Sunday, April 18, 2010

Be With You 21

Posted by Snow_Queen at 3:44 AM

    Mereka semua masuk ke dalam kantin apabila masa rehat tiba. Clover memandang Violet yang tidak pernah tinggalkan Jonghyun dari tadi. Ada satu perasaan aneh yang menggetarkan perasaanya apabila melihat kemesraan Jonghyun dan Violet. dia keliru sendiri.
“Mine..” Clover menarik perhatian Jasmine yang sedang menampal plaster di dahi Onew.
“aku tak faham kenapa setiap kali berhadapan dengan kehadiran kad-kad tu aku mesti tidur dan bila aku bangun sama ada badan aku luka ke sakit ke tak pun kepala aku pening. Bila aku dah bangun pertarungan pun berakhir. Apa sebenarnya yang terjadi pada aku?” Jasmine tergamam apabila Clover menanyakan soalan yang tak di jangka.
“Clover..sebenarnya kau yang paling banyak menolong kami.. Cuma kau kena berlatih untuk mengawal kuasa kau. Key akan tolong kau dalam hal ni” Jasmine melihat ke arah Key yang sedang bersembang dengan Minho.
“kenapa pula dia yang kena tolong aku?” Clover memprotes. Sebab tiada siapa lagi yang boleh tolong kau melainkan dia…ingin sahaja Jasmine berkata begitu tapi dia takut Clover akan salah faham.
“sebab dia yang terbaik di kalangan kami” Onew senyum.
“heh MOMMY tu terbaik? Tolonglah” Clover buat muka dan meneruskan suapan yang terhenti tadi.
   Clover menggaru kepalanya yang tak gatal. Heh math? Memang dia tak ngam langsung dengan mata pelajaran kira-kira ni. dia berjalan keluar membawa buku dan pensil mencari mangsa untuk di jadikan tok guru. Hah itu dia mangsa pertama Clover tengok Tae Min tengah sesedap rasa menonton tv.
Clover: Tae Min… *nada manja*
Tae Min:???
Clover: kau tolong aku boleh?
Tae Min: tolong apa?
Clover: math..
Tae Min: =_=”
Clover: wae?
Tae Min: aku tak pro..kau kena tanya orang pakar dalam bab-bab ni
Clover: sape? *puppy eyes*
Tae Min: Key
Clover: >____<
Clover: tak pelah..aku rela carik orang lain.
Tae Min hanya senyum sinis memandang Clover. Bukan dia tak reti tapi dia nak dua orang manusia tu rapat dan mula bercinta. Dia meneruskan menonton. Clover mengeluh perlaha. Apasal semua orang suruh cari Key ni. dorang bukannya tak tahu aku dan key bagai naga dan dinasour. Tak boleh berjumpa. Tapi nampaknya kali ni dia terpaksa bermuka tebal untuk meminta tolong Key. Dia mencari Key. Key, Minho, Onew dan Jasmine sedang berbincang mengenai Clover.
“kita kena berterus terang dengan dia. waktu di kantin tadi pun aku tak sangka yang dia akan tanya soalan macam tu” Jasmine membuang pandang ke arah luar.
“kalau kau jadi dia kau akan gembira ke bila tahu diri kau tu sebenarnya merbahaya sampai tahap orang tak boleh pegang?” Key menentang idea Jasmine.
“aku sokong Mine.. sampai bila kita nak rahsiakan keadaan diri dia yang sebenarnya? Kalau nanti ada lagi pertarungan tentu dia akan mendesak kita beritahu hal sebenar tentang apa yang terjadi pada dirinya” Minho menyokong cadangan Jasmine.
“Onew?” Key memandang Onew.
“aku rasa yang penting sekarang kita latih dia kawal kuasa dia dahulu. Kemudian baru kita beritahu dia perkara sebenar” Onew membuat keputusan.
“macam mana aku nak tolong dia? Even aku ada kuasa untuk memanipulasi kuasa tapi korang tahu kan yang kuasa tu hanya akan berjaya jika aku boleh pegang owner kuasa tu? Tapi aku langsung tak boleh sentuh dia sewaktu kuasanya tengah aktif. jika aku pegang dia aku akan mati sama juga kalau orang lain yang melatih dia. hanya keazaman diri dia yang dapat membantu sekarang.” Key menarik nafas panjang. Clover menutup mulutnya dengan kedua belah tangannya. Adakah aku begitu merbahaya? Adakah aku akan sebabkan semua orang mati? Apa sebenarnya kuasa yang aku miliki? Pelbagai persoalan mula bermain di fikirannya sambil air mata mula menitis satu persatu.
“siapa di luar?” Minho berkata tiba-tiba. Apabila dia buka pintu library tiada sesiapa pun di situ.
“kau kenapa?” Jasmine angkat kening.
“aku dapat rasa kehadiran seseorang tadi..tapi mungkin aku tersilap” Minho menggosok belakang leher perlahan.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review