Monday, April 19, 2010

Be With You 31 *FINAL

Posted by Snow_Queen at 9:30 PM

   Clover bangun secara tiba-tiba. Dadanya berombak kencang. Dia memandang sekeliling. nampaknya aku dah kembali. Dia melihat cincin di tangannya. Air mata keluar tanpa henti. Dia benar-benar rindukan Key namun mustahil bagi dirinya untuk mendapatkan Key kembali. Lelaki itu terlalu jauh. Dia bangun dan pergi ke bilik Violet. dia lihat mata Violet sudah merah. Mereka berdua saling berpelukan melampiaskan rasa sedih masing-masing. Hari-hari yang di lalui cukup terseksa buat mereka berdua. Setiap hari berpura-pura ceria namun apabila malam menjelma masing-masing menyerah kalah dengan perasaan masing-masing.
  “aku..aku nak pindah” ayat berkenaan di lafazkan dengan lembut namun ayat berkenaan bagaikan jarum menusuk hati Clover.
“bila?” Clover memandang Violet. dia tahu dan faham perasaan Violet. mereka berdua memerlukan masa bersendirian.
“harini..aku akan pindah masuk apartment di bandar” Violet memandang sepupunya.
“nanti aku tolong kau mengemas..Vee bila-bila masa kau boleh datang melepak kat sini kalau kau perlukan aku okay?” Clover memeluk Violet. Violet mengangguk perlahan. Clover menghantar Violet dengan pandangan sayu.
“kalau ada masa datang rumah aku” Violet mengajak.
 Dia melihat kereta Violet perlahan-lahan meninggalkan dirinya. Dia menarik nafas sedalam yang mungkin menahan rasa sebak. Rumah yang dahulunya penuh dengan gelak ketawa semakin sunyi. Mungkin aku juga perlu berpindah desis hati Clover. Clover melalui satu bilik. dia masuk ke dalam bilik berkenaan. Anehnya dia langsung tak jumpa tangga untuk ke library. Hampir separuh hari dia mencari setiap bilik di dalam rumah berkenaan namun tiada tanda-tanda tangga berkenaan. Dia give up. Dia mula mengemas apa yang patut ke dalam beg dan kotak. Makanan-makanan yang lambat lagi tarikh luputnya juga di ambil dan di masukkan ke dalam kotak berasingan. Sebaik sahaja dia siap berkemas dia terus meninggalkan Villa berkenaan. Dia akan menyewa kondominium di Bandar.
   “Jonghyun..sudahlah tu..kau kena terima semua ni sebagai takdir. Kau memerap dalam bilik ni lama mana pun Violet takkan kembali” Jasmine memandang Jonghyun yang serabut dan mata merah. Yang ni macam ni yang sorang lagi lain pula perangainya. Dia pening memikirkan hal berkenaan Key dan Jonghyun. Dia faham tiada siapa yang gembira apabila kematian orang-orang yang di cintai namun sudah hampir sebulan mereka berdua begini.
“pak cik tak ada cara lain kah untuk bawa Clover dan Violet ke sini semula?” Onew bertanya kepada pak cik Lee. Sudah lama dia mencari pak cik Lee akhirnya dia jumpa juga orang tua ni.
“tak ada…tapi ada cara kalau mereka yang ke sana” pak cik Lee mengusap lembut janggutnya.
“maksudnya kalau mereka ke sana mungkin mereka takkan kembali ke sini semula?” Onew menelan air liur kesat. dia tak sanggup kehilangan kawan-kawannya namun dia juga tak sanggup melihat mereka menderita.
“baiklah..pak cik buat apa sahaja. Saya lagi rela kehilangan kawan daripada tengok mereka terus menderita” Onew memandang pak cik Lee serius. Pak cik Lee tersenyum sinis.
“hello kau kat mana?” Clover menelefon Violet.
“aku kat pejabat ni..ada banya kerja yang aku nak kena buat” Violet mengeluh. Kini dia bekerja dengan ayahnya setelah dia tak nak bersekolah lagi.
“tulah aku cakap kerja dengan aku tak nak” Clover gelak mengejek. Clover kini mengusahakan butik. Segala macam fashion untuk pelbagai function boleh di dapati di butiknya. Sekolah? heh selamat tinggal..
“ala kau tokei memang la duduk goyang kaki je..aku ni bekerja ke utara selatan barat timur jumpa client” Violet merungut.
“heh banyak la kau..so jadi tak nak makan lunch sama-sama?” Clover ingin mendapatkan kepastian. Minah ni bukan boleh harap. Kadang-kadang dah elok aku kat tengah jalan dia telefon cakap tak jadi pula.
“errr Clover…hehehe” itu dia nada biasa yang dia dah faham benar.
"aku tak kira…lain kali kau kena belanja aku makan kat restoran mewah-mewah” Clover senyum sinis.
“aish..arasso..arasso..wei kena ciao ni..big boss dah panggil..papai” Violet memutuskan panggilan. Clover meneruskan kerjanya di butik.
  Apabila matahari dah nak terbenam Clover keluar dari butiknya selepas dia menyampaikan pesanan kepada pekerjanya. Dia memandu perlahan ke kondonya. Selepas makan malam dia duduk di window sill menikmati pemandangan dari tingkat 28. Bandar yang masih hidup dengan lampu-lampu dari pelbagai bangunan dan kenderaan yang masih bertali arus menuju ke destinasi masing-masing. Tangannya memegang rantai pemberian Key. Dia begitu rindukan lelaki itu. tiba-tiba ada sepasang tangan memeluk dari belakang. dia terus bangun. Sebaik sahaja dia melihat pemilik tangan berkenaan dia terus memeluk erat seolah-olah tiada lagi hari esok.
“aku tak bermimpi kan? Kalau ni mimpi aku tak nak bangun buat selama-lamanya” Clover menangis teresak-esak. Key tersenyum perlahan. dia mencubit pipi Clover. Clover mengaduh kesakitan.
“ini reality..memang saya ada di sini” Key tersenyum manis.
“tapi macam mana?” Clover memandang Key.
“dengan bantuan pak cik Lee” Key memeluk Clover lagi.
“saya ada hadiah untuk awak” key meletakkan sesuatu di atas tangan Clover. Eh ni besi sanggul rambut aku yang hilang dulu.
“mana awak dapat?” Clover bertanya.
“hari pertama awak datang ke rumah. Dan kini saya harap awak takkan tinggalkan saya lagi” Mereka menarik senyum manis antara satu sama lain.
  Violet masuk ke dalam rumahnya. Dia lihat seluruh rumahnya di taburi dengan kelopak mawar berwarna ungu, alunan muzik lembut kedengaran dengan makan malam terhidang di atas meja.
“Clover…” Violet memanggil namun tiada jawapan.
“okey  Clover ni tak lawak langsung..aku dah takut ni” Violet melihat sekeliling rumahnya. Dia mengeluh perlahan. dia masuk ke dalam bilik. beg tangannya terjatuh atas lantai apabila melihat jejaka yang bersandar di tingkap biliknya. Jejaka tersebut tersenyum memandangnya. Jonghyun mendepakan tangannya. Violet berlari mendakap Jonghyun.
“awak..betul kan? Bukan ilusi?” Violet berbisik perlahan. Jonghyun ketawa perlahan.
“kali ni saya berada di sini..untuk selama-lamanya” Jonghyun berbisik perlahan di telinganya.
5 tahun kemudian…
Clover membantu Violet di dapur. Mereka akan makan tengah hari bersama hari ni. Jonghyun dan key berada di ruang tamu.
“yoogeun..jangan berlari” Key mendukung anaknya yang berumur 4 tahun tu. Yooguen hanya tersengih memandang papanya.

“daddy..tengok tu mermaid” Hana anak Violet memang petah berkata-kata meskipun usianya baru 4 tahun.

“Hana..daddy pernah tengok mermaid paling cantik sekali tau” Jonghyun memandang anak perempuannya.
“oh really? Kat mana daddy?” Hana memandang Jonghyun.
“tu yang sedang letak pinggan kat atas meja” Jonghyun menunjukkan ke arah Violet.
“eh tu mommy la daddy bukan mermaid” Hana mentertawakan Jonghyun,
“bagi daddy, mommy adalah mermaid yang paling cantik sekali” Jonghyun mengusap kepala anaknya lembut.
“wei kau nak tahu tak?” Violet menyiku lengan Clover yang sedang mengacau stew daging.
“apa dia?” Clover memandang Violet.
“dulu waktu Jonghyun tiba-tiba muncul dalam rumah aku siap dengan music dan makanan aku ingat tu kau” Violet ketawa perlahan.
“heh gila kau..kau ingat aku lesbian? Siap pasang music lagi? Geli-geleman aku” Clover menggosok lengannya.
“hehehe..sekali bila aku nampak dia terus aku nak gila kau tahu” Violet senyum nipis sambil memerhatikan Jonghyun sedang bermain dengan anaknya. Dia cukup bahagia kini. Clover senyum nipis melihat suami dan anak kesayangannya bermain. Dia berharap kebahagiaan mereka sekeluarga berkekalan selama-lamanya. dia juga mendoakan agar rakan-rakannya di sana berbahagia buat selama-lamanya bersama insan tersayang.

13 under spell:

epy elina said...

hohohoh...
dah abes...
hmmm...
best la crta ni....
sy bc smp mleleh air mta bila clover n violet trpksa di bnuh olh suami msing2x...
tp pe pun crt ni best...
cik snow...
nak lg crta lain..
sy suke karya cik snow.....

Snow_Queen said...

thanx epy..^^..hoh nanges? alolo jgn nenges k...

hani said...

huaaaa~~~
snow sengaja kasi hani nanges...
sian key n jonghyun time kena bunuh isteri diorang tu...
snow,wat la special entry...
nk tau ape jadi kat lain2...
huhuhuhu

p/s:itu pon kalo penyakit M snow dah ilang...hahahaha

Snow_Queen said...

wahaha...bia btul korang ni..dasat btul mnghayati citer ni..snow pun sdih gak tyme taip en3 tu tpi than dgn mendngar lgu2 ceria...huhuhu.. okay hani nty klu pnyakit M snow hlang snow buat la tp xthu ble hehehe

kumako said...

tamat gak..

huJang siaNg said...

huhu..
tenz cik sn0w bup kc key n j0nghyun dtg kat bini dorg..^_^
egat cik sn0w na wat sad ending..
ngeh33..
paperp0n..
cayalah cik sn0w..
mmg giler bez citer nih..!!
^_^

pipvz devil said...

wow..best cite ni..1st tym bce dr awl hingga akhir xde skip2..slu bce part1 dlu ps2 bce ending plak,kalu best bru bce part strusnye..hahaha..tahniah snow queen..cite ni btol2 mnarik..sweet gile..

Snow_Queen said...

@pipvz devil: tengs =)sudi2kn bce krya snow yg lain...

Suka Suki said...

best sesangat..
nangis kita bc,terharu..bunuh bini sendiri..sedihnya.. meleleh air mata..
ending best!!
ape jdi kat jasmine ngan yg len2?

teddy are-lyn said...

alaaa
da abes...
ske3..
rrr ending yg best sgt...
^_^

Anonymous said...

huwaaaa ;( bebetol menages time dorang kene bunuh dengan suami sendiri. tsk tsk. great job snow.

ekabukanmakcikkau. said...

sedih woo citer niyyy. best gila plak tu!! good job!!

Snow_Queen said...

@ekabukanmakcikkau: panjang nama xD
Sedih ke? hehe

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review