Sunday, April 18, 2010

Be With You 22

Posted by Snow_Queen at 3:45 AM

   Violet ingin mencari Clover namun langkahnya terhenti apabila bunyi piano menarik perhatian. Dia melihat ke dalam sebuah bilik di mana Jonghyun sedang bermain piano dengan khusyuk. 

Violet menyandarkan badannya di luar dinding menghayati setiap alunan melodi. Esakan kecil kedengaran. Violet mengintai dan terkejut apabila melihat muka Jonghyun menutup muka dengan kedua belah tangannya. Violet menghampiri. Dia memegang bahu Jonghyun. Jonghyun yang terasa ada orang memegang bahunya berpaling. Dia lihat Violet sedang tersenyum manis. Dia memeluk Violet kejap seolah-olah tidak ingin Violet pergi dari situ.
“sssyyy..menangislah kalau itu dapat legakan hati kau” Violet memujuk Jonghyun.
“I’ll be your crying shoulder” violet berbisik perlahan. tidak lama kemudian baru Jonghyun berhenti menangis.
“kenapa kau menangis?” Violet memandang tepat ke arah anak mata Jonghyun namun tiada kata-kata yang keluar dari bibir lelaki itu.
“ermm mungkin aku menyibuk je..aku pergi dulu” Violet mula melangkah pergi namun langkahnya terhenti apabila Jonghyun menarik tangannya.
“harini..anniversary kematian parents aku. Teman aku..jangan tinggalkan aku keseorangan” Violet menarik Jonghyun agar duduk di sofa. Dia menarik kepala Jonghyun agar baring di atas bahunya. Walaupun tiada kata-kata yang keluar dari bibir mereka namun mereka seolah-olah dapat memahami perasaan antara satu sama lain.
   Key berjalan untuk balik ke biliknya apabila Tae Min sengih kepadanya. Curiga dia memandang Tae Min.
“kau kenapa?” Key menyergah.
“macam mana?” Tae Min bertanya.
“macam mana apa?” Key mengerutkan keningnya.
“eh bukan ke Clover cari kau dekat library tadi untuk ajar dia math?” Tae Min menyoal kembali. Key tergamam apabila Tae Min kata begitu. Kalau begitu memang betul la ada orang di luar library tadi? Clover dengarkah setiap butir perbincangan mereka? dia berlari sepantas yang mungkin untuk mencari Clover.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review