Thursday, April 15, 2010

Be With You 15

Posted by Snow_Queen at 6:03 PM

   Lima sekawan berkumpul di dalam bilik Jasmine kerana ruang bilik Jasmine agak besar jadi mereka boleh bersiap dengan cepat.


 Clover memerhatikan Lilith. Dia menarik lengan Lilith dan duduk di depan meja solek.
“Clover kau buat apa ni? nanti kita lambat pula” Lilith memprotes.
“Lilith..tutup mulut dan jangan banyak songeh ok? Lagi satu biarkan dorang bersiap dulu” jari-jemari Clover lincah mengambil alatan kosmetik di atas meja. Dia mula make over Lilith. Bulu kening di shape dengan sempurna. Huh nasib baik dia tak pakai braces kalau tak mau aku amik tukul cabut desis hati Clover.
“aww..” bunyi Lilith setiap kalu bulu keningnya di cabut. Namun Clover buat tak tahu dan meneruskan kerjanya. Dia menanggalkan cermin mata Lilith yang tebal seperti kanta microscope dan gantikan dengan contact lens. Violet, Mint dan Jasmine yang sedang bersiap berhenti apabila melihat muka baru Lilith.
“wow Lilith cantiknya kau” dan Jasmine lari ke bilik salin pakaian.
“Lilith aku gerenti abang aku akan jatuh cinta dekat kau” dan Mint mula menyelongkar kasut pengantinnya.
“Lilith..” Violet tunjuk thumb up. Muka Lilith blush setiap kali mendengar pujian daripada kawan-kawannya.
“see…lain kali kau jangan pakai dah baju tebal-tebal macam kulit beruang tu ok? Kau kena la pandai melawa sikit” Clover menepuk bahu Lilith perlahan. dia tersenyum manis. Si Clover ni walaupun selalu angin dengan Key sebenarnya dia ada side comel yang tersendiri..bertuah kau key desis hati Lilith dan dia pun mula bersiap.
“ish mana dorang ni” Key menyungut.
“dah tak sabar nak tengok Clover ke?” Tae Min mengusik.
“banyak la..” tapi dalam masa yang sama muka blush.
“ermm mereka dah datang” pak cik Lee muncul tiba-tiba. Kelima-lima jejaka melihat lima gadis berjalan menghampiri mereka. semua tergamam melihat kecantikan bakal isteri masing-masing.
                                                                     Violet   

                                                            Lilith
                                                Clover

                                            Jasmine
                                                Mint
Kelima-lima gadis melihat bakal suami mereka. (sila bayangkan mereka pakai tux mengikut imaginasi anda)
Kesemua mereka berbaris memanjang bersama pasangan masing-masing untuk mengangkat sumpah. Pak cik Lee memulakan dulu dengan Onew dan Jasmine, Minho dan Lilith, Violet dan Jong Hyun, Tae Min dan Mint dan akhir sekali Clover dan Key.
Clover sedang asyik berangan apabila Key menyiku lengannya. Dia memandang Key garang.
“oh..i do” Clover cepat-cepat menjawab apabila pak cik Lee membacakan semula ikrar.
“boleh sarungkan cincin” pak cik Lee melihat pasangan-pasangan di hadapannya bertukar cincin.
                                                                      Onew&Jasmine

                                                                   Minho&Lilith
                                                                   JongHyun&Violet

                                                                   Tae Min&Mint
                                                                Key&Clover
“dengan ini saya sahkan kamu sebagai pasangan suami isteri. Kamu boleh mengucup pasangan masing-masing. Pak cik tak tengok hehehe”
Masing-masing terpaku. Clover dah berpeluh bila Key mula menghampiri. Dia tutup mata serta-merta. Key senyum dan mengucup dahi Clover. Selepas itu seperti biasa pak cik Lee menghilangkan diri.
“betul ke kau ni Lilith?” Minho memandang Lilith. Memang dia tak sangka yang Lilith begitu cantik dan selama ni kecantikan gadis tu terselindung di sebalik imej nerd.
“kalau aku Lilith pun kenapa? Tak ada kena mengena dengan kau pun” Lilith menjawab dengan nada sarkastik.
“ouch..sakitnya..” Jonghyun menepuk bahu Minho perlahan. Minho senyum kelat.
 Yang lain-lain masuk ke dalam rumah. Mereka makan malam dengan senyap.
“OMO!! Key tak makan lagi” Clover bangun dan berlari ke taman semula.
“Key? Aku kan ada dekat sini?” Key buat muka pelik.
“bukan kau la..haiwan peliharaan dia” Violet memberitahu.
“haiwan peliharaan? Dia namakan haiwan peliharaan dia dengan nama aku?” Key menggetap bibirnya. Dia bangun dan pergi ke taman. Dia lihat Clover sedang memberi makan sesuatu. Dia menghampiri. Bulat matanya apabila melihat rwet.
“Yah!! Clover kau tahu tak haiwan ni merbahaya?” Key menarik Clover supaya jauh sedikit dari rwet.
“yah..merbahaya apa? Dia comel je..kau la yang paling merbahaya atas muka bumi ni yang aku pernah jumpa” Clover merentap pergelangan tangannya dan menyambung memberi makan kepada Key.
Clover masuk ke dalam semula menyambung makan malamnya sebelum naik ke atas. Dia membuka pintu almari dan ekspresi mukanya bertukar menjadi o.0 mana semua pakaian aku desis hatinya.
“tak payah nak cari lagi. Mulai harini kau akan sebilik dengan aku” Key senyum sinis. Clover memandang Key. Takkan la yang kecil-kecil pun dia ambil juga desis hati kecilnya lagi.
“betul yang kecil-kecil juga aku ambil sekali” Key buat muka tak bersalah. Muka Clover dah blush. Dia merempuh Key dan menuju ke bilik Key.






         
 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review