Monday, April 19, 2010

Be With You 30

Posted by Snow_Queen at 9:26 PM

     Sudah sampai masanya. Segala-galanya seperti mimpi. Aku dan Violet akan kembali ke dunia asal kami tidak lama lagi. Kad ke lapan akan muncul bila-bila masa sahaja dan kedatangan kad tu adalah penentu segala-galanya. Aku masih lagi ragu-ragu untuk memberitahu Violet. enggan merampas kebahagiaan yang di nikmati. Tapi jika dia tahu perlara sebenar apabila segala-galanya telah terlambat adakah dia akan maafkan aku? Membenci mungkin? Sekarang aku hanya ingin mengumpul memori yang manis sebanyak yang boleh. Key pun tak syak apa-apa. Maafkan aku sayang..aku terpaksa getus hati Clover. Clover merenung wajah Key yang sedang tidur dengan lena. Dia ingin mengingati wajah Key walaupun dia sudah balik ke dunia asalnya. Tak ingin wajah yang bertakhta di hatinya hilang dan pudar begitu sahaja. Petang itu cuaca begitu redup. Violet dan Jonghyum bersantai di balkoni.
“nampaknya malam ni akan hujan” Jonghyun menikmati angin petang yang menyapa mukanya.
“nampaknya begitulah..sayang..kalau Violet dah tak ada kat sini jaga diri baik-baik tau..” Violet memandang wajah Jonghyun. Entah kenapa dia terasa sedih sangat pada harini.
“apa yang awak merepek ni?” Jonghyun mengerutkan dahinya.
“mungkin awak dah lupa..saya akan balik ke dunia asal saya apabila baki 3 kad lagi dapat di hapuskan” air mata mula mengalir.
“syyhhh jangan menangis..kita akan cari jalan okay..awak akan tinggal di sini buat selama-lamanya” Jonghyun memujuk. Violet hanya mengangguk. Dia hanya nak menyedapkan hati Jonghyun walhal kebenarannya jauh lebih pahit dan tidak dapat mereka jangkakan.
  Pada malam itu hujan turun dengan lebat. Clover merasakan badannya panas semacam. Dia mengambil majalah dan mengipas badannya. Begitu juga dengan Violet. Clover tahu masanya sudah sampai jadi dia perlu bersedia dengan apa sahaja kemungkinan. Dia bangun melangkah naik ke bilik tidur. dia mengambil rantai yang di hadiahkan Key kepadanya. Dia ingin menyimpan benda rantai tu sebagai bukti Key pernah hadir di dalam hidupnya. Dia turun ke bawah semula dan mendapatkan Violet. yang lain-lain berada di library. Clover membawa Violet masuk ke dalam hutan di belakang rumah.
“Violet..” Clover memegang kemas tangan Violet.
“masanya sudah sampai kan?” perlahan Violet menuturkan kata-katanya. Clover mengangguk perlahan. pak cik Lee muncul tiba-tiba.
“kad penentu akan tiba tidak lama lagi..Clover kamu dah bawa buku tu?” pak cik Lee bertanya. Clover menyerahkan buku kepada pak cik Lee.
“selepas ini semuanya bergantung kepada diri kamu sendiri. Pak cik hargai jasa dan pertolongan kamu berdua” pak cik Lee mengusap kepala kedua-dua gadis berkenaan.
“kad tu dah datang” Violet memerhatikan keadaan sekeliling tetapi oleh kerana hujan teralu lebat menghalang pemandangan mereka.
“Violet hati-hati” Clover menolak Violet ke tepi. Orb yang di talakan kepada mereka berdua tadi tersasar. Mereka berdua terdengar bunyi orang memanggil nama mereka. Onew dan lain-lain tiba kemudiannya. Mereka melihat Clover sudah bertukar. Mereka memandang ke arah Violet. Jonghyun terkejut apabila melihat keadaan Violet. rupa Violet sudah bertukar lebih kurang sama sahaja dengan Clover.
“Violet..” Jonghyun mahu menghampiri tetapi segera di tarik oleh Minho.
“kau kenapa..Violet dalam bahaya..” Jonghyun menjerit nyaring.
“kau tak nampak ke yang rupa dia dah bertukar seperti Clover” Minho menjerit kembali.
“heh korang gaduh-gaduh pun tak guna..lawan dengan kami dengan sepenuh hati dan tenaga korang” Violet bersuara kasar. Yang lain-lain tergamam mendengar apa yang di perkatakan Violet.
“korang kena berlawan dengan Violet dan Clover. Kerana dua kad yang terakhir ada di dalam badan mereka. kita perlukan darah mereka berdua untuk di letakkan di atas buku ni dan kad-kad ni akan terkunci buat selama-lamanya.” Pak cik Lee memberitahu. Kebenaran yang pahit untuk di telan oleh Key dan Jonghyun.
“dan satu-satu cara supaya kad-kad berkenaan di keluarkan adalah dengan membunuh mereka berdua.” Pak cik Lee memandang sayu wajah-wajah insan di hadapan mereka.
“Baik mari kita lawan mereka dengan sepenuh hati” Key memegang pedang di hadapannya dengan erat.
“Key dia isteri kau..” Jasmine menjerit.
“tak..dia bukan isteri aku. Dia adalah kad yang mesti di bunuh…” air mata menuruni pipi bercampur dengan air hujan. Di hadapan mereka 3 kad yang mesti mereka selesaikan sekaligus. Clover, Violet dan kad ketiga menyerang insan-insan di hadapan mereka. tiada peluang di beri. Violet menyerang Lilith. Dia menyepak, menumbuk dan melibas kaki Lilith. Lilith tak sanggup nak menyerang kawannya. Minho menyerang Violet dengan menendang gadis itu di belakang. Minho melindungi Lilith. Bunyi pedang berlaga memeriahkan keadaan Key dan Onew menyerang Clover sekaligus. Key mengeraskan hatunya setiap kali dia menyerang Clover. Manakala yang lain-lain menyerang kad ketiga.
Clover menyerang Key dengan menumbuk muka lelaki itu. dia membuat backflip dan mengunci leher Onew. Dia memusingkan badannya dan Onew ikut melayang. Dia bangun untuk menyerang Key pula. Key…kau tak dapat bezakan aku sewaktu aku di kawal oleh kuasa aku atau tak. Kau tak sedarkah aku tak sedut roh korang. Betul kau kena keraskan hati kau untuk bunuh aku. Apabila semua ni berakhir kita akan berpisah dan membawa haluan masing-masing. Key saranghae desis hati Clover.
  Jasmine menggunakan bayang-bayang kad ketiga untuk berlawan dengan kad berkenaan. Mint dan Tae Min bergabung untuk membelasah dan membaca jampi untuk mengunci kad tu secepat mungkin.
  Pertarungan antara Violet dan Minho semakin sengit apabila Jonghyun turut membantu. Violet menendang perut Jonghyun menyebabkan lelaki itu berundur ke belakang sedikit. Minho menyerang pula dengan dengan mengawal minda Violet. Violet menjerit kuat apabila merasakan kepalanya berdenyut.
“Jonghyun..cepat..ni peluang kita..” Minho menjerit. Jonghyun memegang hulu pedang dengan erat. Isterinya akan mati di tangannya sendiri. Aku tetap cintakan kau desis hati Jonghyun dan Violet serentak. Serentak dengan itu Jonghyun membenamkan mata pedang ke perut Violet. darah keluar membuak-buak dari mulut Violet. Violet duduk melutut. Jonghyun segera memeluk Violet. Minho memegang kepala Violet dan membaca jampi. Selepas kad berkenaan keluar dari badan Violet dia mengunci kad berkenaan.
“Jonghyun..” Violet memegang pipi Jonghyun dengan kedua belah tangannya yang semakin sejuk.
“Violet..” Jonghyun tak dapat berkata apa-apa kerana terlalu sebak.
“jaga diri baik-baik. Kalau ada jodoh kita tetap akan bersama” dan tangan Violet jatuh terkulai layu. Jonghyun menjerit sekuat hati. Minho meletakkan setitis darah Violet di atas gem buku tersebut. Sekarang hanya tinggal darah Clover. Minho lihat Onew, Key dan Clover masing-masing dah cedera teruk namun masih tiada sesiapa yang mengalah.
“itu sahaja kekuatan yang kau ada untuk membunuh aku? Kau patut balik rumah minum susu sahaja” Clover senyum sinis. dia menendang tangan Key yang memegang pedang. Key terjatuh duduk di atas Onew. Clover mengambil pedang berkenaan. Key memandang Clover. Air mata Clover bercampur dengan air hujan.
“Key..saranghae..take care” Clover senyum manis. Di tusuk pedang Key ke perutnya sendiri. Key terkejut. Dia segera mengeluarkan pedang berkenaan dari perut Clover dan memeluk Clover sekuat hati. Clover tersenyum manis. Key menjerit kuat apabila Clover sudah tak bernyawa lagi. Minho menghampiri. Dia mengulang perbuatan yang sama seperti yang dia lakukan terhadap Violet. perlahan-lahan buku berkenaan hilang sebaik sahaja darah Violet dan Clover bersatu. Hujan lebat menjadi saksi penderitaan tragedy pada malam itu. Yang lain-laing hanya memerhatikan dengan sedih terhadap kehilangan teman mereka. Jonghyun mengangkat kepalanya apabila tubuh Violet di selebungi cahaya. Semakin lama semakin terang. Begitu juga dengan tubuh Clover. Perlahan-lahan 2 jasad yang tak bernyawa itu hilang di telan kegelapan malam.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review