Wednesday, April 14, 2010

Be With You 13

Posted by Snow_Queen at 11:23 PM

   Suasana di meja makan agak meriah dengan celoteh lima sekawan yang bangun awal pada pagi tu.
“hey..ada apa-apa yang menarik untuk di kongsikan bersama?” Minho mengucup dahi adiknya.
“neh..borak-borak kosong je” Mint menyapu jam atas roti bakar dan bagi kepada abangnya.
“wow Key lawa dahi” Jasmine memandang Key. Key menjeling Clover yang buat muka tak berdosa.
“well ni good night kiss from my wife to be” Key senyum sinis.
“wow..perhubungan korang dah berkembang dengan laju” Jong Hyun memerli.
“neh..biasa la tu. Tak lama lagi korang dapat tengok mata lebam, kaki dan tangan patah pulak. Right Honey?” Clover memandang Key sinis.
“betul..oleh sebab tu lepas sekolah ni aku kena pergi tempah kubur awal-awal untuk orang itu.” Key menjeling.
“yeah..u’re sooo sweeettt En Kunci” Clover meneguk minumannya.
“dah la korang. Pagi-pagi lagi dah start” Onew memandang ke arah Clover dan Key.
“kitaorang balik lewat sikit” Jasmine memberitahu.
“nak pergi mana?” Tae Min menyoal.
“kitaorang nak pergi cari baju pengantin”
“Mine kau jangan lupa carikkan baju saiz gajah untuk si kuat makan ni” Key senyum nipis. Jasmine hanya menggelengkan kepala melihat pasangan yang selalu bertekak ni.
  “baik murid-murid semua kita ada murid baru harini” Madam Abel memanggil masuk Clover dan Violet.
“perkenalkan diri kamu” Madam Abel menyuruh.
“selamat pagi. Saya Clover sila beri tunjuk ajar” Clover tunduk sedikit.
“saya Violet. Sila beri tunjuk ajar” Violet tunduk sedikit.
“errr cik Violet dekat atas borang ni nama penuh awak Vyolanda Violetta. Awak ni orang mana?” Madam Abel memandang Violet.
“bwoh? Apa tadi? Vyolanda? Hahaha” Jong Hyun gelak sampai keluar air mata. Satu kelas juga ketawa. Violet memandang garang ke arah Jong Hyun. Siap kau nanti rambut emas getus hati Violet.
“kelas senyap..baiklah Violet awak boleh duduk sebelah Ryan dan violet awak boleh duduk sebelah Jong hyun”
“hai saya Ryan..” Ryan senyum manis memandang Clover.
“Violet” Violet senyum manis memandang Ryan. Kenapa dia boleh senyum macam tu dekat orang lain tapi bukan dekat aku? Wow Key apa yang kau merepek ni. tak ada kena mengena dengan kau pun desis hati Key.
Clover dan Violet sedang menunggu Jasmine, Lilith dan Mint untuk berehat bersama di taman. Mereka harus menunggu kerana mereka berdua tak sama kelas dengan mereka.
“aku dengar yang korang ni tak ada kuasa langsung?” muncul seorang budak berambut dark brown dengan kawannya.
“iya ke? Kita tak ada kuasa eyh Clover? Kenapa aku tak tahu?” Violet memandang Clover sinis.
“korang ni student baru buat cara student baru.. kitaorang ni senior..korang kena hormat sikit dengan kitaorang” budak rambut dark brown tu nampak bangga bila dia sebut senior.
Eh tolonglah kat sekolah aku pun senior tak senior aku tibai desis hati violet.
“mungkin kita patut kasi hadiah sedikit kat dorang?” kawan dark brown kasi idea yang tak berapa cerdik. Baru sahaja si dark brown tu nak melancarkan serangan Clover bangun dan menendang tepat ke perut si dark brown. Baru sahaja kawan si dark brown nak melancarkan serangan dia terasa lehernya seolah-olah di cekik kuat. Violet lihat Jasmine dan yang lain-lain di belakang. Jasmine seolah sedang memegang sesuatu yang tak kelihatan. Jasmine melepaskan pegangan. Kedua-dua gadis tadi bangun dan beredar dari situ.
“nice kick” Mint memuji Clover. Clover sneyum sinis.
“tak takut ye korang.. semua gadis di sini seboleh-boleh tak nak cari pasal dengan mereka berdua” Lilith memandang Violet.
“neh..takat gadis macam tu sebelah mata tak pandang” Violet puji diri sendiri.
“well lepas ni korang kena berhati-hati. Mungkin dia akan cari korang lagi nanti. Lagi pun kuasa korang tak aktif lagi” Jasmine memberi amaran. Sementara itu di café Key melihat sekumpulan gadis duduk makan di taman.
“kau tengok tak cara tendangan dia?” Tae Min bertanya.
“tendangan dia ada tenaga. Kalau tak takkan la sekali dah kena si Amy tu dah terbaring” Onew memuji.
“well key..kau punya bini memang somebody la..habis la kau lepas kahwin nanti” Jong Hyun senyum sinis.
“setakat macam tu aku tak pandang sebelah mata” key senyum sinis dan meneruskan suapan.

1 under spell:

Anonymous said...

Snow ade kesilapan mase violet berkenalan dengan ryan.bukan violet tapi clover

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review