Thursday, April 29, 2010

Assassin Dance 4

Posted by Snow_Queen at 5:47 PM

   4 manusia duduk di dalam library. Tiada siapa yang berkata-kata. Hanya bahasa tubuh badan yang berbicara. Air di hidangkan. Ara memegang cawan berkenaan namun tidak pula nampak tanda-tanda untuk di minum. Ara memerhatikan benda di celah-celah jarinya.
“air ni tak beracun” Tuan Joe berbicara. Ara tersenyum sinis. hebat juga orang tua ni. jarum halus di celah-celah jari aku pun dia boleh nampak. Ara menghirup minumannya. Black dan Rain hanya menjadi pemerhati.
“kes Assassin tu..Shadow Clan ada siasat?” Tuan Joe menilik anak gadis di depannya.
“ermm..tapi tak jumpa sebarang bukti..Zion Clan tak siasat? Kebanyakan kes pembunuhan terjadi di kawasan milik Zion” Ara tersenyum sinis.
“kami juga masih berusaha..lambat laun kami akan dapat tangkap jua pembunuh tu.” Tuan Joe tersenyum. Sekarang dia tahu kenapa Ben menyimpan budak ni.
“kalau aku nak jadikan kau anak angkat aku…apa pendapat kau?” Ara tersentak namun mukanya tiada sebarang perubahan.
“saya tiada halangan…tapi macam mana tuan nak uruskan perjanjian berdarah?” tuan Joe senyum sinis..ben..ben..tak sangka macam tu sekali kau nak simpan budak ni. aku pasti akan lindungi budak ni. Ara memandang ke arah Rain yang meminta diri. dia membelek jam di tangan.
“rasanya saya pun kena pergi dulu…nanti tak pasal-pasal ada pergaduhan pula” dia berlalu.
“cakap dekat Ben..tak lama lagi aku akan ambil precious treasure miliknya.” Ara mengangguk dan beredar.
   Tiada seorang pun manusia yang melalui kawasan itu. dia menyusuri jalan itu dengan tenang. Derapan tapak kaki menarik perhatian. Dia berpaling ke belakang untuk melihat tuan punya badan yang mengekori dirinya. Tiada sesiapa. Dia berpaling ke hadapan semula dan melihat 3 remaja berdiri di hadapannya. Dia senyum sinis. bala apa harini. Dia meletakkan cermin mata di dalam kocek dan mengikat rambut tinggi.
“come on! Gimme ur best shoot” Ara sudah membuka langkah. Dia memegang tangan remaja A dari atas ke bawah. Remaja A menjerit kesakitan. Walaupun tidak kelihatan sebarang kecederaan di tangannya sebenarnya Ara telah menyekat perjalanan darah remaja itu. remaja B dan C menyerang serentak. Dia membuat wall flip dengan menggunakan badan remaja B sebagai wall menyebabkan lelaki itu terbaring. Ara mendarat di atas badan remaja itu dengan siku terhentak tepat di jantung.  Remaja C menyerang dengan batang besi. Ara membuat back flip dan menendang tepat kepala lelaki itu. dia senyum sinis. sebagai akhir pertarungan dia buat gerakan freeze.


 Dan kedua-kedua belah kakinya mencecah tanah semula. Heh kalau ilmu tak cukup di dada jangan menguji aku. "bluwekk" dia menjelirkan lidah dekat remja-remaja yang dah tak bergerak. Dia mengambil beg sekolahnya dan berlalu.
   Rain tersenyum melihat gerakan Ara. Berlawan dengan menggunakan gerakan breakdance? Memang di luar dugaan. Tak sia-sia dia ikut budak tu. Dia memeriksa remaja A. kelihatan darah mengalir di dalam kulit. Huh dia menyekat perjalanan darah. Bila darah dah terkumpul pembuluh darah akan pecah. Mati sia-sia je kau budak. Dia bangun dan beredar. Kalau Ara adalah orang yang sama dengan beginner yang xie cakap tu dia boleh menarik nafas dengan lega. Pertandingan dah makin dekat. Aku tak mahu ada sebarang kekacauan.  

5 under spell:

Miss Kira said...

yeyeye... cpt smbg ya.. ara tu bukan anak sir ben ka??

Snow_Queen said...

nope...uncle ben just godfather dia je..

aiRiNa_aiNuN said...

hoho..
rain dh mula sukakan ara..
Huhu..nak lg..smbg snow..

Anonymous said...

wahhhh....
makin menarik...
snowww..nak lagiiii...

Sue said...

cik snow, kaper pendek jer n3 nie...
cam bru jer nk syok dah tammat. huwaaaa....
rain kena lakukan sesuatu tuk ara tau!
akak tggu next move. :)

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review