Sunday, April 18, 2010

Be With You 25

Posted by Snow_Queen at 6:57 PM

Key dan Clover tiba di sebuah rumah. Clover melihat halaman rumah berkenaan. Sederhana besar tapi simple.
“rumah siapa?” Clover ikut Key masuk ke dalam rumah berkenaan.
“rumah parents aku” Key membuka tingkap membiarkan aliran udara berjalan dengan lancar.
“mana parents kau?” Clover bertanya. Key senyum manis. Clover terpesona melihat senyuman Key. Dia berpaling ke arah tingkap berpura-pura ingin menikmati pemandangan di luar. Key menarik tangan Clover ke luar rumah. Mereka memanjat tangga untuk naik ke atas bukit di belakang rumah Key. Setelah berjalan selama 2 minit Key berhenti di hadapan 1 pokok. Clover memandang Key.
“tadi kau tanya mana parents aku kan?” Key memandang Clover. Clover mengangguk.
“mereka ada di sini. Setelah mereka tiada aku taburkan abu mereka di sini. Di hadapan pokok ni” Key memegang dahan pokok berkenaan. Clover melihat mata Key sudah bergenang dengan air mata.
“tak apa..kau ada aku..jangan sedih k” Clover memeluk Key erat. Key membalas pelukan Clover.
“heh tak mo sedih-sedih harini. Mari kita masuk dalam main masak-masak. Aku lapar ni” Clover senyum manis. Key menarik tangan Clover. Key mencari di dalam cabinet jika ada apa-apa yang mereka boleh buat untuk makan malam mereka namun hampa.
“errr aku jarang datang sini. Tiada apa-apa yang boleh kita masak” Key garu kepala.
“kalau macam tu kita pergi pekan sahaja beli makanan dan sedikit barang basah untuk esok” Clover memberi cadangan.
“sorry” Key memandang Clover.
“neh..lagi pun kau belanja kan?” Clover berlari masuk ke dalam kereta. Key senyum perlahan.
Mereka berjalan di pekan membeli makan malam dan sedikit barang-barang keperluan diri. Mereka menyimpan barang-barang di dalam cabinet dan naik atas membersihkan diri. Clover turun ke bawah untuk menyediakan makan malam namun Key lebih pantas dari dirinya. Dia melihat Key sedang meletakkan lauk pauk di dalam pinggan dan dia menghampiri. Tangannya gatal mengambil lauk di dalam pinggan.
“Yah!! Guna sudu la..kotor tahu” Key memberi Clover sudu.
“aish..araso..araso” Clover duduk di meja makan berhadapan dengan Key. Telefon bimbit Key berbunyi sewaktu Key berada di dalam tandas. Clover mengangkat bagi pihak Key.
Clover: hello
???: siapa ni?
Clover: eyh dia yang telefon dia tanya kita pula.
???: ini telefon bimbit Key bukan?
Clover: yup..awak siapa? *nada bosan*
???: kekasih dia. boleh panggil Key?
Clover: o.0 *key ada kekasih? Tak boleh jadi ni* saya isteri dia..ada apa urusan yang awak nak cari dia?
???: isteri? Mesti kena kahwin paksa ni *gelak yang di buat-buat*
Clover: you’re soooo wrong honey..kitaorang berkahwin atas dasar cinta and for your information..kitaorang tengah berbulan madu ni jadi..selamat tinggal jerk.
Clover meletakkan kembali telefon bimbit di atas meja. Selera makannya sudah putus. Dia ke singki untuk membasuh pinggan.
“eyh cepatnya makan?” Key menegur Clover. Clover kasi jelingan sedas. Ish apa pulak yang tak kena dengan minah ni desis hati Key. Key ke ruang tamu untuk menonton tv dan Clover duduk sebelah Key. Clover sedang memikirkan strategi sambil menggigit kuku. Dia tak mahu kehilangan Key.
  Minho meletakkan spaghetti di atas meja. Lilith memandang dengan rasa terharu. Dia terkejut apabila pulang sahaja ke rumah dia melihat banyak kelopak bunga bertaburan di atas lantai, music instrumental di mainkan dan Minho sedang menunggu di meja makan di balkoni. Minho senyum manis.
“awak masak semua ni sendiri?” Lilith melihat makanan di hadapannya.

“errr Key dan Clover yang ajar. Kalau saya masak sorang-sorang alamat meletup dapur rumah ni” Minho sengih sendiri. Lilith menarik senyum manis.
“so…apa tujuan semua ni?” Lilith bertanya.
“pertama sekali saya nak minta maaf sebab saya selalu biadap dengan awak dan yang ke duanya boleh tak kalau kita mula sekali lagi?” Minho memandang Lilith dengan muka serius. Lilith mengangguk perlahan. Minho menarik senyum manis. Minho masuk ke dapur dan meletakkan dessert di atas meja. Lilith melihat kek kegemarannya dengan mata yang bersinar-sinar.

“terima kasih banyak-banyak..sayang” Lilith mengucup pipi Minho. Minho blush tiba-tiba. Hatinya berbunga kerana Lilith memanggilnya sayang dan mengucup pipinya. Mereka berbual sambil menikmati kek ais krim.
  Clover merenung key dengan ekor matanya. Key menjeling Clover dengan ekor matanya juga. Dia hairan apabila tidak habis-habis gadis itu menjeling dirinya.
“shoot” key bersuara.
“apa dia?” Clover pandang Key dengan pandangan yang pelik.
“kau bukan nak tanya aku sesuatu ke? Dari tadi asyik menjeling je” Key memandang Clover tepat kali ni.
“errr Key kalau kita bercinta kau nak tak?” Clover blush apabila dia cakap macam tu. Heh Clover sejak bila kau main redah je soal hati dan perasaan ni? Clover memandang Key yang membuat ekspresi muka 0.0..
“kenapa kau cakap macam tu?” Key bertanya selepas dia terkejut mendengar soalan Clover yang straight forward.
“sebab aku dah sukakan kau..tapi kalau kau tak suka kan aku tak pelah” Clover bangun nak naik ke atas. Key pantas menarik tangan Clover dan gadis itu terduduk kembali.
“serious?” Key bertanya dan Clover mengangguk. Key mengucup bibir Clover.
  Clover duduk di atas mangkuk jamban sambil mengetuk kepalanya sendiri. Adoiii malu betul aku..main redah je..dan..dan dia cium aku?OMO!!! muka Clover blush seperti baru tergigit cili padi.
 Key tersenyum sendiri. Siapa sangka harini ada kejutan istimewa buat dirinya. Clover mengaku dia cintakan dirinya. OMO!! Boleh keluar surat khabar si kepala batu yang tiada hati dan perasaan sudah jatuh cinta..hehehe dia gelak sendiri. Key menyandarkan badannya di kepala katil sambil membaca majalah. Asal minah tu lama sangat dalam bilik air desis hati Key.
Clover keluar dari bilik air. Dia lihat key sedang membaca majalah. Huh bawak bertenang Clover dia tak makan orang la. Clover menghampiri Key. Dia menarik tangan Key supaya tangan Key berada di atas bahunya. Dia bersandar di dada Key. Jantung Clover sepert mahu melompat keluar dari dada. Jantung Key berdegup kencang. Kalau dulu mimpi jelah kau Key nak rapat macam ni desis key dalam hati. Clover turut sama membaca apa yang di baca oleh Key.
“hehehe kelakar la pula” Clover gelak tiba-tiba.
“kenapa?” Key bertanya.
“kita boleh duduk rapat-rapat macam ni..tak sangka” Clover mengucup tangan Key. Key senyum sendiri.
“yelah..dulu kan kita enemy paling serasi sekarang lovers” muka Clover blush bila mendengar kata-kata Key nasib baik Key tak dapat nampak muka dia.
“yeah..kuasa cinta memang mengagumkan” Clover menguap perlahan.
“tidurlah..” Key menepuk bahu clover perlahan.
“Key..nyanyi…” Clover buat suara manja. Key mencubit pipi Clover. Dia mula menyanyi.
 Loving you is easy 'Cos you're beautiful
Loving  you is all I want to do
Loving you is more that
Just a dream come true
And everything I do is out of loving you
La La...Doo un doo un doo doo, Ah...
* No one else can make me feel
The colours that you bring
Stay with me while we grow old
And we will live each day in spring time
Loving you has made my life so beautiful
And everyday of my life
Is filled with loving you
Loving you I see your soul
Come shining through
And every time that we, Ooh
I'm more in love with you *
La La...Doo un doo un Doo Doo, Ah..
Clover tidur dalam senyuman. Key menyandarkan kepalanya di dinding dan dia juga terlelap. Mereka berdua di dalam posisi berkenaan sehingga pagi menjelma. Masing-masing dengan senyuman menghiasi wajah.

4 under spell:

epy elina said...

hohoho...
sweet la part ni...
akhrnya jtuh cnta jg dorg 2....
thanks cik snow...
syg cik snow....
muaahhh...
kehkehkeh...

hani said...

hohohohoho....
so sweet la snow...
aish,jeles la plak dgn clover sbb dpt duduk mcm tu dgn key...
hehehehe
sambung lg ye cik snow...
lurve yaa *muuaah*

btw:lagu ape yg key nyanyi tu??

Snow_Queen said...

hehehe...hani snow pun jeles gak..lgu yg dia nyanyi? as one-loving you. try r dgr lgu ni..romantik gler hehehe

Anonymous said...

green87
bestnya cta ni green plg suka part key n clover so sweet.. sma2 kpala btu.. cyg snow..

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review