Sunday, April 11, 2010

4 elements vs 4 seasons 21

Posted by Snow_Queen at 1:50 AM

   “shit” Julia berlari ke arah bertentangan dari arah yang di tunjukan Silver. Silver memandang Julia yang tiba-tiba  berlari ke arah lain.
“Ju…kau nak pergi mana?” Maria menjerit. yang lain mengikuti Julia. Julia berlari pantas. Dia mendengar bunyi siulan kecemasan dari kakaknya. Apabila sampai di tasik hollow garden dia melihat kakaknya menunggu.
“kenapa honey?” Julia memandang kakaknya dengan cemas.
“sssss” Kakaknya mendesis tiba-tiba. Julia berpaling ke belakang dan melihat kawan-kawannya. Dia meletakkan jampi penghadang antara dia dan kawan-kawannya agar mereka tak boleh mendekati.
“Ju..Dany dan Lord dalam bahaya..mesti cari dan selamatkan dorang..” Honey memegang tangan adiknya.
“apa maksud akak?” Julia menelan air liur yang terasa kesat.
“Dany dan Lord terserempak dengan dark witch. Si bodoh yang tak sedar diri tu pergi berlawan dengan dia dan mereka kalah dalam pertarungan tu”
“dorang okay kan?” Julia risau.
“mereka di jadikan tahanan dan cedera parah. Kemungkinan mereka akan di jadikan bahan ugutan untuk papa dan mama menyerahkan kerajaan. Ju..harapan sekarang terletak di tangan kau. Hanya kau dan kawan-kawan kau boleh selamatkan mereka. akak tahu kekuatan kau” Honey memandang Julia dengan penuh harapan.
“shit..Ju terlupa bawa potion yang Dany buat dulu” Julia menyumpah seranah.
“nah..aku ada potion yang Dany buat. Ambil ni dan pergi. Hati-hati. Orang-orang dark witch berada di mana-mana sahaja” Honey menyerahkan 2 botol potion kepada Julia dan berenang masuk ke dalam tasik sekali lagi.
Julia meleraikan jampi penghadang. Maria, Irene dan Lily mendekati.
“Ju..” mereka memandang mata Ju yang merah. Mesti ada sesuatu yang buruk terjadi ni getus hati mereka. Julia menghampiri Silver. Dia menyerahkan satu botol potion kepada Silver.
“potion ni sangat berguna bagi kita. Aku simpan satu kau simpan satu. Jangan hilangkan” dengan kasar Julia memberi botol potion kepada Silver dan berlalu pergi.
Perjalanan mereka di terangi oleh Julia. Badan Julia bagai lampu jalan bergerak apabila setiap sudut badannya mengeluarkan cahaya. Mereka berhenti bermalam di tepi sungai. Apabila semua kawan-kawannya tidur Julia bangun dan duduk di atas batu yang terletak di tengah-tengah sungai. Dia menangis sesenyap yang mungkin. Dia risaukan keselamatan abang-abang dan ibu-bapanya.
 Silver hanya memerhatikan setiap gerak geri Julia. Entah kenapa apabila Julia menangis dia dapat merasakan kesakitan Julia. Seolah-olah dia berkongsi perasaan dengan Julia. Pergerakannya sesenyap angin. Dia duduk di sebelah Julia yang masih lagi menangis. Julia juga tidak perasankan kehadiran Silver. dia berhenti menangis apabila dirinya di hujani bunga-bunga sakura. Dia terkedu seketika. Dia pandang ke sebelah kanan. Silver menarik senyuman manis. Pipi Julia merah tiba-tiba. Segera dia mengesat air mata dan menikmati pemandangan hujan bunga sakura.
“dah ok?” Silver bertanya. Julia mengangguk.
“macam mana kau buat benda ni?” yang dimaksudkan Julia hujan bunga sakura.
“kuasa aku” dan Julia hanya mengangguk perlahan.
“so..sapa Mer people tadi?” Silver bertanya apabila tiada tanda-tanda Julia akan bersuara.
“kakak aku..”
“biar betul..dia Mer people..kau manusia” Silver memandang Julia dengan pandangan tak percaya.
“ermm dulu dia memang manusia tapi dia jatuh cinta dengan Mer people. So apabila dia berkahwin dengan Mer people dia juga turut bertukar.” Julia menjelaskan. Silver hanya mengangguk.
“tapi kau macam ada masalah yang lagi besar dari tu”
“aku dah mengantuk..aku tidur dulu” Julia bangun dan join kawan-kawannya tidur meninggalkan Silver keseorangan di situ.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review