Wednesday, April 28, 2010

Assassin Dance 1

Posted by Snow_Queen at 3:39 AM

   Ara berlari pantas mendaki setiap anak tangga untuk sampai ke kelasnya yang terletak di tingkat lima. Sampai saja di depan pintu kelas dia tercungap-cungap. Paru-parunya dahagakan udara!. Setelah denyutan janyungnya di rasakan sedikit normal dia melangkah masuk ke dalam kelas. Rain memerhatikan setiap langkah Ara. Sebaik sahaja Ara melintasi tempat duduknya ada beberapa orang pelajar lelaki yang bermain kejar-kejar tertolak Ara menyebabkan gadis itu jatuh terduduk. Ara memandang geram. Di sumpah seranah budak-budak tu dalam hati.
“ehemmm…” Ara berpaling ke arah kanan. Seinci lagi mukanya dan muka Rain hendak berlaga. Alamak patut la aku tak rasa sakit bila jatuh tadi. Rupa-rupanya jatuh atas riba mamat ni. dia segera bangun dan membetulkan cermin matanya yang senget.
“minta maaf” muka Ara jadi blush. Rain membetulkan posisi dan menyambung kembali perbualan dengan teman di hadapannya. Ara mencebik dan berlalu ke tempat duduknya.
“alamak!! Ada orang bakal tak tidur malam ni” Shasha mengusik temannya. Ara menghempas beg di atas meja.
“banyak la kau..” Shasha tersenyum nipis. Bukan dia tak tahu isi hati teman di sebelah ini. walaupun baru kenal dia dah faham setiap tingkah laku Ara. Dia juga tahu Ara anak angkat kepada kumpulan kongsi gelap di Black Narrow namun itu bukan penghalang untuk menjalinkan perhubungan persahabatan. Ara memandang susuk tubuh Rain. Dia memerhatikan tatu di leher sebelah kanan lelaki itu. Dia tahu symbol tatu itu dan dia tahu Rain anak kepada Tuan Joe, ketua Zion Clan yang juga merupakan musuh kepada Shadow Clan. Dia tak tahu kenapa Godfathernya memusuhi Clan itu. setahu dia Zion Clan tak pernah cari pasal dengan mereka namun kata uncle Aaron sebenarnya mereka adalah musuh yang paling merbahaya dalam kesemua musuh mereka.
Van menunggu Shasha di kantin. Sebaik sahaja kelibat teman wanitanya kelihatan dia tersenyum manis.
“hai..” Shasha duduk di hadapan Van manakala Ara duduk di sebelah shasha.
“awak..ada orang bakal tak tidur malam ni..hehehe” Van merenung shasha.
“kawan baik awak ni..tadi buat drama dengan crush dia” Van menarik senyum nipis. Budak berdua ni la memang sepadan pun. Perangai pun lebih kurang je.
“kenapa? Dia cakap I love u dekat kau ke Ara?” Van memandang Ara yang dah mencebik.
“bukan..lebih best dari tu” kata-kata shasha membuatkan Van lagi teruja.
“dia ajak kau kahwin?” Van masih tidak puas menyakat Ara.
“aku jatuh atas riba dia pagi tadi” Ara berbisik perlahan. khuatir jika ada peminat-peminat Rain mendengar. Mulut Van membentuk huruf O.
“dahlah makan. Yang kau ni ternganga kang nyamuk masuk dalam mulut” Ara menempelak sahabat baiknya itu.
   Lelaki itu mengesot sedikit demi sedikit ke belakang. dia merasakan nyawanya akan melayang bila-bila masa sahaja. Kesakitan di seluruh badan dan darah di dahi yang menitis jatuh di atas baju tidak di pedulikan. Assassin itu tidak memperdulikan rayuan mangsa di hadapannya. Baginya arahan tuannya mesti di patuhi dan di laksanakan. Lelaki itu tersandar di dinding mencapai apa sahaja objek yang boleh di baling kepada Assassin di depannya. Assassin itu tersenyum nipis. Dia menghayunkan pedang di tengkuk lelaki itu. kepala bercerai dengan badan. Dia mengesat darah di pedang dengan menggunakan baju mangsa dan beredar. Siren polis dan ambulans kedengaran. Mayat yang tidak berkepala itu di uruskan dengan penuh berhati-hati. Ini adalah mangsa yang ke 66 namun pembunuh masih tidak dapat di kesan. Pihak polis percaya ia di lakukan oleh orang yang sama mengikut cara pembunuhan yang sama. Masyarakat kini tidak lagi tenteram. Di luar sana penjenayah itu masih lagi bebas berkeliaran walaupun pelbagai usaha telah di lakukan untuk menangkap Assassin itu. tiada sesiapa tahu siapa sasaran seterusnya. Walaupun yang di bunuh itu adalah penjenayah yang di kehendaki namun undang-undang mesti di patuhi juga dan membunuh bukan satu perkara main-main. Ini melibatkan maruah pihak berkuasa dan kehakiman negara. Dari atas bangunan, Assassin itu hanya melihat sahaja bagaimana pihak polis melakukan kerja. Dia tersenyum sinis. satu lagi kerjaya telah selesai dan habuan yang bakal di terima untuk misi kali ni agak lumayan. Dia berlalu pergi sebelum ada sesiapa yang menyedari kehadirannya.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review