Monday, April 12, 2010

Be With You 1

Posted by Snow_Queen at 11:10 AM

    Minho sedang membaca buku di tepi tingkap apabila adiknya Mint baru balik dari sekolah. Mint segera cium pipi abangnya.
“macam mana sekolah?” Minho senyum memandang adiknya.
“okaylah..” Mint senyum manis. Minho lihat ada lagi seorang gadis di belakang adiknya.
“yah..bukan ke aku dah cakap tak nak tengok muka nerd tu..yang kau bawa dia ke sini kenapa?” Minho berbisik di telinga adiknya.
“abang tak baik cakap dia macam tu..dia lawa apa. Lagipun dia buka nerd.” Mint mempertahankan kawannya Lilith.
“bwoh? Lawa? Kau tengok fesyen dia sikit. Dah la ketinggalan zaman. Apa dia tak panas ke selalu pakai baju tebal-tebal dan labuh? Cermin mata dia tu tebal semacam lebih tebal dari kanta pembesar” Minho menempelak. Mint baru nak buka mulut apabila Tae Min dan Jong Hyun menghampiri.
“baru balik Mint? Oh Lilith pun ada?” Jong Hyun menyapa. Mint mengangguk perlahan. mukanya sedikit blush apabila memandang Tae Min. Tae min pula buat tak sedar akan kewujudan Mint di situ. Mereka berlima pandang ke arah pintu apabila mendengar bebelan seseorang.
Jasmine memapah Onew masuk ke dalam mansion. Dia menolong Onew duduk di atas sofa.
“Onew kau kenapa?” Minho bertanya.
“macam biasa la. Dia ni memang selalu buat orang risau” Jasmine menyapu ubat di lutut Onew.
“kau ni lain kali hati-hati la sikit. Aku bukan selalu ada nak tengok-tengokkan kau” Jasmine meneruskan ceramah percumanya. Muka Onew dah kelat apabila jasmine start berceramah balik. dari sekolah sampai ke rumah perempuan tu kerjanya pot pet pot pet. Tak penat ke desis hati Onew. Dia bangun meninggalkan Jasmine yang terpingga-pingga.
Tae Min senyum perlahan maklum benar dengan Onew yang pantang apabila ada orang membebel kepada dirinya. Jasmine bangun dan mengejar Onew.
  Clover bangun apabila alarm telefonya berbunyi. Di lihat sekeliling biliknya yang gelap. Serta merta dia berlari membuka suis lampu. Selepas membersihkan diri dia mengejutkan Violet. Mereka berdua menjelajah villa yang besar tu selepas makan malam.
“Clover..tengok ni” Clover melihat Violet menarik tali di syiling yang rendah di sebuah bilik. ada tangga menuju ke atas syiling. Clover menjenguk sedikit untuk melihat apa yang ada di atas tetapi gagal kerana gelap.
“errr nak naik ke?” Clover memandang Violet.
“kau pergi ambil lampu suluh dulu” Violet mengarah. Clover mengangguk. Perlahan-lahan mereka berdua naik tangga yang menuju ke syiling dengan Violet di depan dan Clover di belakang. Violet menyuluh ke kiri dan ke kanan.
“wei..cuba cari suis lampu” Clover menyuruh dan sebentar kemudian keadaan bilik itu terang. Mereka melihat banyak rak buku tersusun kemas.
“aku tak tahu pun dalam rumah ni ada mini library” Violet berjalan-jalan sambil membelek buku.
“aku pun..tapi yang aku hairan kenapa buat mini library dekat atas syiling?” Clover mengambil sebuah buku lama.
“clover.. tengok ni” Violet menunjukkan satu page kepada clover. Di page tu ada lakaran 5 orang pemuda yang seakan-akan hidup.
“buku apa ni? bahasa dia pun pelik semacam” Clover membelek buku berkenaan.
“jom try baca?” Violet kasi cadangan.
“gila kau..entah apa maksud dia pun aku tak tahu” Clover tak setuju.
“ala kita cuba jelah..bukan rugi apa-apa pun” Violet masih berusaha memujuk. Clover mengalah dan mereka baca serentak perkataan di atas page tersebut. Mereka melihat sekeliling. Tiada apa-apa yang berlaku.
“aku rasa la sebutan kita tak kena kot. Mau tegeliat lidah aku nak menyebut bahasa lama ni” Violet meletakkan kembali buku tu di atas rak.
“jom la kita turun. Tiba-tiba aku rasa seram pula” Clover terasa bulu romanya tiba-tiba berdiri tegak. Mereka berdua turun dan naikkan balik tangga.
“selamat malam” Violet masuk kembali ke dalam biliknya. Entah kenapa tiba-tiba dia rasa mengantuk. Begitu juga Clover. Mereka tidur dengan nyenyak. Angin di luar juga bertiup sepoi-sepoi bahasa.

4 under spell:

epy elina said...

hohohoh.....
best2x....
apa akn jd ekkk...
dorng dpt kuasa ke??

Anonymous said...

best2..
snow smbng lg..
xsbrnye nk bc...:p

Anonymous said...

hi snow...ni minhoney...kekeke
waaa...bes r..
ingatkn english...terkezut gak first time bca fan fic bhsa melayu..hehe

Snow_Queen said...

@honey: thanx darl..hehehe

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review