Wednesday, April 7, 2010

4 elements vs 4 seasons 16

Posted by Snow_Queen at 4:10 PM

“I’m back guys.. Miss me? hehehe” Julia menjerit sebaik sahaja dia masuk ke dalam kelas pada pagi tu. Seluruh kelas pandang ke arah Julia dengan pandangan pelik.
“dah gila agaknya” Moon bisik kepada Elaine dan Crystal. Maria, Irene dan Lily memeluk Julia serentak.
“wey mana kau menghilang?” tanya Maria.
“entah..pastu bukan nak ajak sekali” Irene buat muncung.
“jangan la hilang tiba-tiba lagi boleh tak” Lily tarik pipi Julia.
“hehehe sorry la. Lain kali aku ajak okay” Julia mengusap pipinya yang merah akibat di tarik oleh Lily.
Adam, Silver, Yun dan Vince hanya memerhatikan sahaja telatah 4 sekawan itu. Silver terasa bagai nak luruh jantungnya apabila Julia menjerit tiba-tiba tapi dia tersenyum kemudian apabila melihat senyuman memekar di bibir Julia. Hatinya menjadi damai tiba-tiba apabila melihat Julia yang ceria bukan Julia yang stress sepanjang minggu lepas.
“skru dah longgar ke?” dengan nada sarcastic Silver menuturkan kata-katanya. Julia memandang Silver. Dia menghadiahkan senyuman paling manis kepada silver. Jantung silver bagai nak melompat keluar dada apabila melihat senyuman Julia.
“ehem..nampaknya ada orang yang dah jatuh cinta?” Yun menepuk bahu Silver.
“kau merepek apa?” Silver jungkit kening.
“kau tenung dia dari dia masuk hingga la tadi? Aku rasa skru dekat otak kau yang dah longgar” sinis Adam menuturkan kata-katanya. Silver bangun keluar dari kelas. Enggan melayan usikan rakan-rakannya.
“pipi dia merah macam baru lepas makan cili” Vince senyum memandang kelibat Silver yang semakin menghilang dari pandangan.
  “wey aku hairan la” Maria pandang Julia yang sedang memasukkan potion dalam periuk kecil.
“asal” Julia masih lagi focus kepada experiment di depannya.
“asal tak de tindakan dekat kau? Haritu lepas kau blah yeye si Elaine tu mengadu kat pengetua” Lily menyampuk. Irene mengangguk.
“hehehe..of coz..aku kan kebal dari hukuman hehehe” Julia senyum jahat. terima kasih kepada ibu bapaku dan abang Dany..selamat la aku desis hati Julia. Lily terlanggar tangan Irene dan cecair yang di pegang Irene di dalam flask melambung dan betul-betul jatuh atas kepala Moon. Moon menjerit apabila rambutnya bertukar menjadi rumpai laut. Segera Sir Lord membawa Moon ke bilik rawatan. Yang lain ketawa habis-habisan.
“wei cantik je rambut baru dia” Maria masih lagi gelak.
“ahaha..lepas ni bukan Moon tapi si rumpai laut” Julia menekan perutnya yang sakit akibat gelak melampau.
“ish..sudah-sudah kang kita pula kena” Irene menenangkan kawan-kawannya. Dia garu kepala. Aish habis aku lepas ni desis hati Ireme.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review