Wednesday, April 14, 2010

Be With You 12

Posted by Snow_Queen at 11:21 PM

Clover menolak pintu bilik Mint perlahan. dia melihat Jasmine, Lilith, dan Violet melepak di situ.
“hey Clover..masuklah” Mint tarik tangan Clover. Kali pertama dia masuk ke dalam bilik Mint. Wow semuanya pink. 

Dia tarik senyum manis.
“korang mengutuk sapa?” Clover duduk di meja belajar Mint.
“kutuk sapa lagi..” Violet melirikkan matanya ke arah gambar 5 jejaka yang tergantung di dinding bilik Mint. Yang lain ketawa perlahan.
“well tapi aku betul-betul tak sangka yang Key akan dapat Clover dan Lilith dengan Minho” Mint memandang teman-temannya.
“yah!! Stop teasing me..taulah yang dia dapat Tae Min” Clover dah muncung.
“eh macam mana kau tahu Tae Min dengan Mint” Jasmine memandang Clover dengan pandangan pelik.
“well ingat tak yang kita pergi tengok wayang haritu and tiba-tiba kau tak jadi pergi? Aku jumpa dorang berdating dalam panggung hari tu” Clover senyum sinis.
“well drop the subject. Esok korang akan satu sekolah dengan kitaorang. Dah ready?” Lilith memandang Clover dan Violet.
“entah..nervous pun ada..Another bad day ha?” Violet senyum sendiri.
“well..lepas balik sekolah kita kena singgah butik pengantin cari baju” Jasmine bukak topic kahwin balik.
“wae?” semua serentak menyoal.
“eh jangan buat-buat hilang ingatan pulak. Kita akan berkahwin dalam masa seminggu je lagi” Jasmine membelek catalogue.
“I wish esok pagi juga aku hilang ingatan” Clover hentak kepalanya perlahan atas meja.
“hey Mine..kau ni macam suka je kahwin dengan si Onew tu” Lilith serkap jarang. Muka Jasmine blush tiba-tiba.
“o’oo ada orang dah jatuh hati di sini” Violet menggeletek pinggang Jasmine.
“hey..stop it..well aku mengaku aku suka dia..tapi dia tak suka aku pun” muka Jasmine berubah sedikit.
“kenapa?” Lilith menyoal. Yamg lain mengangguk.
“kebelakangan ni semua orang mengata yang aku ni macam mak dia. well aku kan selalu risaukan dia sebab dia selalu cederakan diri sendiri then since hari tu dia menjauhkan diri dari aku. Walaupun aku selalu cuba nak dekat tapi akhirnya dia mesti letakkan jarak antara kami” Jasmine mengeluh perlahan.
“then kau patut kurangkan membebel dan selalu acting sweet je bila depan dia” Clover kasi cadangan. Yang lain bersetuju.
“Aku bukan jenis yang sweet macam you guys..ini adalah diri aku..tapi aku akan cuba kurangkan bebelan aku hehehe” Jasmine garu belakang telinganya yang tak gatal.
“well semua masuk tido la..esok nak bangun awal” Jasmine kasi arahan.
Oleh kerana tak dapat tidur selepas penat ke kiri dan ke kanan Clover bangun dan pergi ke ruang tamu. Dia memicit alat kawalan untuk melihat siaran apa yang menarik. Tiba-tiba perutnya berbunyi. Dia melangkah masuk ke dapur dan mencapai ais krim. Dia sengih sendiri. Baru saja nak masukkan ais krim ke dalam mulut terdengar kata-kata yang menyakitkan hatinya.
“bwoh? Makan lagi? Aku tak nak bakal pengantin aku membesar seperti sofa di ruang tamu tu” dengan nada sarkastik Key menuturkan kata-katanya.
“aha..then kau kena belajar terima yang bakal isteri kau ni memang CINTAKAN makanan SANGAT-SANGAT” Clover senyum sinis.
“aku tak nak kau memalukan aku depan orang ramai nanti. Jangan nanti baju pengantin kau terkoyak depan orang ramai sudah” Key jungkit kening sebelah.
“well..kau tak perlu risaukan pasal tu sebab benda tu takkan terjadi. aku akan pastikan aku tempah baju sebesar saiz gajah” Clover menyudu lagi ais krim dalam mulutnya. Dia sengih sinis apabila Key berdiri di hadapannya kini.
“you know what?” Key mendekatkan mukanya dengan muka Clover. Clover ke belakang sedikit.
“neh?” Clover sedaya upaya menahan debar di hatinya yang datang tiba-tiba.
“kau ni makin lama makin comel aku tengok” dekatkan muka lagi.
“hah?” Clover blur tiba-tiba.
“ye..aku rasa..hahahaha” Key gelak apabila Clover jatuh atas lantai. Clover menahan geram.
“kau rasa tak rumah ni bergegar bila kau jatuh?” Key memanjangkan lehernya melihat Clover yang masih duduk di atas lantai. Clover bangun dan tanpa di sangka-sangka Key Clover baling sudu besi tepat kena dahi Key. Clover senyum sinis.
“ciuman selamat malam ikhlas dari aku!!” Clover lari naik atas.
“Yah!! You’re dead meat…I’ll kill you” Key menjerit sambil menggosok dahinya.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review