Wednesday, April 7, 2010

4 elements vs 4 seasons 17

Posted by Snow_Queen at 4:10 PM

“Panjangnya muncung kau cik kak” Maria memeluk bahu Irene yang baru lepas keluar dari bilik sir Lord.
“dia suruh kau buat apa?” Lily bertanya.
“lepas ni aku kena bersihkan bilik experiment selama seminggu” Irene mengeluh.
“ala jangan risau. Kitaorang kan ada. Nanti kitaorang tolong la ek” Julia menepuk perlahan tangan kanan Irene.
“betul ke?” muka Irene dah bercahaya.
“tolong tengok” serentak tiga orang kawannya berkata. Mereka ketawa lucu melihat mimic muka Irene.
  Mereka berempat menikmati makan tengah hari. Lily memerhatikan Julia yang tak senang duduk.
“kau ni kenapa?” Lily menyoal.
“entah..aku rasa panas semacam. Macam nak terbakar badan aku ni” Julia mengomel.
“ish badan kau ada masalah ni. kat sini punyalah sejuk” Irene mengomel.
“entah. Wei aku buat kerja rumah kat hostel jelah harini. Sorry ek” Julia beredar selepas menghabiskan makan tengah harinya.
  Julia mengambil buku dan mengipas badannya yang makin berbahang. Aish nak kata demam tak juga kalau demam mesti sejuk menggigil. Dia tertidur apabila merasakan badannya sejuk sedikit. Malam itu mereka berempat mengalami bermimpi yang pelik. Mereka bangun serentak.
“aku bermimpi benda pelik” Maria memberitahu.
“aku juga” Lily memberi respon. Julia dan Irene juga mengangguk apabila Maria memberitahu mimpinya yang lain buat muka 0.0 sebab mereka juga bermimpi benda yang sama. Mereka bermimpi berlawan dengan dark witch.
  Mereka berempat dalam perjalanan menghadiri kuliah dark defend apabila Lily merasakan ada orang menarik pinggangnya ke tepi. Yang lain mengikut Lily. Lily meronta minta di lepas. Apabila Yun melepaskan pegangannya Lily melibas belakang tengkuk Yun.
“sakit la nek” Yun menggosok tengkuknya.
“sapa bagi kau kebenaran nak sentuh aku?” Lily merenung Yun tajam.
“kalau aku tak buat macam ni sure korang tak nak ikut aku” Yun memandang yang lain.
“apahal?” mereka berempat bersuara serentak.
“kitaorang mimpi benda pelik semalam” Vince memberitahu.
“budak lelaki selalu mimpi benda yang pelik-pelik” Maria mencebik.
“wei tolong sikit ye. Kitaorang ni innocent lagi” Silver mencelah.
“kau pikir kemende?” Maria melibas belakang Silver. Julia sengih.
Adam membuka mulut dan cerita mimpi yang di alami mereka. gadis berempat tu buat muka o.0
“kitaorang pun mimpi benda yang sama” Irene menyampuk.
“aku rasa ni petanda la” Yun menggosok dagu.
“petanda apa?” Lily memandang Yun.
“mungkin kita semua dalam bahaya?” Silver mencelah.
“ha.ha.ha. sejak bila pula korang jadi tukang tafsir mimpi ni?” Julia sengih sinis.
“suka hati korang la. Malam ni jumpa dekat valley wood. Pukul 12.jangan lambat.” Adam menyuruh dan mereka beredar meninggalkan 4 orang gadis itu. tanpa mereka sedari ada telinga lain yang turut mendengar rancangan tu. Crystal senyum sendiri. Dia akan memberitahu Elaine apa yang di dengarinya. Kebetulan dia keluar untuk ke tandas dan dia berasa curiga apabila nampak Lily ditarik oleh Yun. Dengan hati-hati dia mengikut dan mendengar dengan terperinci rancangan mereka berlapan.
 Elaine sengih lebar apabila dia mendengar laporan dari Crystal. Dia akan pastikan mereka berempat takkan dapat lepas keluar. Dia akan memberitahu Miss Wick tentang rancangan Julia and the gang.
  Lily memandang Miss Wick dengan pandangan apa-hal-perempuan-ni-dok-tengik-kita-dari-tadi.
Julia dan yang lain-lain juga perasan yang Miss Wick selalu ikut kemana sahaja mereka pergi. Julia rasa rimas. Dia menulis sesuatu di atas buku dan bagi kat Lily. Lily kenyit mata tanda setuju.
“adui sakitnya perut aku…korang jom teman pergi tandas” Lily mengaduh kesakitan. Maria dan Irene memapah Lily. Tinggal Julia sorang-sorang mengulang kaji di perpustakaan kecil di asrama. Miss Wick mengikut Lily apabila selepas 5 minit Lily masih tak balik-balik. Julia pandang geng Elaine. Dia membaca sesuatu dan menghentakkan kakinya sedikit di atas simen. Julia bangun dan menuju ke bilik pejabat Miss Wick. Elaine, Moon dan Crystal cuba nak bangun untuk mengikuti Julia tetapi gagal apabila merekalangsung tak dapat bergerak. Elaine mendengus kasar. Julia memasukkan ubat tidur dalam minuman Miss Wick dan menyapu gam di atas kerusi Miss Wick. Dia sengih lebar apabila kembali balik ke tempat duduknya. Dia mengemas buku-buku di atas meja dan balik ke bilik. Dilihat 3 rakan-rakannya menunggu. Dia tunjuk thumb up kepada mereka. yang lain sengih lebar.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review