Monday, April 19, 2010

Be With You 26

Posted by Snow_Queen at 9:23 PM

  “apa yang terjadi?” Clover melihat halaman rumah rosak agak teruk. Dia terus berlari masuk ke dalam rumah untuk melihat keadaan Minho dan Lilith. Agak mengejutkan semua orang ada di meja makan sedang makan tengah hari.
“kenapa halaman rumah rosak teruk?” Key menyoal.
“ah dah balik pun pasangan serasi bersama ni” Jonghyun mengusik. Muka Clover dan Key blush serentak. Mereka duduk sebelah menyebelah.
“semalam kitaorang bertarung dengan 2 kad sekaligus” Onew memberitahu.
“bwoh?? Terrornya korang” Clover tepuk tangan.
“hehehe tengok la sape yang jadi hero semalam kan?” Tae Min sengih bangga.
“eleh blah la kau” Minho menyepak kaki Tae Min. yang lain-lain gelak.
“tapi kalau ada kau lagi senang Clover” Jasmine meletakkan mangkuk nasi di hadapan Clover dan Key.
“kenapa pulak. Kalau aku ada kerja aku tidur jelah” Clover mengambil keputusan untuk tidak memberitahu mereka perkara sebenar. Yang lain diam.
“tapi aku teringin nak tengok kuasa kau la Vee” Clover menuangkan air ke dalam gelas Key. Ekspresi semua orang bertukar menjadi o.0
“ehem..nampaknya ada banyak yang kau kena jelaskan dekat kitaorang ni” Violet memandang Clover dengan wajah curiga. Clover tuang air untuk Key? Aish lain macam je diaorang ni desis hati Violet. selesai makan segera Mint menarik Clover masuk ke dalam biliknya sewaktu bujang dulu. Violet, Jasmine dan Lilith dah sedia menanti.
“heh kenapa korang ni?” Clover memandang wajah insan-insan di hadapannya.
“cakap..apa hubungan kau dan Key?” Violet memegang tangan Clover.
“suami isteri?” Clover jungkit kening sebelah.
“bukan tu maksud aku..korang bercinta?” Violet lihat Clover mengangguk.
“wahhhhh!!!” terdengar jeritan 4 sekawan tu. Clover dah blush.
“sapa confess dulu?” Lilith menyoal pula.
“aku…” Clover tutup mukanya dengan bantal. Malu.
“wahhhh!!!” terdegar lagi bunyi jeritan mereka. excited.
“waaa tak sangka korang” Mint tumpang gembira dengan berita percintaan Key dan Clover.
“Mine aku nak tanya something” Clover memandang Jasmine. Jasmine mengangguk perlahan.
“errr Key ada teman wanita tak dulu?” Clover menyoal.
“ada..tapi dorang dah lama putus. Pompuan tu giler glamour betu!!” Jasmine mencebik bila topic ex Key di bangkitkan.
“entah..kesian Key. Dah la perempuan tu tinggalkan dia pada hari kematian ibu bapa Key. Bila kitaorang pujuk dia dan bagi tahu hal kematian ibu bapa Key dia kata tu bukan urusan dia” Mint bermain dengan hujung bantal.
“eeeiii teruknya perempuan tu.” Clover mencebik. Aku takkan biarkan perempuan macam tu ambil Key dari tangan aku desis hati Clover.
“darling semua..kita ada urusan yang nak kena buat ni. tutup dulu warung kopi korang” Jonghyun bersandar di pintu bilik Mint.
“urusan apa?” Violet menyoal.
“kita nak kemas balik halaman rumah”
“Honey tarik..” Violet mendepakan kedua belah tangannya.
“wei mengadanye kau”
“entah bukan tak boleh bangun sendiri”
“kaki dah takde”
“aku tak masuk campur” keempat-empat gadis berkenaan keluar dari bilik meninggalkan Violet dan Jonghyun.
“alah jeles la tu..” Violet menjelirkan lidahnya. Jonghyun tersenyum nipis.
Panas matahari semakin galak membakar kulit mereka. sudah hampir separuh halaman rumah di kemaskan.
“oii berhenti minum dulu” Jasmine membawa keluar dulang air dan meletakkan atas meja kopi di taman. Mereka semua bergegas mangambil minuman masing-masing bagi menghilangkan dahaga yang semakin menyengat. Clover menghirup minumannya perlahan. dia merenung tanah. Lagi lima kad dan segalanya akan berakhir. Apabila selesai misinya di sini dia akan kembali ke dunia asalnya. Pada waktu tu tegarkah hatinya meninggalkan Key. Mungkin dia lagi kejam dari ex Key kerana pemergiannya adalah buat selama-lamanya. Dia melihat Key yang sedang bersembang dengan yang lain-lain. gelak ketawa, senyuman, kehangatan pelukan, kata-kata sinis mungkin dia akan rindu semua benda tu nanti. Mampukah dia menjalani kehidupan tanpa Key di sisi. Dia tak berterus-terang lagi dengan Violet. apakah Violet juga mampu menerima apa yang di katakan nanti atau wajarkah dia hanya membisu dan menguruskan semuanya sendiri? Dia mengeluh perlahan. segalanya menyesakkan dada.
“wah Key tengok bini kau ni macam tengah fikirkan masalah negara je” Mint menepuk bahu Clover perlahan. Clover tersenyum pahit. Key menghampiri.
“kenapa?” Key memeluk bahunya.
“neh…tengah fikir pasal makanan” selamba Clover bagi jawapan. Key tergelak. Clover dengan makanan mana boleh di pisahkan.

1 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review