Monday, April 19, 2010

Be With You 27

Posted by Snow_Queen at 9:24 PM

    Sudah seminggu berlalu namun setakat ni masih tiada serangan yang di buat. Clover secara rahsia melatih dirinya mengawal emosi agar apabila ada pertarungan dia akan tetap sedar. Dia mahu mengawal kuasa tu bukan sebaliknya. Perhubungan mereka semua juga berjalan dengan lancar. Clover menolong Key mengemas pakaian di dalam beg. Harini Key, Minho, Tae Min, Jonghyun dan Onew akan menghadiri seminar yang di anjurkan pihak sekolah selama 2 hari 1 malam. Mereka semua berkumpul di ruang tamu.
“jangan lupa kunci pintu, tingkap pada waktu malam” Onew mengingatkan Jasmine. Jasmine mengangguk perlahan.
“jangan kasi orang yang tak di kenali masuk dalam rumah” Jonghyun pula membebel.
“hati-hati tahu, kalau nak pergi mana-mana pastikan sentiasa berteman.” Minho mengusap rambut Lilith perlahan.
“kalau ada kad yang menyerang dan korang tak mampu lawan korang tahu kan kena buat apa?” Tae Min memandang Mint.
“yup!!” Mint mengangguk.
“jangan terlalu letih..banyakkan berehat okay?” Key mengucup dahi Clover.
“tengok Key tu dia tak banyak songeh macam korang” Violet memandang Jonghyun.
“aish..kitaorang membebel sebab risaukan korang” Jonghyun mencubit pipi Violet. yang lain menarik senyum nipis. Sebaik sahaja kelima-lima lelaki itu hilang dari pandangan mereka berlima menjerit kesukaan.
“yeah!! Girls night”
“movie!!”
“makanan sedap-sedap”
“pillow fight”
“karaoke…” mereka semua tergelak perlahan.
Minho tergelak perlahan sambil memandu. Yang lain-lain memandang Minho dengan pandangan yang pelik.
“apasal” Onew bertanya.
“diaorang..”
“kenapa dengan diaorang?” Tae Min dah cemas.
“tak ada apa-apa..dorang nampaknya berparti sakan waktu kita tak ada ni” Minho senyum kecil. Yang lain-lain menarik nafas lega. Nasib baik Minho ada listening power kalau tak mahu haru juga hati mereka tinggalkan bini masing-masing kat rumah tu.
  Violet, Jasmine, Clover, Mint dan Lilith duduk di ruang tamu sambil melihat movie.
“weh…kalau boleh korang nak berapa orang anak?” Jasmine bertanya tiba-tiba.
“bwoh? Anak? Kenapa kau tiba-tiba tanya pasal ni?” Violet memandang Jasmine.
“neh..saja nak tahu..korang tak nak anak ke?” Jasmine memandang teman-temannya.
“mestilah nak..aku nak baby girl” Mint senyum sendiri.
“aku tak kisah..janji dia sihat dan bebas penyakit” Clover memberikan pendapat.
“aku pun..tapi kalau boleh biar la anak lelaki yang sulung” Violet senyum lebar.
“aku pun..tapi harap-harap dia tak macam bapa dia..selalu cederakan diri sendiri” Jasmine tergelak kecil.
“eleh..dia macam tu kau chentakan dia juga” Lilith menempelak dan ketawa mereka bergema satu rumah.

1 under spell:

kumako said...

hahhaa...kelakar tul..

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review