Tuesday, April 13, 2010

Be With You 3

Posted by Snow_Queen at 12:20 AM

    “kau nak buat apa?” Clover merentap pergelangan tangannya yang di pegang Key.
“aku nak bawak kau pergi balai polis. Stalker kebelakangan ni memang menakutkan” Key senyum sinis.
“bwoh? Stalker? Siapa stalker?” Clover mengetap bibir.
“Clover..” perlahan Violet memanggil tetapi Clover tak mendengar panggilan tu sebab tengah sibuk bergaduh dengan Key.
“aku tahu la aku hensem sampai kau nak stalker aku” Key puji diri sendiri.
“wahahaha..hensem? lagi hensem kayu balak kalau nak banding dengan rupa kau” Clover senyum sinis. Kedua-duanya dah berapi.
“Violet..” Lilith memangku Violet yang tiba-tiba jatuh pengsan. Clover yang tengok Violet dah pengsan terus menyerbu.
“Vee..bangun” Clover menampar pipi Violet perlahan.
“abang mari kita bawa mereka masuk ke dalam dulu. Hal yang lain-lain settle kemudian” Mint memberi cadangan. Jong Hyun mengangkat violet secara bridal style. Apabila lama sedikit berjalan baru Clover perasan bahawa rumah di depannya bukan sebarangan rumah tetapi lebih kepada istana. Dia tergamam. 

Mereka ni putera rajakah? Heh tapi kalau putera raja perangai macam (pandang ke arah Key) baik tak payah getus Clover dalam hati. Key menjeling apabila Clover memandang ke arahnya.
Jong Hyun meletakkan Violet di dalam sebuah bilik. Cantik juga bilik ni. warnanya gabungan hitam, coklat dan putih. 

“errr baik biar dia berehat dulu. Mint tunjukkan Cik…” Onew melihat ke arah Clover.
“Clover”
“ah ye bawa cik Clover berehat dulu di dalam bilik tetamu” Onew menyuruh. Mint menarik tangan Clover. Dia bawa Clover ke bilik sebelah. Clover sekali lagi tergamam melihat design bilik tu. Memang lawa. Gabungan coklat dan putih betul-betul menarik hatinya. Pemandangan di balkoni juga boleh tahan lawa Clover memuji dalam hati.

“Clover kau berehat la dulu. Esok abang aku akan bawa korang ke balai polis. Kalau ada apa-apa bagi tahu je aku. Bilik aku terletak selang 6 buah bilik dari arah kanan” Mint memberitahu. Clover hanya mengangguk. Selepas Mint keluar dia main lompat-lompat atas katil. Tapi..aku rasa pelik la pula. Macam berada di zaman yang lebih moden. Hermm apa-apa jelah janji esok aku dapat balik rumah tapi macam mana aku boleh tercampak kat sini? persoalan itu bermain-main di mindanya sampai dia terlelap.

2 under spell:

epy elina said...

hohoho...
msteri lak...
mcm mna violet blh g tmpt 2...
ni mst brkait ngn siling umah mrka...

Snow_Queen said...

hehehe..epy truskan mmbce..hehehe

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review