Sunday, April 11, 2010

4 elements vs 4 seasons 20

Posted by Snow_Queen at 1:49 AM

     Suasana malam yang tenang dan damai di Kolej Roswell bertukar menjadi mimpi ngeri apabila terdapat banyak mayat bergelimpangan di sekitar koridor. Sebahagian guru-guru di kolej itu memeriksa setiap bangunan sekolah dan sebahagian yang lain mengawasi para pelajar dengan ketat. Semua pelajar kolej Roswel di tempatkan di dalam dewan makan.
“apa yang terjadi” Irene memandang yang lain dengan cemas. Dia ingat lagi apabila tiba-tiba terdengar bunyi jeritan yang kuat dan ada guru masuk ke dalam bilik mereka menyuruh berkumpul di dewan makan. Dia juga dapat merasakan kehadiran magis yang kuat.
“korang nampak tak mayat Elaine, Moon dan Crystal?” Maria menyoal dengan nada rendah. Yang lain mengangguk.
“aku tak tahu nak suka ke tak” Julia senyum sinis. Adam menghampiri kumpulan Irene.
“Girls we need to talk” Adam menunjukkan satu sudut di dewan makan. Mereka bangun membontoti Adam.
“kita kena buat sesuatu” Vince membuka bicara.
“baik jangan buat apa-apa. Biar cikgu-cikgu je yang uruskan” Irene menyampuk.
“ni kerja Dark Witch. Aku terdengar tadi Miss Westland bersembang dengan kawan dia. korang bayangkan setelah kolej ni dilindungi dengan bahan-bahan jampi yang kita cari tempoh hari pun tak berkesan untuk melindungi diri kita semua” Silver menyampuk.
“kita nak buat apa? Dan macam mana?” Julia menyampuk.
“ini tanggungjawab kita semua. Kalau kita tak buat apa-apa aku rasa bersalah sementelah kita semua ada kuasa yang hebat dan mampu menolong raka-rakan kita yang lain. kita sendiri kena buru Dark witch dan bunuh dia. kalau tak entah siapa menjadi mangsa selepas ni. macam mana kita nak cari dia Silver tahu.” Yun menyampuk.
“macam mana Silver?” 4 gadis memandang Silver.
“aku tak ada masa nak terangkan. Kita semua kesuntukan masa. Kita mesti cari Dark Witch sebelum gerhana bulan berlaku. Kalau kita gagal bunuh dia dalam tempoh masa tu takut kita sendiri tak boleh nak lawan dia dan dia akan menguasai negara ni” panjang lebar Silver bersyarah. Secara perlahan-lahan mereka semua keluar dari dewan makan tu tanpa menarik perhatian sesiapa menuju ke hutan West Stone.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review