Sunday, April 18, 2010

Be With You 23

Posted by Snow_Queen at 3:46 AM

   Clover berlari sejauh yang terdaya. Dia ingin lupakan setiap butir perbincangan yang di dengarinya namun gagal. Setelah penat berlari dia duduk di atas sebuah batu di bawah sepohon pokok. Baru sahaja dia ingin menyandarkan badannya di dahan pokok berkenaan dia terasa ada orang menariknya ke belakang. dia jatuh ke dalam sebuah lubang yang dalam. Sebaik sahaja sampai di dasar dia jatuh secara meniarap. Dia mengaduh perlahan dan bangun. dia memerhatikan keadaan sekeliling. bilik berkenaan hanya kecil. Dilengkapi dengan pemanas, katil, kerusi dan sesuatu yang besar dan panjang di tutupi dengan kain putih. Curiga dia menarik kain berkenaan. Di hadapannya kini terdapat sebuah cermin dan dia terkejut apabila melihat imej di dalam cermin tu. Seorang gadis yang mirip dirinya namun gadis berkenaan lebih pucat dan terdapat urat-urat hitam di mukanya. Seluruh mata perempuan berkenaan juga hitam. Imej di dalam cermin itu juga mengikut setiap gerakan yang di buat Clover.
“nampaknya kau dah tahu” Clover pusing dan melihat pak cik Lee sedang duduk di atas sofa.
“pak cik..tolonglah bagitahu saya apa yang berlaku dengan diri saya” Clover memegang tangan pak cik Lee.
“kau dah lihat imej perempuan di cermin tu” Clover mengangguk
“itu adalah kau sewaktu kuasa kau aktif” Pak cik Lee memberitahu.
“tapi macam mana” Clover menyoal.
“bukan ke setiap kali kau bangun pertarungan mesti dah tamat dan kau tak ingat apa-apa?” Clover mengangguk.
“sebab apabila kuasa kau aktif kuasa tu akan mengawal kau sepenuhnya. Segala tindakan, pergerakan, emosi semuanya di kawal oleh kuasa kau dalam erti kata lain kuasa kau mengambil alih tubuh kau untuk berfungsi” Pak cik Lee menerangkan kepada Clover.
“tapi..kenapa Key kata dia akan mati jika dia sentuh saya sewaktu kuasa saya masih aktif?” Clover menyoal lagi.
“sebab sesiapa yang memegang kau sewaktu kuasa kau masih aktif roh orang berkenaan akan di sedut dan dia akan mati, kalau dia berjaya melepaskan diri dari pegangan kau pun tak guna kerana diri orang tu seolah-olah seperti mayat hidup. Clover kau memiliki kuasa death soul kuasa jahat yang paling tinggi levelnya” Pak cik Lee melihat Clover yang sedang menggigit bibir.
“saya…merbahaya? Saya akan bunuh semua orang jika saya berada bersama mereka. saya patut pergi?” Clover menahan rasa sesak di dada.
“kau tahu..ni adalah ujian untuk kau. Kau patut tempuhinya dengan sabar. Bukan ke semangat juang kau tinggi? Kalau tak dah lama kau menjadi korban abang kau. Percayalah Clover kedatangan kau ke sini adalah takdir dan kau harus terima takdir tu dengan hati terbuka” suara pak cik Lee naik satu oktaf. Clover terdiam. Dia memikir dalam kata-kata pak cik Lee.
“satu-satunya cara untuk mengawal kuasa kau adalah percaya dengan diri sendiri, keazaman kau nak selamatkan orang-orang kesayangan kau. Kau sepatutnya menjadi lebih tabah. Jangan larikan diri dari reality lagi. Buka mata dan hati kau untuk menilai keadaan sekeliling. jangan biar emosi mengawal kau kerana musuh akan menewaskan kau dengan mudah. Ada benda yang lagi dahsyat aku akan bagitahu selepas ni. sebab tu kau perlu kuat untuk mendengar apa yang aku nak katakan ni. masa depan semua orang terletak di tangan kau” pak cik Lee memandang Clover dengan pandangan serius.
“saya faham!!” Clover mula dapat mencerna setiap ayat pak cik Lee dengan baik. Pak cik Lee membawa Clover ke hadapan cermin tu sekali lagi.
“Clover…” pak cik Lee mula memberitahu rahsia terbesar yang melibatkan masa depan semua orang.
  Key menghempas badannya di atas katil. Dia gagal mencari Clover di mana-mana. Setiap hutan di redahi namun hasilnya hampa. Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 12 tengah malam. Dia mendengus perlahan. baru sahaja dia mula nak lena Clover masuk ke dalam bilik. Key terus bangun menarik Clover ke dalam dakapannya.
“kau pergi mana? Puas aku cari” Key menarik nafas lega. Clover tersenyum pahit.
“aku tertidur dekat bilik music” Clover berbohong. Key memandang Clover curiga namun dia tak mahu mendesak gadis itu memberitahu perkara sebenar.
“boleh ajar aku math?” Clover buat muka tak bersalah.
“eyh..kau kan clever? Takkan la tak boleh buat benda senang macam tu?” Key senyum sinis. Clover buat muncung. Key ketawa perlahan.
“meh sini aku tolong ajarkan..”

1 under spell:

epy elina said...

hohohohoho.....
kcian clober....
hrp2 dia dpt mngawl kuasa dia.....
mst dia xnak org yg dia sygi mati...
kan best klu cnta clover n key brputik...

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review