Thursday, April 15, 2010

Be With You 17

Posted by Snow_Queen at 10:25 PM

   Clover bangun mengejut. Dia mengelap peluh di dahi. Penghawa dingin di dalam bilik tu langsung tak dapat mendinginkan badannya yang panas. Dia melihat Key tidur dengan nyenyak. Dia mengambil keputusan untuk berjalan-jalan di taman. Dia duduk di atas buian dan menyanyi kecil. Tiba-tiba dia dapat merasakan kehadiran aura yang kuat. Dia tak tahu apa benda tapi dia tetap menoleh sekeliling untuk melihat jika salah seorang penghuni rumah itu juga keluar. Tiada sesiapa tetapi kenapa debaran jantungnya makin kuat?
Minho baru sahaja hendak melangkah naik ke biliknya apabila dia dapat merasakan kehadiran aura yang kuat di taman. Key, Jonghyun, Onew, Tae Min, Mint dan Jasmine bangun serentak. Mereka juga dapat merasakan kehadiran aura yang kuat di taman. Serentak mereka semua meluru ke taman. Jasmine ternganga apabila melihat luka di lengan Clover. Clover sedang melutut di atas tanah dengan salah satu lututnya mencecah tanah. Clover gelak sinis. Onew cuba nak menghampiri Clover tetapi gagal apabila gerakannya di kunci. Yang lain-lain juga tak dapat bergerak tak kira berapa banyak jampi dan kuasa yang mereka guna. Imej seorang lelaki memenuhi pandangan mereka. di tangannya terdapat rantai besi.
“shit..salah satu kad tu” Jonghyun menyumpah seranah.
“Clover..hati-hati” Jasmine menjerit kecil apabila lelaki itu mula menyerang Clover tetapi Clover masih di tempatnya tak bergerak. Clover melihat lelaki itu mula menghayunkan rantai besi ke arah sebelah kanan, dia mengelak ke arah kiri dan mula berlari pantas ke arah lelaki tu tetapi gerakan lelaki itu juga pantas apabila tak sampai sesaat senjata lelaki berkenaan melilit leher Clover. Clover meletakkan salah satu tangannya di leher untuk mengelakkan daripada tercekik.
“Clover..kau kena kuat..jangan mengalah. Kau kan mempunyai semangat juang yang kental” Key memberi kata-kata semangat. Yang lain-lain memandang Key.
“apa?” Key buat muka tak berdosa.
“aku ingat kau suka cari gaduh dengan dia saja. Tak sangka kau sayang dia” Minho memerli.
“weh..aku bagi kata-kata semangat jelah” Key mendesis. Jasmine gelak kecil.
“kenapa Lilith dan Violet tak terjaga? Aku rasa hentakan rantai lelaki tu macam guruh. Punyalah bising” Mint membebel.
“mungkin sebab kuasa dorang tak active lagi sebab tu mereka tak dengar apa-apa” Tae Min bagi pendapat.
“jadi kuasa Clover mula active atau memang kebetulan dia berada di taman serentak dengan kehadiran kad ni?” semua memandang ke arah Clover yang sedang bertarung untuk nyawanya.
Clover menendang tepat ke perut lelaki tu. Pegangan rantai lelaki tu terlepas kerana tendangan Cover yang begitu kuat. Clover menyedut oksigen sebanyak yang boleh. Dia terbatuk kecil. Lelaki berkenaan bangun kembali. Dia senyum sinis.
“pemburu kad…mesti mati..” hanya itu kata-kata lelaki berkenaan dari awal mereka bertarung sehinggalah sekarang.
“kau ni tak reti sebut benda lain ke? Kfc ke pizza ke?” Clover mengambil langkah. Dia sengaja hendak melengah-lengahkan langkah lawanya. Paru-parunya masih dahagakan udara dan dia perlukan sesuatu. Tapi dia tidak tahu apa dia. sebelah tangannya mula meraba-raba poketnya. Mp3? Betul kalau dia takut, panic ataupun nak cari jalan dia selalunya akan mendengar Mp3. Perlahan-lahan dia menarik earphone Mp3 dan menyumbatkan ke dalam telinganya. Volume di buka full blast dan lagu-lagu rancak mula bergendang di telinganya.
“apa yang dia sumbat kat telinga dia tu?” Jasmine menyoal.
“bwoh..earphone??” serentak mereka bersuara.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review