Sunday, April 4, 2010

4 elements vs 4 seasons 14

Posted by Snow_Queen at 11:48 PM

   Irene mengemaskan barang-barangnya ke dalam locker. Lily mengajak Irene tinggal bersama.
“aku masih tak percaya..” Maria mengomel perlahan.
“aku pun tak percaya..” Julia menyampuk.
“agak-agak berapa banyak exercise yang kita kena buat sepanjang kita hilang? Dan hari-hari kita kena mengadap mamat-mamat tu?” Lily juga tidak ketinggalan menyampuk. Mereka bertiga mengeluh serentak.
“Irene kau ni happy semacam je aku tengok..?” Julia memandang ke arah Irene.
“mestilah gembira sebab dapat tinggal dengan korang semua” Irene senyum manis.
“oh ni juga bermakna kita akan berjumpa dengan minah-minah gedik tu?” Julia memandang teman-temannya dan kali ni mereka berempat mengeluh serentak.
“urgh! Bring it on..kalau dorang nak cari gaduh pun aku peduli hape” Julia berkata tiba-tiba.
   Julia, Maria, Lily dan Irene begitu sibuk sepanjang minggu ni. banyak yang mereka kena cover untuk subjek-subjek yang tertinggal. Tak ketinggalan 10 buah essei yang menuntut sepenuh perhatian daripada mereka. oleh kerana geram Julia menolak kesemua buku-buku sehingga berterabur di atas lantai.. Dia mendengus kasar. Otaknya memang dah tak boleh nak masuk satu input pun. Dia betul-betul perlukan fun. Satu kelas diam kerana mereka sedia maklum perangai Julia bila baran dia dah datang. Nasib baik cikgu takde dalam kelas.
“kau ni apahal? meroyan?” Elaine menyergah. Julia merenung Elaine seolah-olah nak makan minah tu.
“eleh ingat aku takut la tu” Elaine bagai sengaja menambah minyak pada api yang marak. Maria, Lily dan Irene juga bagi warning pada si Elaine tu agar jangan bermulut cabul tapi minah tu buat tak tahu je. Julia bangun menghampiri Elaine tanpa disangka-sangka sebiji penumbuk singgah ke pipi mulus Elaine. Julia sengih jahat. dia melompat keluar dari tingkap kelasnya. Selamat mendarat atas tanah dari aras 8 tu dia berlari menuju ke Stone West. Sampai di tasik Hollow Garden dia memanggil kakaknya. Sebentar kemudian timbul Honey bersama Alicia. Julia bermain-main bersama anak buahnya.
“kenapa nampak semacam je ni?” Honey bertanya.
“tension la..orang nak have fun sikit je. Tadi tak pasal ada yang dah makan penumbuk Ju” Ju menceritakan kejadian dalam kelasnya tadi. Honey menggeleng perlahan. dia sedia maklum dengan perangai panas baran adiknya tu.
“balik la rumah sebentar untuk weekend ni?” Honey bagi cadangan.
“kalau boleh Ju pun nak..tapi akak macam tak tahu je peraturan sekolah” Ju buat muncung.
“Dany kan boleh tolong?” dan Ju sengih jahat. betul jugak apa gunanya kalau ada abang yang berpengaruh kalau tak digunakan. Setelah megucapkan selamat tinggal kepada kakak dan anak buahnya dia menuju pula ke arah valley wood. Di sana dia bertemu pula dengan unicorn xing dan anaknya. Dia memberi nama Lily kepada si ibu dan Maria kepada si anak. Kalaulah kawan-kawanya tahu.. Lily mendengus. Julia berpaling ke belakang dan melihat Silver bersandar di batang pokok.
“nak apa?” dingin Julia bertanya.
“kenapa kau buat dia macam tu?” Silver menghampiri dan mengusap Maria.
“urgh! Padan muka dengan dia”
“tapi kau yang bersalah kan?”
“hei kalau kau datang sini nak bagi ceramah percuma kirim salam awal-awal ya” suara Julia dah bergetar menahan amarah. Silver menggeleng.
“dia anak orang berkuasa. Kau tak takut ke?” Silver sengaja nak tengok reaksi Julia.
“peduli hapa aku dia anak orang berkuasa ke anak gergasi ke…dah la..drop the subject please” Julia leka bermain-main dengan Maria. Silver berlalu pergi meninggalkan Julia.
Hilang untuk 3 hari…wanna have some fun-Ju
Lily melihat sticky note di atas mejanya. Dia memberitahu Irene dan Maria tentang kehilangan Julia.
“ceh..tak ajak kita pun” Irene dan Maria dah muncung.
“biarlah dia. nanti balik dia nak kena menghadap cikgu disiplin pasal kes dia tumbuk si Elaine tu pulak” Lily mendengus. Ju..Ju..buat sesuatu tanpa fikir akibatnya desis hati Lily.
“yaaa..this is heaven..” Julia terjun masuk ke dalam kolam renang. Dia berenang dengan pelbagai cara. Dany garu kepala tengok perangai Julia.
“Ju..at least pergi la tukar baju..ni dengan uniform sekolah kau terjun masuk dalam kolam” Dany menegur. Julia sengih lebar. Sekarang ni dia dah tak kisah apa-apa pun hatta tak lama lagi mesti parents dia balik untuk ‘mengajar’ dia. bunyi angin kencang menarik perhatian Julia. Dia cepat-cepat keluar kolam dan menukar pakaian kemudian masuk ke ruang tamu dan duduk sebelah Dany. Dany angkat kening. Heh tahu takut desis hati Dany. Sebentar kemudian bunyi pintu berlaga dengan dinding kedengaran.
“Julia!!!” kedengaran suara Queen Xan. Julia semakin merapati abangnya. Muka Queen Xan bertukar kemerah-merahan kerana marah yang amat. Dia melihat Julia menyorok belakang Dany.
“Julia..kan mama kata jangan buat hal. Kamu ni tak makan saman betul” Queen Xan berdiri di hadapan anaknya sambil mencekak pinggang.
“memang la..Ju makan nasi” Julia sengih pandang mamanya yang berapi. Dany sekeh kepala Julia.
“ah..sudah la awak ni. dia kan baru balik” King Harris menenangkan isterinya.
“awak suka sangat manjakan dia” Queen Xan mencebik.
“mama..Ju tak salah apa pun. Dia cari pasal dulu” Julia pandang mamanya.
“kalau Ju kawal panas baran Ju tu takkan la jadi macam ni kan?” Queen Xan menyergah.
Queen Xan sungguh berapi apabila dia dapat tahu anaknya menumbuk seorang pelajar. Mana dia nak letak muka dengan kawan-kawannya kalau Julia selalu buat perangai.
“Ju..mari dekat dengan papa” King Harris memanggil. Sebaik sahaja Julia mendekati terus King Harris menarik telinga anaknya yang seorang itu.
“adeh papa sakit la” Julia mengaduh.
“tahu pun..lain kali jangan buat mama marah okay? Awak tu salah satu pewaris negara ni PUTERI JULIA..” King Harris memandang anak bongsunya itu. Julia segera mengangguk dan tersengih. Queen Xan hanya menggeleng melihat telatah anaknya tu.

2 under spell:

Anonymous said...

bestnya cita nie..sambunglah lagi ye.. green87

Snow_Queen said...

thanx sbb sudi luangkn mse bce krye yg xseberape ni..i'allah tgh dlm proses mnulis lg..sbr k..hehehe...

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review