Sunday, April 11, 2010

4 elements vs 4 seasons 25

Posted by Snow_Queen at 2:58 AM

    “selamat pulang tuan puteri” sapa pengawal di pintu masuk istana. Julia hanya mengangguk. Kawan-kawannya yang lain ternganga mendengar panggilan Julia.
Beberapa orang pengawal peribadi King Harris mendapatkan Dany dan Lord.
“bawa mereka pergi berehat dan sediakan bilik tetamu untuk teman-teman saya” Julia mengarahkan orang suruhannya. Mereka semua tunduk hormat apabila King Harris dan Queen Xan meluru memeluk Julia.
“mama bangga dengan kamu” menitis air mata si ibu. Julia memeluk ibu dan ayahnya erat.
“dan terima kasih juga beta ucapkan kepada kamu semua” King Harris memandang teman-teman Julia yang lain. mereka hanya menganggukan kepala.
  Julia baru sahaja selesai mandi apabila Lily, Maria dan Irene masuk ke dalam biliknya.
“kitaorang tak tahu pun kau anak raja” Lily muncung.
“alah bukan perkara besar pun” Julia menepuk bahu Lily perlahan.
“tuan puteri maafkan segala kekasaran patik selama ini” Maria berdrama.
“yuck..jangan panggil aku tuan puteri la” Julia buat-buat nak muntah yang lain ketawa.
“tapi kan aku hairan satu perkara” Irene memandang Julia. Julia jungkit kening.
“kenapa kau tak panggil King dan Queen ayahanda dan bonda? Kenapa papa dan mama?” Irene memandang Julia.
“hahaha..apa kau ingat orang biasa je boleh panggil papa dan mama? Parents aku pun nak merasa juga panggilan moden macam tu” Julia gelak kecil.
“yeah..penatnya..esok dah nak kena balik sekolah” Lily mencampakan badannya di atas katil Julia. Malam itu mereka tidur bersama dengan tenang.

Sehari sebelum prom night…
 “Julia kau tak pilih lagi baju apa yang kau nak pakai..pilih la cepat..esok dah nak mula majlis tu tau” Lily membebel.
“aku..tak nak pergi la” Julia guling malas atas katil.
“WHAT!!!” jerit tiga orang temannya serentak.
“aku tak nak pergi” Julia mengulang dengan nada malas.
“wei…bukan selalu kita nak merasa prom night ni..waktu nilah kita nak menari dengan jejaka idaman kita” Irene sengih sendiri.
“korang je yang ada pak we..aku solo je” Julia jelir lidah. Selepas misi membunuh dark witch berjalan lancar ketiga-tiga temannya telah mempunyai teman lelaki. Lily dengan Yun, Irene dengan Adam..tak sangka dalam dingin-dingin adam pun dia minat dekat Irene dan Maria dengan Vince...Lord juga sudah semakin baik dengan dia.
“tulah orang nak kenenkan dengan Silver tak nak” Maria mencebik.
“mamat tu? Heh kirim salam awal-awal..kan aku dah cakap aku nak kahwin dengan Mer people” Julia kenyit mata dan berlalu keluar dari biliknya yang bersepah dengan pelbagai jenis gaun. Dia ingin pergi bermain dengan Alicia.
  “kenapa ni?” Vince bertanyakan teman wanitanya sewaktu mereka makan malam.
“Ju…” Maria mengeluh perlahan.
“kenapa dengan dia?” Adam menyampuk.
“dia tak nak pergi prom night tu” Irene menyampuk.
“itu tak apa lagi. Boleh tak dia kata nak kahwin dengan Mer People” Lily muncung. Adam, Yun dan Vince memandang Silver yang selamba makan seolah-olah tak dengar perbualan kawan-kawannya. Mereka mengeluh perlahan. susah betul nak runtuhkan ego manusia yang bernama Silver ni.

2 under spell:

aiRiNa_aiNuN said...

nape xde cte pertrungan dorg ngn dark witch???
kalo cte mesti lg best...
pape pwn thumbs up writer...

Snow_Queen said...

thanx airina..^^

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review