Sunday, April 11, 2010

4 elements vs 4 seasons 24

Posted by Snow_Queen at 1:57 AM

       Mereka sampai di sebuah jambatan yang di saluti emas. Terdapat dua troll yang mengawasi jambatan itu.
“nak lalu di sini mesti jawab teka-teki kami” kata salah seorang troll berkenaan. Julia naik angin tiba-tiba. Dia dah malas nak buat apa pun. Yang dia tahu dia mahu mengakhiri semua ni dengan cepat. Dia mencekak kolar baju kedua-dua troll berkenaan.
“aku peduli hapa dengan teka-teki korang. Bagi kami lalu atau aku akan kerjakan korang cukup-cukup” mata Julia sudah bertukar warna. Menggeletar kedua-dua troll berkenaan apabila mengetahui dengan siapa mereka berhahadapan.
“maafkan patik tuanku” ucap kedua-dua troll berkenaan serentak. Julia campak dorang ke tepi dan lalu. Yang lain ikut. Irene sempat meminta maaf bagi pihak Julia seblum berlalu pergi.
Mereka sampai di istana dark witch yang di kelilingi tumbuh-tumbuhan menjalar. Suasana agak seram ketika itu. mereka masuk ke dalam kawasan istana. Tanpa di sangka-sangka mereka semua di serang oleh pengikut-pengikut dark witch. Ada yang terbakar, terbelah dua, kehilangan anggota badan. Julia mengambil peluang itu untuk menyelinap masuk ke dalam istana sementara kawan-kawannya yang lain bertarung. Dia membuka pintu sebuah bilik yang terletak di hujung istana. Terbeliak matanya melihat Dany dan Lord di ikat dalam keadaan tak sedarkan diri. Dia cuba untuk menghampiri tetapi gagal apabila badannya terhempas di dinding. Dia menggetap bibir menahan kesakitan. Baru dia perasan ada penghadang yang memisahkan dia dan abang-abangnya.
“not so fast honey” dark witch muncul tiba-tiba. Julia menyerang menggunakan bebola api tetapi dengan mudah di tangkis oleh dark witch. Dark witch menyerang menggunakan shuriken beracun. Julia buat backflip untuk mengelak. Tangan Julia luka sedikit apabila terkena salah satu shuriken tersebut. Yang lain datang join Julia.
“bagus..datang semua sekali gus memudahkan kerja aku” dark witch senyum sinis. Adam menyerang dengan ketulan ais tajam tetapi ketulan ais itu menjadu debu. Dark witch mengangkat tangannya sedikit dan Adam kemudiannya terapung di udara. Dia merasakan ada tangan yang mencekik lehernya. Maria memberi jurus angin tetapi badannya terhentak di rak kayu apabila serangan jurus angin itu memakan dirinya. Yang lain mengambil langkah berhati-hati.
  Yun, Silver Lily dan Irene menyerang serentak tetapi semua serangan mereka gagal. Dalam kekalutan untuk menangkis serangan yang bertubi-tubi Adam pergi ke belakang dark witch dan menikam perut perempuan tu dengan ketulan ais tajam. Darah hitam keluar membuak-buak. Seketika kemudia dark witch tersungkur menyembah bumi. Mereka tersenyum lega..buat masa sekarang…
  Julia meleraikan jampi penghadang. Dia segera membuka ikatan Dany yang tak sedarkan diri manakala Yun membuka ikatan Sir Lord. Julia memberi Dany dan Lord minum potion yang di buat oleh Dany.
“so sweet…tapi semua ni belum berakhir” mereka mendengar suara dark witch. Tubuh dark witch yang kaku di atas lantai juga tiada. Ini bermakna mereka akan berlawan dengan musuh yang ghaib. Lily melayang di udara dan terhentak di bumbung bilik berkenaan. Dia menahan kesakitan apabila badannya terhempas kembali di atas lantai. Yun mengambil langkah pantas dengan membaca jampi. Sebentar kemudia tubuh dark witch mula kelihatan. Silver memulas lengan dark witch ke belakang. Irene meletakkan tangannya di atas lantai dan terdapat air yang mengelilingi badan dark witch. Lily dan Yun bergabung. Lily membuat rantai besi daripada tanah dan dedaun tajam berbisa mengelilingi rantai tu. Mereka menghalakan rantai berkenaan supaya badan dark witch di belit dengan rantai tu. Angin lembut dan bau racun bunga sengaja di talakan di muka dark witch hasil gabungan Silver dan Maria. Adam meletakkan tangannya di atas tangan Irene dan perlahan-lahan air yang mengelilingi tubuh dark witch menjadi beku. Kini seleurh tubuh dark witch menjadi beku dari kaki ke leher. Julia dan Vince bergabung. Mereka bergabung tenaga. Jampi dibaca dan tangan mereka di halakan tepat ke arah dark witch. Sebentar kemudian api merah menyala menyambar tubuh dark witch yang kemudiannya hancur menjadi debu. Mereka senyum sendiri. Perlahan-lahan kuasa 4 elements dan 4 seasons hilang.
“mari kita bawa mereka balik” mereka memapah Dany dan Lord.

3 under spell:

epy elina said...

hohohoh...
silver jual mhal kat ju lak....
crta smkin mnrik....
pe yg brlku pas ni....
x sbr nak bca next n3...
best2x..

Anonymous said...

knp epsd ni same dgn epsd 23??
huhu..
anyway cite ni best la..:)
truskn b'karya ye...

Snow_Queen said...

a'ah la bru snow prasan..ade ksilapan teknikal ni..nty snow btolkan..

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review