Saturday, April 17, 2010

Be With You 19

Posted by Snow_Queen at 6:06 PM

   “tak sangka dia ada kuasa tu” Tae Min mengeluh perlahan. dia memandang wajah kawan-kawan dan isterinya berkerut.
“tapi kita tak sangka yang dia akan memiliki kuasa death soul. Kita mesti buat sesuatu.” Jasmine memandang Onew. Kuasa death soul memang amat hebat. Silap langkah memang semua orang akan mati kerana pemilik kuasa ni tiada hati dan perasaan sebaik sahaja dia mula menggunakan kuasanya. Kerana diri pemilik kuasa ini akan seratus peratus di kawal oleh hati dan perasaan benci, marah dan dendam yang teramat kuat dan pemilik kuasa ini tidak sedar apa yang terjadi dengan keadaan sekeliling. Kalau Clover memiliki kuasa ni mesti ada sesuatu yang di rahsiakan gadis itu dari pengetahuan semua orang dan rahsia itu di tanggung seorang diri.
“ermm semuanya sama seperti ramalan yang di katakan pak cik Lee. Jadi kuasa mengawal masa di miliki oleh Violet.” Jonghyun memandang kawan-kawannya.
“jadi kita tak perlu risaukan Violet sangat kan? Kita sekarang kena melatih Clover agar dia dapat mengawal kuasanya. Key aku rasa tugas ni sesuai dengan kau sementelah kuasa kau kuasa kedua terhebat selepas kuasa dia dan lagi pun kau suami dia” Mint memandang Key yang mempunyai kuasa Fire and manipulation power.
“Key..mulai sekarang baik kau awasi setiap langkah Clover terutama sekali di sekolah. aku rasa sesiapa yang buat dia marah akan straight go to hell kerana salah satu cara kuasa ni bangkit adalah dengan kemarahan” Minho memberi amaran. Key mengangguk perlahan. dia keluar dari bilik tu dan masuk ke dalam biliknya. Dia mengucup dahi Clover dan menyelimutkan gadis berkenaan perlahan. dia melangkah ke arah sofa dan tidur.
“apa-apa pun korang juga harus memerhatikan dia.” Onew kasi arahan. Sebagai ketua kumpulan dia tak mahu apa-apa yang buruk menimpa ahli kumpulan cardcaptor.
    Violet bangun apabila terbau haruman yang kuat menusuk hidungnya. Dia melihat jonghyun sedang merapikan rambut di hadapan cermin.
“kenapa tak kejut?” Violet bangun dan buat senaman ringkas.
“awal lagi ni” Jonghyun senyum manis. Entah macam mana siku Jonghyun tertolak pasu bunga di tepi meja solek. Violet yang terkejut segera kata “stop” dan pasu bunga berkenaan terhenti di antara lantai dan udara. Terbeliak biji mata Jonghyun melihat keadaan pasu bunga tu. Dia mengambil pasu bunga berkenaan dan meletakkan kembali ke atas meja.
“macam..macam mana..” Violet tak terucap. Jonghyun senyum. Nampaknya kuasa Violet juga dah aktif. Dia mengucup dahi Violet.
“tahniah..kuasa kau dah aktif” muka Violet blush apabila Jonghyun mengucup dahinya. Dia berlalu ke dalam bilik air.
“nampaknya aku mesti mengajar Violet cara-cara untuk mengawal kuasanya juga” dia senyum sendiri dan berlalu ke ruang makan.
    Clover menyelongkar almari di dapur mencari painkiller. Sebaik sahaja dia buka mata dia rasa sakit yang amat sangat di lengan kirinya. Dia menggigit bibir bawahnya apabila tangan kirinya berdenyut. Air mata jatuh setitis. Enggan menyusahkan key yang sedang tidur dengan lena.
“Clover kau buat apa tu? Kau kan sakit lagi?” Jasmine cekak pinggang apabila melihat Clover.
“mine..sakit..” Clover teresak sedikit. Jasmine segera memapah Clover ke ruang tamu.
“kau tunggu sini sekejap” Jasmine lari naik atas ke bilik Tae Min.
“Tae Min..” Jasmine mengetuk pintu bilik Tae Min.
“ada ap..” Tae Min tak sempat menghabiskan kata-katanya apabila Jasmine menarik lengannya ke bawah. Key yang sedang mencari Clover jadi hairan apabila nampak Jasmine dan Tae Min tergesa-gesa. Dia ikut dari belakang.
“Clover kenapa?” Tae Min melutut di hadapan Clover yang sedang menahan esak.
“Clover..” Key menghampiri dan duduk sebelah Clover. Clover pandang Key. Sebelah lengannya memeluk lengan Key. Key terkejut dengan reaksi clover yang tiba-tiba dan dalam masa yang sama dia terasa jangtungnya mahu melompat keluar dari dada.
Clover hulur tangan kirinya pada Tae Min.
“Clover..sakit sikit tau..kau kena tahan” Tae Min mula memegang lengan kiri Clover yang sudah membengkak dan masuk angin. Key memeluk pinggang Clover. Tae Min mengurut lengan Clover dari bahu ke bawah. Clover memegang tangan Key kejap. Air matanya sudah mengalir membasahi baju Key. Apabila selesai sahaja lengan kirinya di urut Clover rasa semua kesakitan hilang seolah-olah dia tak pernah sakit sebelum ni. dia senyum perlahan. Tae Min pegang pula lengan kanan Clover yang luka. Kali ini dengan sekali sapu luka berkenaan hilang. Clover jadi teruja.
“Tae Min kau ni healer ke?” Clover senyum memandang Tae Min. Tae Min hanya mengangguk perlahan.
“jadi boleh tak kau hilangkan kesan rantai kat leher aku ni?” Clover bertanya. Tae Min pandang Key. Key angguk perlahan walaupun hatinya mula di bakar rasa cemburu. Seperti tadi kesan rantai di leher Clover hilang dalam sekelip mata.
“semalam..apa yang terjadi dekat lelaki tu?” Clover menyoal.
“dia dah kembali ke bentuk kad balik” Key menjawab. Clover baru perasan yang dia memegang tangan Key dan tangan Key melingkari pinggangnya.
“Yah!! Kau ambil kesempatan ke?” Clover segera bangun.
“aku nak tolong je. Lagipun sapa yang peluk sapa dulu?” Key mempertahankan dirinya.
“Yelah tu” Clover buat muka dan berlalu naik atas. Masuk sahaja ke dalam bilik air dia terduduk. Terasa jantungnya mahu melompat keluar apabila Key memegangnya tadi.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review