Sunday, April 11, 2010

4 elements vs 4 seasons 22

Posted by Snow_Queen at 1:51 AM

     Matahari semakin tinggi menyinari alam. Sudah jauh lapan sekawan tu berjalan dengan mengikut arahan Silver. mereka berhenti untuk makan tengah hari. santapan mereka hanyalah buah-buahan liar. Sedang asyik menikmati makanan tengah hari mereka mendengar bunyi ngauman. mereka beredar apabila merasakan bahaya akan menimpa jika mereka duduk di situ lebih lama lagi. Sampai di satu tempat asing mereka berehat. Julia mengagumi kecantikan tempat tu. Dia kemudian terdengar bunyi di sebalik semak. Perlahan-lahan dia menghampiri semak tu dan membaca jampi. Sebentar kemudian terdengar bunyi jeritan kecil. Julia berhenti membaca jampi. Keluar seekor arnab putih.
“wow..nak bunuh orang ke?” Arnab tu memandang Julia. Julia terkedu. Dia sedang mendengar arnab bercakap? mesti dia berhalusinasi sebab terlalu letih.
“selamat datang ke Elosopia. Apa tujuan korang datang ke sini?” sekali lagi arnab putih tu bercakap. Elosopia? Negara apa tu? Mesti kami dah jauh berjalan sampai ke sini desis hati Julia.
“kau bercakap?” kali ni Julia bertanya.
“apa pelik sangat ke? Semua haiwan di tempat ni bercakap” arnab tu menyilangkan 2 kaki hadapannya di dada seperti manusia. Julia tutup mulut.
“Ju..kau buat apa?” Irene bertanya.
“bercakap dengan arnab” Julia memandang Irene. Irene gelak besar.
“kau dah gila ke. Mana ada haiwan boleh bercakap” Irene menepuk bahu Julia perlahan.
“hey cik jaga-jaga sikit percakapan awak tu” arnab tu memandang Irene. Terbeliak mata Irene melihat arnab comel di hadapannya bercakap.
“wah kau bercakap. comelnya” Irene mendakap haiwan kecil tu.
“eh lepaskan la” arnab tu berusaha melepaskan diri. Irene meletakkan kembali haiwan tu di atas tanah.
“apa korang semua buat kat sini?” haiwan kerdil tu bertanya sekali lagi.
“kami sedang memburu dark witch” Irene memberitahu. Arnab tu membeliakkan matanya.
“apa? Dark witch? Baik korang balik rumah tidur je..dia sangat berkuasa tiada sesiapa boleh lawan dia melainkan orang yang memiliki kuasa 4 elements dan 4 seasons” Haiwan tu memberitahu.
“well..kitaorang ada kuasa tu..” Julia memberitahu. Dan haiwan kerdil tu gelak berguling-guling di atas tanah seolah-olah sedang mendengar cerita lucu. Dia mengelap air mata dengan salah satu kaki hadapannya.
“jangan buat lawak la.” Haiwan itu masih lagi cuba membuang sisa-sisa ketawa.
“tak percaya? Irene tunjuk sedikit” Julia menyuruh. Irene menutup mata dan secara perlahan-lahan warna rambutnya putih biru bertukar dan pipi kanannya ada ukiran unik berwarna biru. Haiwan tu memandang Irene dengan rasa terkejut. Segera dia menunduk.
“ampun tuanku..maafkan patik” arnab tu segera memohon maaf. Irene dan Julia ketawa. Yang lain menghampiri apabila mendengar Irene dan Julia ketawa. Mereka lihat ada arnab comel di hadapan Julia dan Irene.
“kitaorang bukan raja..tak payah hormat la” Julia mengusap kepala haiwan berkenaan perlahan.
“patik minta maaf atas kebiadapan patik” arnab kecil tu masih lagi meminta maaf.
“baiklah kami maafkan” Irene dan Julia berkata serentak.
“wah arnab bercakap” yang lain memandang dengan rasa kagum.
“tuanku semua patut bertukar seperti tuanku Irene supaya tiada musuh-musuh yang berani menganggu” arnab kecil itu memberi cadangan.
“wait..wait..kenapa panggil kitaorang tuanku?” Yun mencelah.
“sebab tuanku semua pemilik kerajaan di sini” yang lain ternganga mendengar kenyataan arnab putih tu.
“tapi macam mana?” Vince bertanya. Dan haiwan kecil itu mula membuka sejarah cerita negara Elosopia. Mereka mendengar dengan teliti.
“oh jadi sesiapa yang memiliki kuasa ni bermakna dia adalah pemerintah Elosopia?” Vince bertanya dan haiwan berkenaan hanya mengangguk.
“izinkan patik membawa tuanku semua ke istana” haiwan itu tunduk hormat dan mereka mengikut arah yang di tunjuk oleh haiwan kerdil tu.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review