Sunday, April 11, 2010

4 elements vs 4 seasons 19

Posted by Snow_Queen at 1:47 AM

    “wah..bapak berhabuk” Maria mengalihkan perkakas di atas meja bilik experiment. Beberapa kali mereka semua bersin. Lily mengeyeh mata yang gatal.
“sorry la sebab korang kena tolong aku” Irene gigit bawah bibir.
“ala tak de hal la. Kitakan kawan?” Julia menepuk bahu Irene perlahan. mereka mengemas bilik experiment sehinggalah terdengar bunyi kaca berterabur di atas lantai. Mereka berempat melihat Elaine and the gang berdiri di salah satu meja yang terdapat di bilik itu. di tangannya ada lagi 1 flask dan dengan sengaja dia menjatuhkan flask tu.
“kau ni apahal?” Maria menyergah.
“tak ada. Hobi aku” Elaine sengih jahat. Elaine memberi isyarat kepada Moon dan Crystal. Mereka memecah perkakas yang berada di bilik itu. Maria, Lily, Julia dan Irene naik angin. Mereka menolak Moon dan crystal. Tiba-tiba Elaine menjerit nyaring sambil duduk di atas lantai. Dia memekup kedua belah telinganya seolah-olah melihat sesuatu yang menakutkan. Moon dan crystal mendekati Elaine. Mereka memeluk Elaine.
Minah ni apahal desis hati Irene. Sir Lord yang mendengar bunyi jeritan di bilik experiment meluru masuk. Dia melihat Elaine duduk di atas lantai.
“apa yang terjadi” Sir Lord menyoal.
“mereka serang Elaine secara tiba-tiba” Moon mengadu.
“wei kau apa hal? Bila masa pulak kitaorang buat macam tu” Lily naik angin. Sir Lord pandang 4 gadis di hadapannya dengan pandangan yang tajam.
“awak semua jumpa saya di bilik guru disiplin selepas ni” Sir Lord memapah Elaine keluar dari bilik experiment. Julia sempat melihat senyuman Elaine sebelum keluar.
“arghhh!!” Julia menyepak meja di hadapannya. Dia merasakan marah yang teramat sangat tiba-tiba.
“Ju..bawak bertenang” Lily dah cemas apabila rambut Julia sudah bertukar warna. Julia menarik nafas perlahan-lahan dan rambutnya kembali kepada warna asal.
  Mereka semua tunduk memandang lantai apabila berada di dalam bilik Sir Edward merangkap guru disiplin.
“apa betul awak semua menyerang Elaine?” dengan tenang Sir Edward menyoal.
“TAK!!!” mereka berempat menjerit serentak. Sir Lord memandang mereka semua dengan sinis.
“tak payah nak menjerit. Saya boleh dengar dengan jelas lagi” Sir Edward memandang mereka tajam.
“apa motif kamu semua serang Elaine?” Sir Edward menyoal sekali lagi.
“Sir..kami bukannya orang gila nak serang orang tanpa sebab” Irene menjawab.
“jadi apa sebab korang serang dia?” Sir Lord bertanya.
“kami tak buat apa-apa. Dia yang datang buat hal dan kami juga tak tahu kenapa tiba-tiba dia menjerit” Lily menerangkan.
“jadi macam mana kamu nak terangkan kaca-kaca yang berselerak di atas lantai?” Sir Edward menyoal.
“Moon dan Crystal yang pecahkan semua barang tu. Sir percayalah” Julia memandang Sir Edward.
“kenapa nak percaya kata-kata orang yang pernah buat hal?” Sir Lord menyampuk. Julia ke hadapan dan menarik kolar baju Sir Lord.
“apa awak nak serang saya pula ke?” sinis Lord menututurkan kata-katanya.
“Julia jaga tingkah laku kamu” Sir Edward menegur.
“Hell yeah. Aku rasa nak bunuh kau dengan tangan aku sendiri. Tapi aku waras lagi. Dan kau tahu kenapa?” Julia mendekatkan bibirnya ke telinga Sir Lord.
“sebab aku bukan la gila macam kau. Kau suka si Elaine kan? Aku tahu tu. Aku dah baca diary kau. And guess what..aku ada copy diary kau tu” Julia melepaskan pegangan dengan menolak Lord sedikit ke belakang. Lord menelan air liurnya keras.
“ehem..Edward..aku minta kau lepaskan diaorang kali ni” Lord memandang temannya.
“betul? Tapi kesalahn diorang bukan ringan. Kalau aku lepaskan apa kata guru-guru dan pelajar-pelajar yang lain?” Sir Edward memandang temannya yang sorang tu.
“aku akan uruskan hal tu. kau tak payah risau” Sir Lord keluar dari bilik tu.
“baiklah saya lepaskan kamu semua kali ni. kamu semua boleh keluar sekarang” Sir Edward memandang anak-anak muridnya.
“terima kasih” mereka berempat meninggalkan bilik tu selepas tunduk hormat.
“apa yang kau bisik dekat Sor Lord?” Maria bertanya.
“tak ada apa-apa” Julia senyum sinis. Si bodoh Lord dia boleh menafikan kalau dia nak. Lurus bendul betul desis Julia dalam hati.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review