Sunday, April 18, 2010

Be With You 24

Posted by Snow_Queen at 3:30 PM

   Minho rasa serba tak kena pada pagi mingu tu. Dia perlukan seseorang untuk menolongnya tapi siapa? Dia masuk ke dalam dapur dan melihat Clover sedang memanaskan sesuatu di dalam microwave. Dia memandang Clover. Clover yang perasan minho merenung dirinya menjadi serba salah.
“kau apa hal?” Clover bertanya.
“errrr” Minho memandang Clover dengan rasa serba salah.
“kalau ada apa-apa baik kau cakap cepat jangan ganggu aku yang nak bersarapan buat kali ke dua ni” Clover mengeluarkan pie di dalam microwave.
“kau reti masak?” aish pasrah jelah Minho desisnya dalam hati.
“masak? Retilah juga. Kenapa?” Clover memandang Minho yang menarik sengih tiba-tiba.
“kalau macam tu boleh kau tolong aku?” mata Minho bersinar-sinar. Clover mengangguk.
“macam ni..aku nak buat makanan untuk dinner aku dan Lilith errr kira aku nak menambat hati dia lah. Aku nak masak sendiri tapi aku tak reti. Kau ajar aku boleh?” Minho memandang muka Clover yang excited.
“kau nak masak untuk dia..awww soooo sweet darl” Clover sengih. Muka Minho dah blush.
“kau nak masak apa?” Minho menggaru kepalanya.
“err spaghetti, juice, raspberry ice cream cakes for dessert?” Minho mengeluarkan pendapatnya secara random.
“kalau macam tu baik kita pergi cari bahan-bahan sekarang takut tak sempat pula nanti” Clover menarik tangan Minho.
“errr breakfast kali ke dua kau?” Minho memandang Clover ragu-ragu.
“nanti balik aku makan la..wait aku kena ada assistant” mata Clover meliar mencari seseorang. Apabila insan yang di cari di depan mata dia terus menarik tangan insan berkenaan tanpa penjelasan.
   Mereka bertiga kini berada di dalam super market mencari bahan.
“kita buat apa kat sini?” Key memandang sekeliling.
“tolong Minho cari bahan masakan untuk special dinner dia” Clover senyum manis. Key tergamam. Kali pertama dia melihat gadis tu tersenyum dengan wajah yang ceria.
“okay..kau nak masaka apa Minho?” Key jadi bersemangat.
“spaghetti, juice, raspberry ice cream cakes for dessert” Clover memberitahu. Lalu satu persatu bahan di ambil dari rak. Setelah hampir sejam melilau mencari bahan akhirnya mereka selesai membeli-belah.
“errr kenapa aku rasa macam ada kekurangan sesuatu” Clover melihat barang-barang dalam troli.
Parmesan cheese” Key dan Clover menjerit serentak. Minho senyum perlahan melihat telatah dua insan di depannya.
“korang ni serasi betul” Minho ketawa perlahan.
“errr aku pergi ambil benda tu” Clover berlari. Dia mencari-cari parmesan cheese. Baru sahaja dia ingin mengambil paket cheese berkenaan serentak ada lagi satu tangan yang mengambil paket cheese itu juga.
“sorry” lelaki berkenaan minta maaf.
“tak apa” Clover tak pandang wajah lelaki berkenaan. Dia mengambil cheese berkenaan dan melangkah pergi.
“okay tuan-tuan dan puan-puan..harini chef Minho akan memasak di bawah pengawasan chef Clover dan si penyibuk Key” Clover ketawa perlahan.
“bila masa pula aku jadi penyibuk? Kau yang tarik aku tadi” Key memprotes.
“jadi mari kita mulakan dengan membuat raspberry ice cream cakes dahulu” Clover memberi cadangan. Minho hanya mengangguk. Key mencampurkan tepung, serbuk penaik dan garam di dalam satu mangkuk besar sementara Minho mengadunkan bahan-bahan di dalam electric mixer. Clover memanaskan pan dengan menyapu butter di sekeliling pan berkenaan.
  Sementara menunggu adunan kek masak di dalam oven Clover mengemas apa yang patut. Oleh kerana hanya mereka bertiga sahaja yang tinggal di rumah memudahkan lagi rancangan Minho.
“thanx korang” Minho menarik senyum manis kepada Key dan Clover.
“neh…benda kecil je tu” Clover memanaskan pie yang tak sempat di makan tadi. Tanpa di sangka Key, Clover menyuakan pie kepada dia. Key menggigit pie yang di suakan Clover. Clover menggigit bahagian yang digigit Key. OMO adakah ni juga macam mengucup secara tak langsung? Desis Clover di dalam hati namun dia tetap buat muka selamba sambil membelek buku resepi di hadapannya. Hati Key dah berbunga bahagia. Semenjak kehilangan Clover 3 hari lepas perangai dia juga berubah sedikit. Clover sudah jarang mengeluarkan kata-kata sinis dan mencari gaduh dengan dirinya. Kini mereka sedang menghias kek berkenaan. Selesai kek berkenaan di masukkan ke dalam peti ais.
  “Adakah kitaorang juga perlu keluar dari rumah ni?” Clover memandang Minho sambil tangannya ligat menyediakan bahan-bahan untuk sos spaghetti.
“errr aku bukan nak menghalau…tapi pleaseeee” Minho memandang Key dan Clover.
“kalau aku tak nak macam mana?” Clover mengusik. Muka Minho berubah sedikit.
“gurau jelah” Clover menarik pipi Minho. Selepas siap memasak Clover dan Key beredar.
“nak pergi mana?” Key bertanya. Clover angkat bahu. Key senyum sinis. dia memandu kereta ke arah selatan.

5 under spell:

hani said...

sweet sgt ^_^
sayang snow berganda-ganda..
tatau nk komen ape dah tp yg pasti,cter yg snow buat sgt sweet..
key n clover dah mula syg antra satu sama lain..suke2..

epy elina said...

hohoho...
sweet la part ni....
klu ada adegan romantik antra key n clover ok jg....
hehhehe...

Snow_Queen said...

part key n clover?? tgguuuuu~~~ hehehe

kumako said...

tak sbr2 nk bce

Anonymous said...

green87, ala.. bru nk tgkap lentok tau psl clover n key.. huhu... bestnya cta nie.. sgt2.. smbung g ek.. syg snow..

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review