Tuesday, April 13, 2010

Be With You 4

Posted by Snow_Queen at 12:25 AM

  Tae Min mengetuk pintu bilik Clover tetapi tiada sebarang jawapan. Dia masuk ke dalam. Di lihat Clover tidur dengan nyenyak. Dia menggoncangkan tubuh Clover perlahan. apabila Clover melihat Tae Min dia terus bangun dan duduk. Tae Min senyum manis.
“masa makan malam” Tae Min memberitahu. Clover mengikut Tae Min ke meja makan. Sempat lagi dia memerhatikan hiasan-hiasan di istana tu. Dia tergamam sekali lagi apabila tiba di ruang makan.

Dia duduk di sebelah Violet yang kosong.
"kau dah okay?" Clover memandang Violet yang sedikit pucat. Violet mengangguk kepala.
"kenapa kau boleh pengsan tiba-tiba?" Clover menyoal lagi.
"entah..agaknya sebab pening sangat kot" perbualan mereka terhenti apabila yang lain-lain dah ambil tempat. masing-masing di meja makan. Tapi dia paling tak suka apabila Key duduk di hadapannya.
“err makanan akan di hidangkan sebentar lagi. Sebelum tu apa kata kita berkenalan” Onew membuka bicara apabila semua nampak kekok.
“saya Onew, di sebelah kiri saya Jong hyun, Tae Min, Key, Minho, Mint dan Lilith” Onew memperkenalkan.
“saya Violet boleh panggil Vee dan ini Clover” Violet senyum manis memandang semua orang.
“bwoh Clever?” Key memandang Clover.
“kau pekak ke tak reti sebut?” Clover senyum sinis.
“ah memang sesuai dengan nama tu memang sesuai dengan orang yang bongkak” Key senyum sinis. Entah kenapa dia memang tak ngam dengan perempuan di hadapannya. Clover menggengam penumbuknya. Violet senyum kecil nampaknya Clover dah jumpa orang yang sesuai dengan dia.
“heh apa yang hebat sangat dengan nama Key? Kunci? Nama yang paling lawak sekali pernah aku dengar” Clover tak mahu kalah. Yang lain-lain senyum. Nampaknya Key dah jumpa orang yang benar-benar padan dengan dia.
“hei apa yang kecoh-kecoh ni?” Jasmine keluar dari dapur dengan membawa hidangan.
“ah yang ni Jasmine. Mine ni Violet dan Clover” Onew memperkenalkan. Jasmine senyum manis dan ambil tempat sebelah kanan Onew. Mereka semua makan dengan berselera sekali. Lagi-lagi Clover dia memang pantang nampak makanan.
Perempuan ni biar betul. Macam tak pernah nampak makanan Key melihat muka Clover berseri-seri apabila jumpa makanan.
“eh cepatnya makan Clover” Minho menegur. Clover senyum malu.
“nak tambah lagi?” Tae Min offer. Clover mengangguk malu. Jasmine mengambil mangkuk Clover dan menambah nasi.
“kalau kita simpan dia di sini makanan untuk setahun pun dia seorang boleh habiskan” Key memerli.
“YAH!! Suka hati aku la. Perut aku yang lapar bukan perut kau MOMMY” Clover menjeling.
“apa MOMMY? Hey si gemuk kau patut bersyukur kitaorang kasi makan” Key memang pantang orang panggil dia dengan panggilan tu.
“GEMUK? Kalau aku gemuk pun bukan masalah kau. Bukan kau yang kena hidup dengan aku sampai tua” Clover menjeling sinis. Key terus terdiam.
Wah pertama kali Key kalah. Clover memang perempuan yang menarik desis Minho dalam hati. Key campak sudu dan berlalu pergi dari ruang makan. Clover senyum senang. Violet hanya menggelengkan kepala.
“korang berasal dari mana?” Tae Min bertanya.
“dari Alexandaria” Violet menjawab. Yang lain kerut kening.
“errr Korang pasti ke? Tak pernah dengan pun” Onew meminta kepastian. Violet mengangguk.
“entah-entah dorang ni makhluk asing” Jong Hyun berbisik dengan Minho.
“makhluk asing? Kalau kitaorang makhluk asing kau orang pertama aku bunuh” Violet memandang Jong Hyun.
Aha satu lagi pasangan yang sesuai desis hati Tae Min.
“tak apa lah. Esok tahu la pihak polis uruskan korang” Minho menyampuk. Yang lain hanya mengangguk.

2 under spell:

epy elina said...

hohoo..
crta smkin mrik...

kumako said...

yeah..smbg snow..best2 pasangan yg serasi..hahhaa

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review