Saturday, April 17, 2010

Be With You 20

Posted by Snow_Queen at 6:08 PM

   Clover dan Violet duduk di dalam hutan belakang sekolah. entah kenapa dirinya di serang penyakit malas untuk ke kelas pada hari tu.
“aku rindukan rumah” Clover mengeluh perlahan.
“aku pun..tapi..” Violet menggigit bibir bawahnya.
“tapi kenapa?” Clover merenung Violet tajam.
“aku rasa…aku tak nak balik ke dunia kita..aku nak tinggal kat sini”
“dengan Jonghyun?” Clover pantas memotong. Violet angguk kepala perlahan. dia tak dapat tipu dirinya yang dia sudah mula sukakan suaminya.
“aku bukan nak paksa kau Violet tapi  dunia kita bukan di sini. Kau kena ingat tu” Clover menepuk bahu Violet perlahan. Violet mengeluh kasar.
“kau tak sayangkan Key?” Violet merenung anak mata Clover mencari jawapan. Clover termenung sebentar. Mencari-cari jawapan yang masih samar. Dia sendiri tak dapat memahami perasaan diri sendiri bagaimana dia nak tahu bahawa dia sayang atau cintakan lelaki itu.
“entah..kau tahukan yang aku ni lagi lembap dari siput dalam bab-bab kasih sayang ataupun cinta ni” Clover senyum nipis.
“tapi..aku dapat rasakan yang kau mula sukakan dia” Violet menarik senyum nipis.
“heh..macam mana pula kau lagi tahu hati dan perasaan aku ni?” Clover memerli. Violet dan Clover berdiri serentak. Mereka memerhatikan sekeliling.
“aku dapat rasa kehadiran kad” Violet masih lagi memerhatikan sekeliling.
“eh..kuasa kau dah aktif?” Clover memandang Violet. Violet hanya mengangguk. Tiba-tiba diri mereka di selubungi oleh cahaya hitam. Gelap..segala-galanya di sekeliling mereka sudah menjadi gelap.
“Violet…” Clover memanggil nama Violet tetapi tiada jawapan. Berkali-kali Violet menjerit memanggil nama Clover namun tiada respon. Ini mesti tipu helah kad ni desis hati mereka berdua serentak. Tiba-tiba di hadapan Violet ada cahaya dan semakin lama cahaya tu semakin terang. Violet melihat di hadapannya kini sebuah keluarga yang bahagia. Tiba-tiba ibu bapanya menjadi muram. Dia lihat ibunya teresak-esak sambil mendakap tubuh seseorang. Violet terduduk. Dia tahu siapa yang di peluk ibunya. Adiknya Georgia mati dalam kemalangan sewaktu berumur lima tahun. Dia menyalahkan diri sendiri atas kematian adiknya. Kalaulah dia tahu Georgia mengekori dirinya untuk ke rumah Clover mesti adiknya akan hidup lagi. Apabila dia selamat melintas jalan dia terdengar namanya di panggil. Kaku seluruh tubuhnya apabila melihat jasad Georgia tidak lagi bergerak walaupun sedikit. Akibat daripada kecuaian dirinya itu sampai sekarang ibunya masih lagi dingin dengan dirinya. Tangisannya semakin menjadi-jadi apabila melihat jasad Jonghyun turut kaku di sebelah jasad adiknya. Dia menutup kedua belah telinganya dan menjerit kuat meluahkan kesengsaraan di hati yang di tanggungnya selama ini. Dia ingin masa berhenti buat selama-lamanya.
    Clover melihat segala tragedy yang menimpa dirinya di ulang tayang kembali satu persatu. Dia hanya memerhatikan tayangan tu dengan pandangan dingin. Sedingin ais. Bagaimana abang tirinya cuba memperkosa dirinya ketika dia baru sahaja pulang dari sekolah. bagaimana ibu tirinya menampar pipinya ketika dia mengadu tentang perbuatan seorang lelaki yang patut melindungi dirinya. Bagaimana ayahnya hanya mentertawakan dirinya apabila dia mengadu perbuatan abang dan ibu tirinya. Dia menjadi benci. BENCI dengan ahli keluarganya. Sebab itu dia bersyukur apabila orang-orang yang di bencinya berpindah. Mungkin betul cakap Violet. Lebih baik dia terperangkap di dunia ini sahaja tanpa perlu menghadapi orang-orang yang di bencinya kelak. Tanpa di sedari Clover seluruh tubuhnya bertukar menjadi pucat dan urat-urat hitam mula timbul. Matanya juga sudah bertukar menjadi warna hitam keseluruhannya. Dia senyum sinis. Dia ingin menghancurkan semuanya. Semua ahli keluarganya. Dia mahu hidup bersendirian.
“ahh kuasa kad ni terlalu kuat” Jonghyun dan Lilith meneruskan bacaan jampi. Sementara Onew dan Minho mencari posisi kedudukan kad yang tidak nampak pada pandangan mata kasar. Key dan Mint melukis bulatan dan corak-corak tertentu di sekeliling tempat Clover dan Violet di kurung manakala Tae Min dan Jasmine mengawal keadaan agar tiada pelajar yang mendekati kawasan belakang sekolah.
“macam mana? Dah jumpa belum?” Key tanya Onew yang masih lagi mencari posisi kad berkenaan.
“nanti..kenapa ada kehadiran kuasa lain pula ni?” Onew memandang bulatan cahaya hitam di depannya.
“Clover..kuasa dia dah bangkit. Apa yang berlaku kad dalam tu?” Minho memandang Onew.
“kuasa Clover takkan bangkit kalau dia tak marah. Nampaknya kad ni mesti buat sesuatu terhadap diri mereka.” Jasmine mengeluh kasar. Nampaknya baki 10 kad memang betul-betul kuat.
“kita mesti cari kedudukan kad tu cepat. Violet dalam bahaya kalau kuasa Clover dah bangkit.” Jonghyun menggesa Minho dan Onew supaya menggandakan usaha mengesan kedudukan kad berkenaan.
“kad masa silam?” Onew dan Minho mendesis serentak. Mereka sudah dapat mengesan kedudukan kad berkenaan. Key menyerang sebelah kanan bulatan hitam dengan api. Tidak lama kemudian muncul budak berpakaian serba hitam.
“hati-hati. Ni adalah kad masa silam. Mungkin dia juga akan cuba memerangkap kita.” Minho memberi amaran. budak berkenaan mendepakan tangannya ke hadapan ke arah Key. Badan Key terhentak di atas tanah kasar. Kuasa elektrik berwarna hitam terlalu pantas sampai dia tak sempat mengelak. Tae Min cuba menolong dengan membekukan badan  budak berkenaan namun sebelum sempat separuh daripada ais menyelebungi kaki budak berkenaan ais tu pecah serta-merta. Lilith memegang batu dan baling ke arah budak tu. Letupan kuat meletus namun langsung tak menjejaskan  budak berkenaan. Jasmine menggunakan bayang-bayang budak tu sebagai senjata. Di belakang budak tu kini berdiri bayang-bayang hitam yang sama saiz. Bayang-bayang berkenaan mula menyerang budak tu dengan pelbagai cara. Namun dengan sedikit helah yang di gunakan kad tu bayang-bayang dirinya dapat di hapuskan. Sebelum sempat budak tu membuat serangan seterusnya Key menyerang sekali lagi dan kali ni nasib menyebelahi mereka. tubuh kanak-kanak berkenaan terpelanting tinggi sebelum menyembah bumi. budak berkenaan diam tidak bergerak. Onew dan Tae Min menghampiri. Mereka perlu membaca jampi untuk mengembalikan budak berkenaan dalam bentuk kad. Namun baru separuh jalan jampi di baca Minho melihat mereka semua sudah berada di dalam bulatan cahaya hitam yang lebih besar.
“kita kena tipu. Cepat keluar dari bulatan ni” Minho menjerit. namun segala-galanya sudah terlambat apabila mereka kini sudah berada di dalam bulatan cahaya hitam itu. Jonghyun menyerang dengan kuasa ribut. Budak berkenaan hilang dari pandangan dan tiba-tiba berdiri di hadapan Jonghyun. Dia memegang tangan Jonghyun dan Jonghyun menjerit kesakitan. Seluruh badan Jonghyun dikelilingi oleh aliran elektrik hitam. Lilith membaling bom kepada budak berkenaan dan bom tu meletup sebaik sahaja budak berkenaan menyerang dengan kuasa elektrik yang di milikinya. Lilith tercampak ke tepi. Bibirnya mengeluarkan cecair merah pekat. Minho menghampiri. Dia mengelap darah Lilith.
Key dan Tae Min bergabung menyerang kad berkenaan. Gabungan api dan ais di gunakan dan badan  budak tu tercedera agak teruk. Onew dan Minho membaca jampi sekali lagi namun kali ni muncul aura hitam yang kuat dari kad berkenaan. Kesemua mereka di serang oleh elektrik hitam serentak. Suara mengerang kesakitan terdengar dari mulut mereka semua. Terasa diri mereka sudah lumpuh. Kini mereka hanya mengharapkan keajaiban berlaku.
budak  berkenaan mengeluarkan kuasanya untuk membunuh Key dan Minho namun tanpa di sangka-sangka tubuh budak tu terpelanting tinggi sebelum terhentak keras di dahan pokok. Key melihat Clover berdiri di hadapannya.
“tiada sesiapa yang boleh cederakan Key” Clover memandang budak berkenaan tajam. Yang lain-lain tersentak apabila mendengar ucapan Clover. Bukankah patutnya Clover tak sedarkan diri? budak berkenaan menyerang Clover pula namun apabila kuasa hitam bertemu dengan kuasa hitam tentulah tidak memberi kesan sedikit pun kepada Clover. Clover menghampiri dan bahu budak berkenaan di pegang kejap. Yang lain-lain hairan apabila tiba-tiba mereka sudah keluar dari bulatan hitam berkenaan kecuali Minho. Jonghyun memandang Violet yang tersenyum nipis memandangnya.
Jonghyun cuba bangun untuk mengeluarkan Violet dari bulatan berkenaan namun Jasmine memegang Jonghyun.
“kau buat apa ni? aku kena selamatkan Violet. Tak boleh biarkan dia dengan Clover” Jonghyun mendesis kasar.
“kenapa Minho masih ada kat dalam?” Lilith memandang Minho dengan pandangan risau.
“tengok tu” Jasmine menunjukkan ke arah Clover. Clover menyedut roh kanak-kanak berkenaan sedikit demi sedikit. Violet dan Minho membaca jampi. Tidak lama kemudian kad berkenaan kembali ke dalam bentuk asal. Tiada lagi bulatan cahaya hitam. Minho mengambil kad berkenaan. Lilith menghampiri Minho dan Jonghyun memeluk Violet yang terduduk keletihan. Mereka semua memandang ke arah Clover yang masih merenung kosong ke arah insan-insan di depannya. Mereka tidak boleh menghampiri Clover jika kuasanya masih aktif kerana roh mereka juga akan di sedut jika mereka memegang Clover.
“ini..kali..terakhir..aku tolong korang. Jangan libatkan aku lagi dalam hal macam ni” garau suara Clover apabila dia menuturkan kata-kata berkenaan.
Yang lain tergamam. Clover di depan mereka macam orang lain. bukan Clover yang mereka kenal. Clover terduduk dan memejam matanya. Apabila dia membuka matanya kembali kuasanya sudah tak aktif. Dia terasa pening sedikit.
“aku lapar” Clover menuturkan kata-katanya tanpa rasa bersalah kerana dia juga tak ingat apa yang berlaku setiap kali kuasanya mula mengambil alih tubuhnya. Key ketawa perlahan.

4 under spell:

epy elina said...

hohohoho....
best la crta ni...
sy smkin x sbr nak bca next n3...
yg sy suke....
clover mlindungi key wlpun msa 2 kuasa jhat dia bngkit....
mst clover dah suke kat key...
cuma clover x thu...

epy elina said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

menarik sgt..
best sgt2..hehe..
snow smbung lg..:))

Anonymous said...

snow bestnya cta nie x sbr la tgu smbungn.. comel la clover 2 leh plak ckp lapar.. key 2 pun sesuai sgt dgn dia.. green87

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review