Wednesday, April 28, 2010

Assassin Dance 3

Posted by Snow_Queen at 10:47 PM

   Mereka bertiga duduk di atas bumbung sekolah. menikmati makanan tengah hari masing-masing. Headphone wireless memisahkan dia dari dunia luar. Van dan shasha menelan air liur. Shasha menyiku perut Van.
“aku tak boleh” Ara memandang muka Van. Gila apa nak suruh dia perform depan King. Malu la weyh.
“ala anggap jelah kau tolong aku..lagipun aku dah janji dengan dorang” Van buat muka kasihan.
“sapa suruh kau janji..aku tak masuk campur. Lagi pun mungkin aku takkan ke sana beberapa hari sebab ada urusan.” Ara senyum sinis. ah! Sudah. Dia nak jawab apa dengan xie nanti. Kepala Van ligat mencari idea.
“ermm okaylah aku tak paksa kau..nanti aku cakap la kat dorang kau accident ke, tetiba hilang satu kaki ke” Ara membaling sudu tepat ke muka Van. Nasib baik dia dah habis makan. Van menggosok kepalanya. shasha tunjuk thumb up kat Ara. Ara sengih lebar.
   “kamu ni tak ada kerja lain ke?” seorang nenek tua memarahi sekumpulan remaja yang menconteng dinding di tepi jalan.
“orang tua ni bukan urusan kau lebih baik kau beredar sebelum aku belasah kau” nenek tua itu mencebik.
“hey nenek tak dengar ke apa yang aku cakap?” salah seorang remaja mengangkat tangan untuk membelasah nenek itu. 2 orang rakan remaja itu terkejut apabila melihat rakan mereka melayang ke dinding.
“nenek okay?” Ara memegang tangan orang tua tu. Nenek itu menggeleng.
“wei..perempuan baik kau minta maaf”
“korang yang kena minta maaf dekat nenek ni” Ara menjeling tajam. Bunyi siren polis kedengaran. 3 remaja berkenaan melarikan diri.
“kau lapang kan?” nenek tu meletakkan barang-barang runcit di tangan. Ara terkedu.
“cepat la..nanti lambat..orang-orang muda banyak tenaga” nenek tu membebel lagi. Ara gelak sinis. nenek ni boleh tahan juga. Mereka berhenti di hadapan sebuah rumah agam yang besar. Ara mengikut nenek tu masuk.
“nenek pergi mana? Buat orang risau saja” Rain menerpa pengasuhnya. Dia melihat ada orang di belakang perempuan tua itu. Ara terkedu lagi. Padanlah macam pernah nampak rumah ni. aku berada dalam kawasan Zion Clan. Habislah.
“kau buat apa kat sini?” Rain memandang Ara.
“nenek suruh dia angkat barang..” selamba pengasuh tu menjawab. Ara menyerahkan 2 plastik beg besar kepada pembantu rumah.
“saya pergi dulu” Ara memandang ke arah pintu.
“semua orang tahu..kalau Clan lain masuk ke dalam kawasan Clan lain mereka takkan di lepaskan begitu sahaja. Tak begitu cik Ara?” Tuan Joe menuruni tangga.
“minta maaf..saya tak bermaksud nak menceroboh. Saya tolong nenek ni tadi” Ara memandang nenek tua yang bermuka selamba.
“eh yeke? Aku tak ingat pulak” terbeliak biji mata Ara bila mendengar kata-kata perempuan tua tu.
“yah!!!” Ara tak dapat mengawal kemarahannya.
“itulah remaja sekarang..cepat sangat naik angin” nenek tu berlalu. Ek? Nenek tu tinggalkan aku macam tu je? Ara memandang Tuan Joe, Rain dan Black yang kini berdiri menghadap dia.

2 under spell:

Anonymous said...

nk lg cta nie.. best r.. rasanya family rain 2 okey..

shareena said...

lagi2..cpt smbung.hehe

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review