Wednesday, April 7, 2010

4 elements vs 4 seasons 15

Posted by Snow_Queen at 4:08 PM

  Julia duduk menghadap Lord. Lord baru sahaja sampai apabila dia tak dapat cari Julia di sekolah. Baran sungguh dia apabila di beritahu anak murid kesayangannya di tumbuk oleh Julia.
“nanti minta maaf” tegas Lord mengarahkan.
“dan…kalau aku tak nak?” Julia sengih jahat.
“aku akan pastikan kehidupan kau dekat kolej tu macam berada di neraka” Lord mengugut.
“bring it on” heh ingat aku takut la tu desis hati Julia. Lord mengepal penumbuknya menahan amarah. Kalau gadis di depannya ni bukan adik dia dah lama teruk dia kerjakan.
Julia bangun meninggalkan ruang tamu. Dia menyertai minum petang bersama ibu bapanya dan Dany di taman.
“macam mana?” Queen Xan bertanya. Julia angguk sahaja konon-konon dia sanggup minta maaf.
 Malam melabuhkan tirainya. Julia menyiapkan semua kerja sekolah selepas Dany menarik telinganya apabila dia enggan. Dia hanya muncung sahaja sepanjang menyiapkan kerja rumah. Muncungnya bertambah panjang apabila Dany duduk memerhatikan dia sepanjang hari.
“jangan buat muncung macam tu. Permanent nanti baru tahu” Dany mengusik adiknya.
“suka hati la” Julia menempelak.
“ala merajuk ya..nanti abang belanja ais krim okay?” Dany menarik pipi Julia.
“ish jangan kacau nanti tak siap kerja ni kang” Julia menepis tangan Dany dan kembali concentrate membuat kerja rumahnya. Jam di dinding menunjukkan pukul 5 pagi dan dia berjaya menyiapkan semua kerja rumahnya sekali gus.
 “Ju..Ju..bangun” Julia merasakan ada orang menampar pipinya perlahan.
“hermm nak apa? Orang mengantuk ni” Julia menarik bantal tutup muka.
“aish..mama nak jumpa la” Dany menarik selimut yang menyelimuti tubuh adiknya.
Julia buka mata dan merenung Dany seolah-olah Dany akan hancur berkecai dengan pandangan tu. Dany telan air liur. Julia kembali menarik selimut dan menyelimuti tubuhnya dan tutup mata.
“wey..mama tengah tunggu tu” Dany menepuk bahu Julia.
“E.N.C.I.K.D.A.N.Y..kalau sekali lagi kau sentuh aku akan pastikan kau mati harini juga” kerana marah yang teramat sangat Julia memberi amaran dan mendengus kasar. Dany yang mendengar kata-kata Julia terasa kecil hati. Adiknya tak pernah mengeluarkan kata-kata yang kasar kepada dia. dia keluar kerana merajuk. Julia meneruskan perjalanannya ke alam mimpi. Tepat pukul 5 Julia membuka matanya. Dia melihat sekeliling. Segera dia turun ke ruang tamu apabila siap membersihkan diri. Dany dan Lord sedang berbincang apabila Julia masuk ke situ. Mereka berdua bangun keluar sebaik sahaja Julia masuk. Dany merempuh Julia. Julia pegang dinding. Aish mamat ni apasal PMS ke..ah peduli la yang penting perut aku mesti di isi desis hati Julia.
 “asal?” Julia menyergah Dany yang berada di tepi kolam renang.
“bukan ada kena mengena dengan kau pun” Dany membuang pandang ke arah lain. malas nak tengok muka Julia. Julia telan air liur. Tak pernah-pernah Dany berperangai macam ni getus hati Julia.
“kalau Ju ada buat salah sorry la. Tak sengaja” lembut Julia berkata. Dia menyentuh tangan Dany. Dengan kasar Dany menarik kembali tangannya. Julia menangis apabila Dany tak peduli akan dirinya. Hati Dany tersentuh apabila mendengar esakan kecil Julia. Dia bangun dan memeluk Julia.
“jangan menangis okay. Abang je teremosi hari ni” Dany mengusap kepala Julia lembut.
“o..oo..okay..” susah payah Julia menuturkan kata-kata tu. Dany mengelap air mata Julia.
“senyum sikit..jangan la muka masam macam tu” Dany senyum manis. Julia senyum balik.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review