Monday, April 12, 2010

Be With You 2

Posted by Snow_Queen at 1:58 PM

     Violet menggagau mencari selimut. Tiba-tiba dia rasa sejuk yang teramat. Dia buka mata apabila tak dapat cari selimut. Dia terkejut apabila dia berada di atas lantai. Masih tak perasan dengan keadaan sekeliling dia membuka pintu untuk pergi mengejutkan Clover. Terbeliak matanya apabila dia melihat bilik Clover sudah bertukar wajah dan di dalam bilik itu juga terdapat seorang lelaki. Dia menelan air liur kesat. Jong Hyun terkejut apabila melihat seorang perempuan asing di dalam biliknya.
“kau siapa penceroboh?” dia menyergah. Violet yang terkejut segera melarikan diri.
“tunggu dulu” Jong Hyun mengejar perempuan tu. Haish laju juga perempuan tu lari termengah-mengah Jong Hyun mengejar perempuan tu. Violet lari sekuat hati. Minho yang baru sahaja membawa dulang untuk bersarapan di dalam bilik terkejut apabila dirinya di rempuh. Habis sarapan paginya berterabur di atas lantai. Dia melihat Jong Hyun mengejar seseorang dan dia turut join mengejar perempuan tu.
   Clover memicit kakinya yang terasa kebas. Dia pelik apabila dia tidur di atas lantai. Pelik betul seingat dia semalam elok je dia tidur di atas katil. Sebaik sahaja pintu biliknya di buka dia tergamam apabila melihat gambar 5 orang pemuda betul-betul tergantung di dinding berhadapan dengan bilik dia. Seingat dia di rumahnya tiada gambar sebegitu. Baru sahaja tangannya nak menyentuh gambar berkenaan dia mendengar suara seseorang.
“woi stalker….” key menjerit. apabila Key mula menghampiri Clover melarikan diri. Sebaik sahaja sampai di satu selekoh dia terasa ada orang menarik bajunya. Dia cuba nak menjerit tetapi ada tangan menutup mulutnya. Dia melihat Violet kunci pintu bilik.
‘Violet..apa semua ni?” Clover berbisik perlahan kepada sepupunya tu.
“aku pun tak tahu wei..yang aku tahu kita mesti blah dari sini. Yang lain-lain kita fikir kemudian” Violet kasi cadangan. Clover buka tingkap bilik tu. Mereka berdua memanjat keluar melalui tingkap. Clover melihat pintu bilik di rempuh oleh seseorang. Dia menolak Violet yang terhegeh-hegeh dan dia melompat keluar. Mereka lari masuk ke dalam hutan yang berdekatan. Apabila di rasakan cukup jauh dari rumah tu mereka berhenti berehat.
Minho membuka pintu bilik yang terkunci. Dia melihat tingkap bilik tu terbuka.
“aku rasa dia dah larikan diri” Minho menjenguk ke luar. Key perasan ada sesuatu di atas karpet. Dia mengambil benda berkenaan. Besi sanggul rambut? Mesti kepunyaan perempuan tu desis hati Key.
“apa tu Key?” Jong Hyun bertanya. Key buat tak tahu dan beredar.
   “macam mana kita boleh ada dekat sini? Semuanya begitu asing bagi aku” Clover membuka bicara setelah di rasakan degupan jantungnya kembali normal.
“aku pun tak tahu dan yang penting sekarang macam mana kita nak balik?” Violet bertanya.
“aku rasa baik kita jalan jelah. Lepas keluar dari hutan ni kita pergi minta tolong dekat balai polis” Clover buat keputusan. Violet mengangguk.
“Mint campak la bola tu betul-betul” Lilith menyuruh. Mint campak bola keranjang tinggi apabila dia terdengar bunyi “awww” dia melihat seorang gadis terduduk sambil memegang kepala. Dia telan air liur.
Violet pegang kepalanya. dia memandang 2 gadis di hadapannya dengan marah.
“buta ke?” Violet naik angin.
“sorry la sis” Mint minta ampun. Clover membantu Violet untuk bangun. Violet rasa kepalanya agak pening.
“korang berdua ni bukan orang sini kan?” Lilith bertanya. Clover dan Violet memandang gadis yang memakai cermin mata di hadapannya.
“apa nama tempat ni?” Clover bertanya.
“Burberry” jawab kedua-dua gadis di hadapan mereka serentak.
“Burberry?” Clover pandang Violet. Mereka berdua rasa otak mereka tak berfungsi untuk seketika.
“ermm macam ni la..apa kata korang berdua datang ke rumah aku dulu. Mungkin abang aku boleh bawak korang pergi balai polis nanti” Mint mengajak. Clover dan Violet bersetuju.
“by the way nama aku Mint dan ni Lilith” Mint memperkenalkan diri.
“aku Clover dan dia Violet” Clover memperkenalkan diri.
Apabila sampai di rumahnya Mint menyuruh kedua-dua tetamu tersebut tunggu di taman dengan Lilith sementara dia mendapatkan abangnya.
“abang..Mint jumpa orang sesat” Mint mendapatkan Minho yang sedang menonton tv. Jong Hyun, Key, Onew dan Tae Min memandang Mint.
“siapa?” Jong Hyun menyampuk.
“entah. Tahu nama dorang je. Dorang ada kat taman. Abang bawa la mereka ke balai polis” Mint memandang Minho. Mereka semua beredar ke taman.
Clover memicit kepala violet sementara menunggu Mint.
“stalker?” key menjerit apabila memandang Clover.
“penceroboh?” Jong hyun memandang Violet. Violet dan Clover memandang manusia-manusia di hadapan mereka.
“bwoh?? Korang lagi??” serentak Clover dan Violet bersuara.

1 under spell:

epy elina said...

hohohoh...
what happen??
saspen lak??
smbung2x...

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review