersusah payah untuk mengelap atau mencuci lantai semuanya bergerak sendiri seolah-olah ada kuasa magis yang menggerakkan barang-barang berkenaan. Tv iklan juga berbentuk hologram. Tiba-tiba idea melintas di kepalanya. mustahil semua ni ada di zamannya melainkan dia merentas zaman. Mungkinkah dia di sedut ke masa hadapan? Kalau betul macam mana dia sampai ke sini? Sedang dia asyik berfikir sekumpulan lelaki berdiri di hadapannya.
“hei..nak temankan kitaorang pergi berseronok?” kata salah seorang lelaki kumpulan berkenaan.
“seronok my ass” Clover mendesis.
“wow..aku suka type yang garang macam ni” sorang mamat berambut warna hijau cuba memegang tangan Clover dan sebagai hadiah kerana biadap Clover menendang celah kangkang lelaki tu. Yang lain cuba nak menyerang tetapi kesemua mereka jatuh dalam sekelip mata. Clover melihat Tae Min tersengih melihat dirinya.
“kau tak patut merayap sorang-sorang. Di sini bahaya. Jom balik. Minho dan Violet dah gerak dulu.” Tae Min mangajak. Clover bangun mengikut Tae Min.
“err boleh aku tahu berapa haribulan harini?” Clover bertanya.
“2/5” Tae Min memberitahu.
“tahun?” Tae Min memandang Clover pelik.
“2030”
Clover rasa segala tenaganya di sedut. Dia berada 20 tahun ke hadapan. Tak mustahil yang Bandar ni begitu maju tapi apa yang terjadi dengan Alexandaria? Takkan pupus macam tu je.
“kau ok?” Tae Min memegang lengan Clover.
“aku..aku akan jelaskan kat korang. Lepas balik ni kumpulkan semua orang kat ruang tamu” Clover meminta tolong Tae Min.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review