Thursday, April 15, 2010

Be With You 18

Posted by Snow_Queen at 10:27 PM

  Lelaki tu gelak kuat apabila merasakan kemenangan akan berpihak kepada dirinya namun Clover hanya mengerutkan kening. Dia bagai melihat wayang bisu di depannya kerana telinganya sudah tak mendengar apa-apa bunyi melainkan lagu-lagu rancak bergendang di telinganya. Lelaki berkenaan melancarkan serangan dan tanpa membuang masa Clover menumbuk dada lelaki berkenaan namun lelaki berkenaan berjaya memegang tangan kiri Clover dengan tangan kirinya. Clover cuba pula untuk menendang sementara tangannya masih lagi terkunci di tangan lelaki itu namun seperti tadi lelaki itu berjaya memegang kaki kiri Clover. Clover senyum sinis. Memang ini yang dia mahukan. Clover menendang muka lelaki itu dengan kaki kanannya dan lelaki berkenaan terpelanting. Clover menghentak perut lelaki itu dengan lututnya..
“yesss..belasah dia cukup-cukup..That my girl” Key bersorak dan sekali lagi kesemua mereka melihat Key.
“what?” Key buat muka tak bersalah. Yang lain mengeluh perlahan.
Clover baling jauh-jauh rantai lelaki berkenaan apabila dia cuba nak mencapai senjatanya. Clover bangun dan menarik nafas perlahan. lelaki berkenaan bangun kembali. Dia mengesat darah di tepi bibirnya. Dia cuba menendang clover bertubi-tubi tetapi semuanya berjaya di tepis oleh Clover walaupun tangannya terseliuh. Key (binatang peliharaan) datang menghampiri. Lelaki berkenaan secara tak sengaja memandang kehadiran Key. Dia berundur ke belakang. Sememangnya setiap kad takut kepada rwet. Clover melihat Key dan senyum sinis. Nampaknya dia takutkan binatang comel ni. peluang ni ambil oleh Clover untuk membelasah lelaki berkenaan apabila dia sedang sibuk mencari-cari senjatanya. Clover menarik tangan kanan lelaki itu dan menghumban lelaki berkenaan ke arah belakang. dia memegang tangan kiri lelaki itu untuk di patahkan namun gerakannya terhenti apabila muncul aura hitam di antara tangannya dan tangan lelaki berkenaan. Serta-merta muka lelaki itu pucat. Onew dan yang lain-lain menghampiri apabila pergerakan mereka mula bebas. Salah seorang dari mereka mesti membaca jampi untuk menukarkan kembali lelaki itu ke dalam bentuk kad namun pergerakkan mereka terhenti apabila melihat keadaan kad berkenaan.
“dia..dia sedut roh kad berkenaan” Mint menutup mulutnya.
“Clover berhenti..” Key mengarah. Key cuba nak pegang bahu Clover namun Jonghyun menghentikan langkah Key.
“cuba tengok Clover betul-betul”
Clover berpaling melihat ke arah mereka semua. Jasmine menutup mukanya. Tak sanggup dia melihat muka Clover. Keseluruhan mata Clover hitam dan pucat. Urat-urat hitam juga muncul di muka Clover. Setelah habis roh kad berkenaan di sedut lelaki berkenaan kembali kembali ke rupa asal dalam bentuk kad. Onew mengambil kad berkenaan dan membaca jampi supaya kad berkenaan tak terlepas lagi. Walaupun roh kad berkenaan sudah tiada kad berkenaan masih lagi bahaya. Pelahan-lahan muka Clover kembali ke rupa asal. Dia tak sedarkan diri selepas itu. Key menyambut Clover dan membawanya ke dalam bilik tidur. dia merawat luka Clover sebelum menyertai mesyuarat dengan yang lain-lain.

2 under spell:

epy elina said...

hohohoh...
key ambil brt kat wife dia...
kuasa clover dah aktif la...
yeeehhhh....
crta smkin mnarik...

kumako said...

ske3...ngee..

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review