Monday, April 19, 2010

Be With You 28

Posted by Snow_Queen at 9:25 PM

  Sedang asyik melayan movie tiba-tiba berlaku black out. Mereka kaku sebentar di ruang tamu.
“black out lah pulak..tsk tsk tsk..sape nak pergi cari electric box?” Lilith bertanya.
“aish..saya tak tahu di mana terletaknya benda tu”  Clover surrender awal-awal.
“aish..aku pergi..Mint temankan aku” Jasmine menarik tangan Mint. Sedang asyik Clover, Lilith dan Violet menunggu tiba-tiba mereka mendengar bunyi pintu depan di buka.
“eyh..korang dengan tak?” Lilith bertanya.
“rasa-rasa aku electric box tu ada kat bilik bawah tanah dan mereka tak payah keluar kan?” Violet bertanya dan Lilith mengangguk.
“aku rasa tak sedap hati ni” Clover menggosok tengkuk.
“jom kita pergi tengok” Clover bagi cadangan. Baru sahaja mereka melangkah 2 tapak seluruh cermin tingkap di ruang tamu pecah serentak. Mereka bertiga melompat dan menyorok di belakang sofa. Masing-masing menahan nafas.
“aku tak dapat rasa kehadiran kad tapi siapa yang buat macam ni?” Clover berbisik perlahan.
“aku ada dengar yang ada sesetengah pihak cuba nak curi kad-kad yang di kumpul” Lilith memberitahu.
“kalau macam tu mereka aim kad tu. Aku rasa dorang tak simpan kad tu dalam library kan?” Violet bersuara antara dengar dan tak dengar.
“errr I’m afraid yes” Liith bersuara perlahan.
“macam ni..kita tak tahu siapa atau apa yang menyerang kita so ini pelannya. Violet kau pergi kasi warning dekat Jasmine dan Mint. Lilith kau buat la macam mana pun pergi masuk library dan cari buku kad berkenaan. Aku akan cuba siasat siapa dan apa yang menyerang kita. Now move..move..move” Clover menggesa. Kedua-dua gadis itu berlari dan menyusun strategi sendiri. Clover bangun dan cuba mengejaskan matanya dengan keadaan gelap. Dia berjalan perlahan-lahan sambil melihat keadaan sekeliling. dia terdengar suara jeritan di library di ikuti letupan. Dia berlari pantas dan masuk ke dalam library. Lilith sedang terbaring menahan kesakitan. Clover lihat ada dua orang pemuda di hadapannya. Seorang berpakaian biru dan seorang lagi hijau. Dia kenal salah seorang daripada mereka. Ryan pemuda yang duduk di sebelahnya di dalam kelas.
“korang nak apa?” Clover mendesis perlahan.
“kami hanya mahukan kad-kad berkenaan dan kami akan tinggalkan sini tanpa mencederakan korang semua” kata rakan ryan.
“over my dead body” Clover tersenyum sinis.
“kalau macam tu kau tak bagi kami pilihan” dan Ryan menyerang Clover. Dia menumbuk pipi kiri Clover namun Clover berjaya menepis dengan kedua belah tangannya. Clover menyepak kaki Ryan dan pemuda itu jatuh. Clover menghentak perut Ryan dengan kakinya. Rakan Ryan cuba membantu. Beberapa tembakan di lepaskan dan Clover lari berlindung di belakang meja berhampiran. Ryan membaca jampi. Clover melihat akar-akar kayu yang datang entah dari mana membelit kakinya. Dia cuba untuk melepaskan diri namun gagal. Sebentar kemudian terdengar bunyi tembakan di lepaskan lagi. Jasmine, Mint dan Violet berlindung di sebalik dinding. Jasmine menggunakan bayang-bayang kawan Ryan dan Ryan sendiri untuk di jadikan senjata. Sebaik sahaja kedua-dua bayang itu hidup berlaku pertarungan hebat antara sesama mereka. Violet mendapatkan Lilith yang terbaring tak sedarkan diri dengan bantuan Mint. Jasmine turut berlawan dengan Ryan dan rakannya. Jasmine menggunakan sihir kepada rakan ryan menyebabkan pemuda itu menjadi seperti orang gila. Kalau level korang masih rendah jangan harap nak datang berlawan dengan kitaorang desis hati Jasmine. Kini Jasmine bertarung pula dengan Ryan. Teknik pertarungan pemuda itu agak hebat. Clover berdiri di belakang kawan ryan sebaik sahaja dia berjaya melepaskan diri. Dia meletakkan kedua belah tangannya di tengkuk pemuda berkenaan. Sedikit demi sedikit roh lelaki berkenaan di sedut. Matanya semakin hitam apabila menyedut roh manusia malang berkenaan. Lelaki itu jatuh di atas lantai dalam keadaan tidak bernyawa lagi. Clover dapat merasakan kehadiran kad. Dia berlari keluar ke arah Mint dan Violet yang sedang merawat Lilith.
“Clo..” namun kata-kata Mint terhenti apabila melihat Clover yang sedah bertukar. Dia menggigil. Clover memandang Mint tanpa perasaan. Mereka betul-betul takutkan aku sewaktu kuasa aku aktif desis hati Clover. Namun baginya lebih baik dia berpura-pura seperti dia tak sedarkan diri. Dia membatukan diri. Violet bangun dan berdiri di hadapan Mint dan Lilith. Dia akan melindungi kedua-dua temannya jika Clover bertindak di luar kawalan. Mereka bertiga memandang serentak ke arah pintu apabila dapat merasai kehadiran kad. Clover keluar dari bilik berkenaan dan melompat turun. Sebelah lututnya mencecah tanah. Di hadapannya kini seekor haiwan separuh harimau dan separuh singa. Haiwan berkenaan menyerang Clover namun Clover lagi pantas apabila dia bertindak melompat naik di atas haiwan berkenaan. Dia memeluk haiwan berkenaan sekuat hati. Namun perkara itu bukanlah mudah apabila haiwan berkenaan meronta-ronta dengan ganas dan ditambah pula dengan kemunculan Jasmine dan Ryan yang bertarung di tempat yang sama dia bertaurung. Clover melepaskan haiwan berkenaan. Nampaknya haiwan tu tak terjejas sedikit pun apabila Clover memegang dirinya. Jasmine melompat ke tepi apabila haiwan berkenaan tiba-tiba menyerang dan Ryan jatuh terduduk apabila haiwan tu menerkam dirinya. Jasmine dan Clover melihat haiwan berkenaan menggigit leher Ryan. Darah tepercik di sana sini.
“Jasmine..gunakan kuasa kau untuk mengikat haiwan tu” Jasmine mendengar suara garau Clover memberi arahan. Jasmine meletakkan kedua belah tangannya di atas lantai dan membaca jampi. Haiwan berkenaan tidak dapat bergerak. Clover menghampiri haiwan berkenaan dan memegang kepalanya. Clover membaca jampi. Dan tidak lama kemudian haiwan berkenaan bertukar menjadi kad. Jasmine menarik nafas lega. Clover melihat rumah mereka yang berselerak dengan kaca dan sebagainya. Mint dan Violet menghampiri.
“macam mana kita nak uruskan mayat-mayat ni?” Mint bertanya.
“telefon polis..katakan mereka pecah masuk rumah ni. Violet kau pergi jaga Lilith. Jangan keluar selagi aku tak bagi isyarat.” Jasmine menyuruh. Dia memandang ke arah Clover yang terduduk di atas lantai.
“Mine..apa yang terjadi?” Clover berpura-pura tidak ingat seperti biasa yang berlaku. Jasmine menghampiri dan memapah Clover duduk di atas tangga. Sebentar kemudian bunyi siren polis kedengaran. Mereka menyoal siasat Jasmine, Mint dan Clover. Mayat-mayat kedua lelaki berkenaan juga di uruskan.
“nampaknya..kita kena bekerja kuat esok” Jasmine melihat keadaan sekeliling selepas pihak berkuasa beredar. Jasmine, Clover dan Mint naik atas ke bilik Jasmine sewaktu bujang dahulu.
“macam mana?” Violet menyoal.
“semuanya dah di uruskan. Esok kita kena start mengemas. Aku dah letih sangat-sangat ni.” Jasmine menguap perlahan. Mint dan Violet tidur di atas katil bersama dengan Lilith manakala Jasmine dan Clover tidur di bilik sebelah. Sebelum masuk tidur Jasmine sempat membuat pendinding agar tiada kuasa jahat yang boleh menghampiri untuk malam ini. Kesemua mereka tidur dengan lena kerana keletihan.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review