Sunday, April 4, 2010

4 elements vs 4 seasons 13

Posted by Snow_Queen at 11:46 PM

   Adam, Silver, Yun dan Vince melelapkan mata sebentar sementara menanti kumpulan Julia. Masing-masing tidur dengan gaya tersendiri.
   Julia melompat tinggi di atas kepala Irene dan meluncur di atas pula. Irene yang melihat lompatan Julia yang cantik menjadi kagum.
“Irene depan kau..” Maria memberi amaran. Irene yang melihat akar di hadapannya bersimpul terus melompat ke lane sebelah dan meluncur seiring dengan Lily. Lily tunjuk thumb up. Silver mendengar bunyi jeritan tapi dia buat tak tahu. Yang lain juga begitu. Setelah bunyi gelak-ketawa makin hampir mereka membuka mata tetapi tidak pula bangun. Adam melihat beratus-ratus akar pokok yang menuju ke arah dia. dia bangun dan melompat ke atas pokok. Julia melompat tinggi dan betul-betul mendarat atas paha Silver. Julia pandang Silver. Silver pandang Julia. Segera dia bangun. Merah padam mukanya. Silver berdehem beberapa kali dan bangun.
“kau ni nak mendarat pun tengok la dulu” Silver berkata untuk menghilangkan perasaan gemuruh dalam hatinya. Julia buat tak tahu dan melangkah pergi. Baru je beberapa langkah Julia jalan..
“aaaaa” dan dia meluncur laju ke dalam satu lubang yang agak dalam. Dia membuka mata apabila merasakan luncurannya terhenti. Yang lain menjerit-jerit memanggil nama Julia. Julia melihat pemandangan di depannya. Taman yang di penuhi oleh bunga dari segala macam spesis menarik perhatian. Dia berjalan sambil memerhatikan kawasan sekeliling. Yang lain turut terjun ke dalam lubang tu apabila tidak mendengar jawapan dari Julia. Mereka juga tergamam melihat pemandangan di depan mata mereka.
“tempat apa ni wei?” Irene bertanya.
“entah..bukan ada sign nama pun tempat ni” Adam memandang Irene dingin.
“eh aku tak tanya kau pun” dengan nada sarkastik Irene menuturkan kata-katanya. Jika dulu dia takutkan Adam tapi kini pada pandangannya Adam tu macam lalat je walaupun dia suka lelaki tu.
“wei..tengok ni” Maria memanggil teman-temannya. Dilihat sekumpulan arnab tidur dengan nyenyak. Baru mereka perasan yang haiwan-haiwan di tempat tu seolah-olah sedang tidur mati walaupun mereka meyentuh ataupun menjerit sekuat hati. Julia berjalan lagi sampai di hadapan sebuah pohon yang mempunyai kelopak bunga yang besar. Dia menyelak salah satu daripada kelopak bunga yang ada di situ dan melihat seorang lelaki sedang tidur dengan aman di pembaringannya. Ah kacaknya desis hati Julia. Dia menghampiri. Dia mengejutkan lelaki tu tetapi tidak berhasil. Eh ni macam citer sleeping beauty la pulak. Aku kena cium dia ke nak bagi bangun desis hati Julia nakal.
Julia mengelengkan kepalanya. Ah! Potion abang Dany mungkin boleh membantu desis Julia dalam hati. Dia membuka mulut lelaki berkenaan dan menuang potion berkenaan dan lelaki itu membuka mata beberapa minit kemudian. Julia yang terkejut kaku di situ. Lelaki itu tersenyum memandang Julia dan memegang tangan Julia.
“wei pervert kau buat hapa ha dengan kawan aku?” Maria menarik Julia jauh dari lelaki tu.
“cik saya bukan pervert” lelaki berkenaan cuba menjelaskan situasi.
“pervert..pervert..” Maria mengulangi kata-katanya itu. yang lain menghampiri apabila mendengar maria menjerit perkataan pervert.
“apa hal?” Vince bertanya.
“ni ha pervert ni cuba buat bukan-bukan dekat Julia” Maria mengadu. Silver mencekak baju lelaki itu bersedia untuk membelasah lelaki tu. Julia menarik Silver ke belakang.
“dia bukan pervert la..” dan dia menjelaskan cerita sebenarnya. Mereka semua keluar dari rumah lelaki itu dan melihat semua haiwan sudah bangun begitu juga penghuni-penghuni lain di tempat itu.
“ini tempat apa?” Lily bertanya.
“Lost World..” jawab Ash. Nama lelaki tadi tu ash.
“oleh kerana Julia dah selamatkan kami semua jadi sudi tak awak jadi isteri saya?” Ash melamar Julia. Muka Silver dah berubah.
“eh saya tak buat apa-apa pun” Julia serba-salah.
“apa sebenarnya yang terjadi?” Yun bertanya.
“beberapa tahun lepas dark witch cuba untuk menakluki tempat ni tetapi gagal dan dia mengenakan sihir tidur ke atas kami. Jadi kami semua terhutang budi dengan cik Julia yang telah merungkaikan sihir berkenaan” Ash senyum memandang Julia. Julia dah blush.
“Ash..” seorang perempuan berambut putih menyapa Ash.
“bonda..” Ash memanggil perempuan berkenaan.
“ini bonda saya. pemerintah tempat ni” Ash memperkenalkan bondanya.
“terima kasih semua.” Queen Helena senyum memandang tetamu-tetamunya.
“bonda benarkanlah Ash kahwin dengan Julia” Ash menunjukkan ke arah Julia.
“eh saya ni budak lagi..tak cukup umur nak kahwin. Lagipun nanti kesian la pak we saya.” selamba ayam Julia mengeluarkan statementnya. Ash mengeluh hampa.
“tetapi kami tak boleh biarkan awak semua balik dengan tangan kosong. Mari ikut saya” Queen Helena berjalan ke arah sungai berhampiran. Dia mendepakan tangannya dan membaca jampi. Beberapa saat kemudian 2 buah kotak terapung di udara dan mendarat di atas telapak tangan Queen Helena dan Putera Ash.
“dalam ni ada roh dan batu 4 elements dan 4 seasons.” Queen Helena dan Ash membuka kotak-kotak berkenaan. Keluar 4 roh dan 4 batu yang mewakili 4 elements dan 4 roh dan batu yang mewakili 4 seasons.
  

“ini adalah antara 8 kuasa terhebat di dunia. Dark witch ingin memiliki kelapan-lapan kuasa ni tetapi gagal dan saya amanahkan kamu untuk menggunakan kuasa ni dengan sebaiknya.” Dan batu-batu berkenaan terbang berdiri di hadapan mereka yang sesuai mewakili 4 elements dan 4 seasons. Di depan Julia batu fire, Maria batu Air, Lily batu Earth dan Irene batu Water. Manakala Adam batu Snow, Silver batu Spring, Vince batu Summer dan Yun batu Autumn. Dan roh-roh yang berdiri di hadapan mereka memeluk kuat tuan masing-masing sebelum hilang.
“mana pergi roh-roh tu?” Lily bertanya.
“mereka dah masuk ke dalam badan kamu” Queen Helena tersenyum.
“kini kamu semua harus berhati-hati menggunakan kuasa elements mahupun seasons. Jangan gunakan kuasa tu sesuka hati.”dan mereka semua pengsan sebaik sahaja selesai Queen Helena berkata demikian.
“kat mana ni?” kata Yun sebaik sahaja tersedar. Dia melihat kawan-kawannya juga baru bangun. Mereka memerhatikan kawasan sekeliling.
“kita dah berada di kawasan sekolah aku” Julia berkata perlahan. mereka semua bangun.
“jadi semuanya dah berakhir” Lily berkata perlahan. mereka membahagi-bahagikan barang-barang yang di cari.
“so..this is goodbye..Irene jaga diri baik-baik. Nanti ada masa kita berhubung lagi” Julia senyum tawar.
“yeah harap kita semua tak berjumpa lagi” Adam berkata.
“ye..baik kita jangan berjumpa.” Maria merenung tajam ke arah Adam.
 Mereka semua membawa haluan masing-masing. Julia, Maria dan Lily ternganga melihat bangunan sekolah di hadapan mereka.
“wei ju apa yang kau buat dengan putera Ash tu?” Lily bertanya Julia. Segera muka Julia merah.
“jangan-jangan kaulah pervert sebenarnya tak?” Maria menyergah temannya itu.
“woi suka-suki kau je panggil aku pervert” Julia meluku kepala Maria. Maria mengaduh kesakitan. Katawa mereka berhenti apabila melihat bangunan sekolah di depan mereka.
“what the…” Julia tak menghabiskan kata-katanya. Sekolah di hadapan mereka kini sudah berubah. Sebahagian mempunyai rekaan sekolah Jewel dan sebahagian lagi sekolah Roselle. dan terpampang papan yang menunjukkan nama sekolah berkenaan. KOLEJ ROSWELL.
“aku tengok macam rabbit yang comel beranakkan raksaksa” Maria memberi komen.
“heh nampaknya kita semua akan berjumpa hari-hari lepas ni” kata Silver yang entah muncul dari mana. Irene tersenyum memandang kawan-kawannya.
“oh aku tak sanggup” selamba Julia menuturkan kata-katanya sambil melihat Silver and the gang berjalan masuk ke kawasan kolej.
 

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review