Wednesday, April 28, 2010

Assassin Dance 2

Posted by Snow_Queen at 3:44 AM

   Graffiti Urban Lounge- where our dance & soul collide menyapa pandangan matanya. Dia, Shasha dan Van masuk ke dalam kawasan padang yang luas. Berpuluh-puluh mungkin mencecah ratusan orang berada di situ. Mereka duduk di port biasa. Bila di ingat pertama kali dia masuk ke sini memang kelakar. Pertama kali melihat pelbagai gerakan breakdance yang kalau nak di ikutkan boleh buat segala tulang dalam badan hancur dek aksi-aksi bahaya membuatkan dia fikir sesiapa yang buat gerakan macam tu esok mesti dah tak bernyawa. Namun bila dia melihat gerakan Van dan Shasha yang boleh tahan membunuh buat dia kagum pula. Dan dia bertekad untuk mencuba dan menguasai segala macam aksi yang ada. Pada mulanya shasha dan van enggan ajar kerana mereka tahu azab bagi beginner namun bila di pujuk berkali-kali mereka setuju. Bangun pagi pada hari pertama selepas latihan sumpah buat dia nak bunuh diri kerana rasa sakit-sakit satu badan namun di gagahkan jua dirinya untuk belajar dan menahan segala azab. Tiada seorang pun dalam shadow clan yang tahu hobi terbaru ini memandangkan dia akan berlatih pada waktu-waktu orang tengah berdengkur. Dia tak bergantung pada shasha dan van sahaja. Dia usaha memerhatikan setiap gerakan clan-clan dalam Urban Lounge ni  dan video-video yang boleh di dapatkan dari internet untuk di jadikan panduan. usahanya berbaloi apabila dia kini mahir pelbagai gerakan dalam masa 2 bulan setengah saja. Dan tujuannya hanya satu. Dia ingin menjadi Queen of Dance supaya sepadan dengan lelaki itu. dia tersenyum sendiri. Pertama kali melihat Rain beraksi di platform membuatkan dia ingin beraksi bersama lelaki itu. sama seperti shasha dan van. Lelaki itu selalu membawa gerakan yang lain dari orang lain. sesuai dengan nama Rain, setiap gerakan lelaki itu juga selembut dan selancar aliran air hujan.
“malam ni kau turun tak?” Van memandang Ara yang sedang memerhatikan b-boy Gamblerz membuat persembahan di tengah platform. Ara menggeleng perlahan.
“malam ni King turun padang..mana la cik adik ni nak buat performance” shasha menempelak Ara. Faham benar dengan sikap temannya itu. setiap kali Rain turun padang memang Ara takkan turun padang. Dia lebih suka melihat tarian lelaki pujaan hatinya. Rain dan 6 orang ahlinya masuk ke tengah-tengah platform. Ara menarik senyum nipis.
Lagu Sad Tango kedengaran dan Clan King mula buat tarian membunuh mereka (kalau nak lebih best sila la tengok mv sad tango ;p) Ara tidak menyangka Rain boleh membawa tarian Sad Tango dengan music tango yang di ubah suai dengan begitu baik sekali. Lelaki ini selalu buat kelainan dalam setiap persembahannya. Tepukan dan pekikan para penonton menggamatkan suasana. Ara turut bersorak. Sebaik sahaja music tamat Ara lihat seorang gadis menghampiri Rain. Ara hanya mampu memandang memandangkan tiada apa yang boleh di buatnya.
  “hey Rain..betulkah kau nak cari Queen of Dance pula?” K.O memandang sahabatnya. Rain mengangguk serius.
“aku perlukan orang yang berkuasa dan di hormati untuk mengawal tempat ni semasa ketiadaan aku. Aku fikir sesiapa yang memegang posisi ni amat layak untuk menolong aku. Lagi pun aku tak nak ada unsur-unsur tak sihat di bawa masuk ke sini” Rain meneguk 100 plus. Sememangnya dia cukup anti jika ada unsure-unsur tak sihat seperti dadah di bawa masuk ke dalam Urban Lounge. Baginya ini adalah tempat berhibur sambil menunjukkan bakat terpendam bukan tempat untuk merosakkan orang.
“ah! Kalau macam tu biar aku jelah yang pegang jawatan tu” Kay bergurau.
“tak mau aku…nanti orang ingat kita gay..lagipun kau tu lelaki..aku nak perempuan” Rain menempelak sahabatnya.
“kalau kau nak..aku rasa ada sorang yang amat sesuai untuk posisi ni..dia beginner lagi tapi gerakan dia fuhhh masyuk wa cakap lu. Macam dah bertahun-tahun berlatih. Kalau kau nak aku boleh suruh soulmate ejas sebab aku selalu nampak dia lepak dengan pasangan tu” Xie memandang Rain. Rain tersenyum sinis. soulmate? Setahu aku yang berkawan dengan dia budak skema kat sekolah tu tapi takkanlah budak macam tu tahu menari? Mungkin kawan mereka yang lain.
“kalau macam tu kau buat la apa yang patut” Xie angkat thumb up.
“hey..u guys sembang pasal apa?” Lyn menghampiri.
“pasal Queen of Dance” Kay menyampuk. Lyn senyum tiba-tiba.
“kalau u nak..i boleh jadi Queen of Dance” Lyn senyum menggoda. Rain gelak perlahan. tolonglah. Tak sesuai langsung. Nak buat gerakan nike dan benda senang macam airchairpike pun tak lepas ada hati nak pegang posisi tu.
“wei minah..wa rasa baik lu pergi berlatih lagi..baru cakap pasal nak jadi Queen” Simon ketawa sinis. Lyn memandang tajam Simon. Yang lain turut ketawa. Lyn merengus kasar dan berlalu. Kebetulan Van lalu di depan Rain.
“Van..” Xie memanggil temannya itu. Van high 5 dengan semua yang berada di situ.
“apa cer?” Van bersandar di dinding.
“nak mintak tolong lu la” Xie membuka bicara.
“wa tau lu rapat dengan sorang beginner ni kan? Ala yang selalu datang dengan u guys tu. Rain nak tangok dia punya dance la. Lu tolong ejas k?” Xie memandang Van yang kelihatan serba-salah namun di angguk juga.
“macam tulah kawan..k kitaorang chow dulu” Van menarik sengih tawar. Adoi bala macam ni.

p/s: nike : 

airchairpike:

1 under spell:

Miss Kira said...

hehehe..
best2..
cpt smbg ya..

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review