Wednesday, April 14, 2010

Be With You 11

Posted by Snow_Queen at 3:59 PM

    Mereka semua duduk di taman dengan gelisah. Clover menyiku Violet yang dari tadi membelek kukunya. Sudah setengah jam mereka menunggu namun kelibat pak cik Lee masih tak kelihatan.
“okay baik semua dah ada di sini?” pak cik Lee muncul tiba-tiba. Yang lain mengusap dada kerana terkejut.
“pak cik..” Mint merenung pak cik Lee tajam
“hehehe..jangan marah nanti seri pengantin hilang..baik yang perempuan berbaris secara memanjang” pak cik Lee kasi arahan. Mereka berlima hanya menuruti arahan pak cik Lee. Mahu selesaikan semua ni dengan cepat.
“okay yang lelaki..keluarkan rantai crystal kamu. Bagi dekat pak cik” pak cik Lee tadah tangan minta rantai crystal. Mereka menanggalkan rantai masing-masing dan menyerahkannya kepada pak cik Lee. Pak cik Lee membaca jampi dekat rantai tu dan sebentar kemudian kelima-lima rantai berkenaan terapung di udara.
“baik..pergi terapung di depan gadis yang sesuai untuk tuan kamu” pak cik Lee mengarahkan rantai tu. Perlahan-lahan rantai-rantai berkenaan bergerak ke arah Mint, Lilith, Jasmine, Clover dan Violet. Si teruna memandang dengan resah. Clover sampai dah tutup mata kerana nervous.
“okay..Clover dah boleh buka mata tu..bakal suami kamu buka teruk sangat pun” pak cik Lee memerli. Clover buka mata dan melihat seutas rantai terapung di hadapannya.
“ha kamu apa lagi pergi berdiri di hadapan bakal isteri kamu” pak cik Lee menyuruh.
Clover telan air liur kesat. dia memegang lengan Violet untuk sokongan. Dan nafasnya seakan terhenti apabila Key berdiri di hadapannya.
“waaa..pak cik boleh tukar tak? Tak mahu la kahwin dengan dia ni” Clover memprotes.
“habis kau ingat aku nak sangat la? Over my dead body” Key menjeling.
“nak atau tak itulah bakal teman hidup kamu..jadi selamat berbahagia. Oh ye jangan lupa buat persiapan” pak cik Lee menghilangkan diri seperti biasa. Clover melihat pasangan yang lain-lain.
Violet dengan Jong Hyun, Onew dengan Jasmine, Minho dengan Lilith? Hehehe dah la dorang tu tak ngam dan waaa bertuahnya Tae Min dapat orang yang dia suka..jeles betul getus hati Clover. Dia buat muka apabila memandang Key di hadapanya. Terus dia masuk ke dalam rumah. Malas nak layan. Key memandang Clover yang berlalu dengan rasa tak puas hati. Sekarang dia rasa macam di campakkan ke dalam neraka untuk berkahwin dengan perempuan banyak makan tu.

3 under spell:

epy elina said...

hohohoho....
lawak lak...
mcm mna nnt bila clover kawen ngn key....
crta smkin mnarik....
smbung2x...

kumako said...

betul tu..tak sbr2 nak bce seterusnya...g2 snow..

hani said...

yay!!suke2...
suka dgn cter yg snow buat
suka dgn pasangan2 yg snow dah kapelkan
n yg plg pntg...
suka shinee sgt2...^_^

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review