Monday, April 19, 2010

Be with You 29

Posted by Snow_Queen at 9:26 PM

  “aku dah agak ada sesuatu yang terjadi” Onew masuk ke dalam rumah. Kaca, perabot, darah semuanya ada di dalam rumah itu. mereka berlima bergegas pulang ke rumah apabila Minho merasakan ada sesuatu yang buruk menimpa isteri-isteri kesayangan mereka. Mereka naik atas untuk mencari kelima-lima gadis berkenaan. Setelah puas mencari akhirnya mereka berjumpa juga mereka di bilik Jasmine.
“eyh kejap..mana Jasmine dan Clover?” Onew memandang 3 gadis di hadapan mereka. Key bergegas masuk ke bilik sebelah. Dia menarik nafas lega apabila Clover sedang lena tidur di atas sofa. Key menghampiri. Dia mengusap pipi Clover. Clover yang merasakan ada orang mengusap pipinya terus terjaga.
“Key? Bukan patut awak ada dekat seminar ke sekarang? Kenapa balik?” Clover menguap perlahan. Key memeluk Clover.
“kitaorang risaukan korang sebab tu kitaorang bergegas balik. Korang ok kan?” Onew menyampuk.
“ermm..kan kitaorang dah pesan jangan risau..” Jasmine mengusap pipi Onew.
“apa yang terjadi semalam?” tanya Tae Min yang datang dari bilik sebelah.
“2 penyerang dan 1 kad..semuanya datang menyerang semalam..penat betul” Jasmine komplen.
“Lilith ok?” Jasmine memandang Lilith. Lilith menganggukan kepala.
“1 hari lagi yang penat. Nak kena mengemas lagi” Clover menyandarkan kepalanya di bahu Key. Separuh mengantuk.
  Sedang mereka sedang sibuk mengemas serentak mereka dapat merasakan kehadiran kad lagi.
“arghhh not again!!!” Clover menyepak penyodok di hadapannya. Dia terasa darah mendidih satu badan. dia keluar ke halaman rumah. Sebaik sahaja kad berkenaan menjelma di depannya. Dia terus melancarkan serangan tanpa memberi peluang kepada pihak lawan. Clover bagai dirasuk. Yang lain-lain tergamam melihat Clover mengalahkan kad berkenaan dalam masa 5 minit. Clover tersenyum puas hati. Padan muka kau. Aku dah la letih sengaja datang cari pasal.

2 under spell:

Anonymous said...

hahaha...ganas tol clover ni...aku nmpk diri ang dlm karekter clover ni...lol - ur kazen hanie-

Snow_Queen said...

@haha..mcm ak ka? isk2 aku ni kan lmah lmbut lagi pemalu gitu kikiki..

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review