Sunday, April 11, 2010

4 elements vs 4 seasons 23

Posted by Snow_Queen at 1:53 AM

    “wow..berhenti..siapa di sana?” 2 orang pengawal istana mengacukan pedang kepada manusia-manusia di hadapannya.
“jangan biadap. mereka raja-raja dan permaisuri negara Elosopia” Arnab putih berkenaan bercakap bagi pihak mereka berlapan.
“Raja-raja dan permaisuri? Hahaha kau ni Wee banyak sangat baca buku mitos. Negara ni takkan ada pemerintah lagi selagi Permaisuri Erika tak mangkat.” salah seorang pengawal berambut merah memandang arnab putih di hadapannya.
“aku tak tipu la..lihat tuanku Irene” arnab putih berkenaan menunjukan ke arah Irene. Mereka melihat Irene. Serta merta mereka berlutut.
“maafkan patik tuanku” 2 orang pengawal berkenaan segera memunta maaf. Yang lain hanya tersenyum. Perlahan-lahan rambut dan baju mereka berubah apabila berjalan melalui pintu pagar istana negara Elosopia.
“Permaisuri Erika..kita ada tetamu” salah seorang pembantu istana menghadap Permaisuri Erika pemilik tunggal kerajaan Elosopia setelah rakan-rakannya yang lain mangkat. Permaisuri Erika memandang ke arah hadapan. Bulat matanya apabila melihat insan-insan di depannya.
“tak sangka pewaris kerajaan ni muncul dengan cepat. Masa aku mesti dah tak lama lagi” Permaisuri Erika mengeluh perlahan.
“ke mari kamu semua” Permaisuri Erika memanggil pewaris kerajaan itu supaya mendekati. Tanpa ragu mereka mendekati. Permaisuri Erika meletakkan telapak tangannya di dahi insan-insan di depannya satu persatu. Dia senyum perlahan.
“kuasa kamu akan bertambah kuat dengan tambahan kuasa warisan raja-raja dan permaisuri terdahulu”
“tapi tuanku kami tak berniat nak ambil alih kerajaan ni” Silver mencelah. Permaisuri Erika hanya senyum nipis.
“kalau kamu menolak untuk mewarisi kerajaan ni kuasa-kuasa kamu akan hilang sebaik sahaja dark witch di bunuh”
“kami lebih rela begitu” Julia memandang Permaisuri Erika.
“bagus..pewaris yang berani. Sayangnya kamu menolak untuk mewarisi takhta. Pergi sebelum terlambat. Nampaknya beta kena menunggu lagi” Permaisuri Erika hilang dalam sekelip mata dan mereka meneruskan perjalanan untuk memburu Dark witch.
  Mereka tiba di tepi tasik. Maria bermain di tepi tasik. Julia memberi amaran agar tidak terjatuh. Tiba-tiba Maria merasakan ada yang menarik kakinya. Sebelum sempat dia membuat apa-apa dia hilang imbangan badan dan jatuh ke dasar tasik. Julia yang melihat maria terjatuh menjerit. yang lain segera berhenti. Julia ingin melompat masuk ke dalam tasik tetapi segera di halang Silver.
“kau nak mati ke?” Silver menyergah.
“Maria ada dekat bawah sana.. aku mesti selamatkan dia” Julia meronta-ronta minta di lepaskan.
“kita tak tahu benda apa yang menyerang Maria. Kau jangan korbankan nyawa kau secara percuma” Yun juga tidak setuju dengan tindakan Julia.
“ada aku peduli?” dengan nada sinis Julia menuturkan kata-katanya. Baginya kawan lebih penting dari nyawa.
“fine..tapi kita pergi sama-sama?” Silver memegang tangan Julia. Tanpa membuang masa mereka berdua menyelam ke dalam tasik.  Yang lain-lain memerhatikan dari atas.
Segala-galanya terlalu gelap. Julia berenang selaju yang boleh sambil matanya menyesuaikan dengan keadaan sekeliling. Silver mengambil langkah berhati-hati. Julia pusing apabila ternampak bayangan gelap melintas di belakangnya. Silver berenang lagi dalam. Dia ternampak tangan manusia. Dia menepuk tangan Julia tanda dia sudah jumpa Maria. Mereka berdua menghampiri maria yang tidak sedarkan diri. Mereka menarik rumpai laut yang mengikat Maria. Julia pandang atas dan dia ternampak makhluk separuh ikan dan separuh buaya. Haiwan itu mula menyerang. Silver dan Julia mengelak ke tepi. Julia memberi isyarat agar Silver menolong Maria sementara dia mengalihkan perhatian haiwan berkenaan. Julia membaling bebola api ke arah makhluk berkenaan dan berenang selaju yang mungkin jauh dari Maria. Haiwan berkenaan yang mula berang mengejar Julia. Julia menendang perut haiwan berkenaan kuat menyebabkan badan haiwan berkenaan terpelanting. Julia nampak Silver mendukung Maria naik ke permukaan. Dia juga berenang laju ke permukaan selaju mungkin tetapi penglihatannya mula kabur..kabur..dan terus gelap.
Vince menolong Silver menaikkan Maria. Mereka berusaha menyedarkan Maria. Lily rasa ada yang tak kena.
“mana Ju?” Lily bertanya Silver. Silver terkejut. Baru dia sedar yang Julia tiada di situ. Dia terjun kembali ke dalam tasik. Dia melilau mencari Julia. Dia nampak Julia semakin jauh ke dasar. Sedaya upaya dia berenang ke arah Julia apabila makhluk berbadan separuh ikan dan buaya itu mula menyerang Silver. Silver menyumpah seranah. Dia menghalakan tangannya ke arah rumpai laut dan rumpai laut berkenaan membelit badan makhluk itu kuat. Silver berenang ke arah Julia dan dia naik ke permukaan apabila badan Julia berjaya dicapai.
   Julia membuka matanya perlahan-lahan. Dia menyedut udara dengan sepuas hati. Malam menyapa matanya. Dia memandang sekeliling. Dilihat rakan-rakanya sudah lena di ulit mimpi.
“dah ok?” Vince bertanya. Julia memandang Vince sambil tersenyum nipis. Dia bangun dan duduk berdekatan unggun api untuk memanaskan badan.
“apa yang terjadi?” Julia tanya Vince. Vince kerut dahi.
“kau tak ingat? Kau dan silver selamatkan Maria then tiba-tiba kau lemas” Vince memandang Julia. Julia tutup mulut. Dia baru teringat.
“jadi Silver…”
“yup…dia yang selamatkan kau…dia ada kat sana kalau kau nak ucapkan terima kasih.” Vince memotong. Julia bangun dang menghampiri Silver yang sedang khusyuk berlatih dengan sihir barunya.
“errr Silver..” Julia memanggil Silver. Silver pusing menghadap Julia.
“terima kasih sebab selamatkan aku” Julia menuturkan ucapan terima kasihnya.
“tak de hal la” dan Silver terus tidak memperdulikan Julia. Julia mencebik apabila Silver macam nak tak nak layan dia.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review