Wednesday, April 14, 2010

Be With You 10

Posted by Snow_Queen at 3:58 PM

    Violet melihat sekeliling shopping complex Serenade. Mereka berempat masuk dari satu butik ke satu butik yang lain. Violet sekali lagi ternganga apabila melihat sistem pembayaran di sini juga begitu unik. Hanya menggunakan cap jari. Seterusnya Jasmine membawa mereka ke Bank. Violet dan Clover hanya mengikut sahaja apa yang di katakan oleh pekerja bank berkenaan.
“err Mine kita buat apa di bank tadi?” Clover bertanya selepas mereka keluar dari bank. “oh aku dah linkkan cap jari korang ke akaun bank aku so korang dah ada duit. Jadi korang boleh la gunakan duit aku kalau nak beli apa-apa” Jasmine menarik senyuman manis.
“eh mana boleh macam tu” Violet memprotes.
“tak pe aku ikhlas. Eh korang nak tengok wayang tak?” Jasmine melihat teman-temannya. Yang lain mengangguk. Sampai sahaja di kaunter telefon bimbit Jasmine berbunyi.
“err guys..aku ada hal sikit. Korang berdua tengok la movie dulu nanti aku datang jemput okay. Lilith jom teman aku” Jasmine menarik tangan Lilith. Clover dan Violet masuk ke dalam panggung wayang. Mereka berdua terpaksa berpisah selang dua tempat duduk kerana hanya dua tempat tu sahaja yang available. Clover rasa lain macam dengan lelaki di sebelahnya. Apabila mendengar suara dia macam kenal. Dia merenung muka lelaki di sebelahnya yang pakai cap. Si lelaki siap memeluk erat teman wanitanya. Clover skodeng juga teman wanita si lelaki. Mulutnya sengih jahat. dia menyiku lengan si lelaki.
Tae Min pandang ke sebelah apabila terasa tangannya di siku. Dia rasa nak pengsan apabila melihat Clover di sebelahnya.
“korang dating? Asal dekat rumah korang berpura-pura macam tak ada apa-apa? Minho tahu?” Clover menyerang Tae Min dengan soalan bertubi-tubi.
“errr” hanya itu yang mampu di katakan Tae Min.
“kalau tengok reaksi kau macam…Minho tak tahu? Nak aku tolong bagitahu?” Clover berpura-pura nak mendail nombor seseorang. Dia baru sahaja membeli telefon bimbit tersebut. Tae Min merampas telefon bimbit Clover.
“tolong rahsiakan?” Tae Min separuh merayu.
“okay..dengan syarat” Clover senyum sinis. Tae Min hanya menganggukan kepala.
“kalau aku minta tolong kau tak boleh membantah..arasso?” dan Tae Min terpaksa bersetuju.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review