Tuesday, April 27, 2010

Assassin Dance Prologue

Posted by Snow_Queen at 8:40 PM

Tiara a.k.a Ara….
Nama aku seperti yang tertera di atas. berumur 18 tahun pada tahun ini. Rupa-rupanya sudah 5 tahun aku membesar bersama Shadow Clan. Heh mesti korang pening kan? Tak pe meh aku cerita dari awal.
Semenjak dari kecil aku hidup di rumah anak yatim piatu. Tetapi sebaik sahaja umur aku mencecah 13 tahun aku melarikan diri dari rumah itu. sapa boleh tahan beb makan tak pernah cukup dan anak-anak yatim yang sudah besar mesti bekerja untuk menampung perbelanjaan sendiri. Mama panggilan kepada pengetua anak rumah yatim tempat aku berteduh dari kecil itu seorang yang amat menjelikkan. Bukan tiada duit bantuan yang di hulurkan tetapi semuanya masuk ke dalam poket dia. semenjak kecil aku sentiasa bersendirian. Enggan berkawan dengan sesiapa. Di sana aku belajar erti berdikari. Aku manusia yang tak mudah menunjukkan apa yang aku rasa. Gembira ataupun sedih semua aku simpan dalam-dalam perasaan itu. tiada perasaan. kehidupan aku berubah pada malam aku melarikan diri. aku terserempak dengan uncle Aaron. Dia membantu aku apabila aku di kacau oleh samseng-samseng jalanan. Di sebabkan kasihan errr aku agak je dia kasihan kat aku, dia membawa aku ke rumah ketuanya. Uncle Ben meneliti aku dari atas ke bawah pada kali pertama kami berjumpa. Dia tak berkahwin kerana tidak ingin terikat dengan commitment dan mulai hari itu dia menjadi Godfather aku dan aku tahu sebaik sahaja kakiku melangkah masuk ke dalam rumah itu tiada jalan untuk berpatah balik. Walaupun ramai yang membantah tapi dia tetap berkeras kerana katanya aku ada sesuatu yang tiada pada orang lain. Mereka adalah ahli kongsi gelap yang di namakan Shadow Clan iaitu antara Clan yang di geruni di negara Black Narrow. Aku di beri latihan istimewa oleh uncle Aaron dan Godfather aku. Aku juga di ajar siapa musuh dan siapa lawan. Sepanjang aku hidup dengan mereka kerap kali aku bertukar sekolah kerana gangguan dari ahli-ahli Clan lain. rebutan kuasa, pertarungan, cakap lah apa sahaja..aku sudah lali dengan semua itu. di dalam rumah itu aku di jaga bagaikan tuan puteri kerana tugas aku yang istimewa. aku hanya akan muncul apabila ada tugas untuk aku kalau tidak aku lebih suka berlatih teknik-teknik baru. Namun ada sesuatu yang merubah hidup aku setelah 3 bulan aku masuk ke sekolah Blue Element. Di sana aku mula belajar berkawan dan ish malu nak cakap..errr jatuh cinta. Ye gelaklah kalau korang nak gelak. Normal kan kalau manusia jatuh cinta tapi aku rasa dalam kes aku ada pengecualian sikit sebab aku insan istimewa hehehe. Aku mula mengenali Shasha dan teman lelakinya Van. Hanya mereka yang sudi dan tak jemu-jemu pujuk aku supaya berkawan dengan mereka. dari mereka juga aku mula mengenali Urban Lounge sebuah tempat di mana anak-anak muda yang berbakat menunjukkan skill tarian mereka. tidak kiralah berkumpulan atau individu. Pertama kali aku lihat shasha dan van menari bersama di atas platform ada satu perasaan halus mula terbit dari jiwa aku. Selamat datang ke dunia aku, dunia Shadow Clan. Dan di sini anda di beri dua pilihan. MATI atau buat apa sahaja untuk SURVIVE.


Rain…
Nama aku seperti yang kau orang nampak di atas. pembantu aku cakap aku di beri nama tu sebab sewaktu kelahiran aku hujan turun dengan tidak berhenti-henti. Aku mempunyai seorang abang bernama Black. Ayah aku seorang taiko yang di geruni oleh kebanyakan Clan di negara Black Narrow ini. Kerana ayah aku diam-diam berisi err maksud aku dia tak pernah ganggu urusan orang lain dan jarang melakukan serangan namun jika ada Clan-Clan lain yang berbuat kacau memang sengaja menempah keranda namanya. Abangku Black merupakan orang kanan ayahku. Dia cukup di hormati sesiapa sahaja kerana pandai handle setiap masalah yang berlaku berbeza dengan aku. Aku lebih suka buat urusan sendiri. Lagi pun aku tahu akhirnya Zion Clan pasti akan jatuh ke tangan abang aku. Tapi ayah aku suka sangat buli aku. Kerana tak mahu aku buang masa aku di suruh menjaga Blue Dragon Club, sebuah kelab malam terkenal di sini. Namun bagiku life aku hanya satu iaitu Urban Lounge. Aku bersekolah di Blue Element. Di sana aku mempunyai kumpulan tersendiri. Mak we? Heh bagi aku cinta sejati datang sekali jadi aku takkan bagi cinta aku bukan kepada soulmate aku walaupun boleh di katakan ramai perempuan di sekolah itu menagih cinta dariku. Namun aku mula tertarik kepada seseorang kebelakangan ni. tertarik tak bermaksud cinta kan? Kan? dia tak cantik seperti gadis-gadis di sekolah ini yang memakai make up mengalahkan pelakon opera. Dia budak baru di sekolah ni. bercermin mata dan ikat rambut senget adalah fashion dia dari hari pertama dia masuk ke sekolah ni. kecantikannya adalah semula jadi. namun dia seperti tak ada perasaaan. Di sekolah ini dia hanya mempunyai 2 orang kawan sahaja. Aku cukup kenal pasangan serasi ni. di gelanggang Urban Lounge mereka di kenali sebagai Soulmate kerana keserasian rentak tarian dorang. Selamat datang ke dunia aku, selamat datang ke dunia Zion Clan. Aku Rain-King of Dance.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review