Friday, March 12, 2010

Guardians 9

Posted by Snow_Queen at 11:14 PM
Angelica merenung panjang. Dia mengeluh perlahan dan kemudian menggelengkan kepalanya ke kiri dan ke kanan.

“cik puan terlalu banyak berfikir?” devil head menegur. Devil head adalah sejenis makhluk berbadan manusia

dan berkepala kambing juga kuasa beliau dalam ilmu sihir tidak perlu di pertikaikan lagi. Setiap sihir yang

dilancarkan ke atas musuh pasti berjaya. sudah berkurun lamanya devil head berkhidmat kepada pihak istana

untuk menjatuhkan mereka yang dirasakan ancaman kepada pihak istana. Selain itu kerja beliau di istana

adalah sebagai penasihat raja dan permaisuri. Beliau juga jadi penasihat part time kepada angelica kerana

angelica selalu mencarinya jika ada masalah. Devil head tinggal di bawah tanah kawasan istana.

“devil head.. angel confius la sekarang. Cinta tapi takut dia akan pergi meninggalkan angel..dia selalu pandang

perempuan tu. Angel hanya mampu pandang belakang dia secara senyap setiap kali dia pergi..ah! kepala dah

nak pecah..” angelica membebel. Devil head yang duduk di atas kerusi hanya melihat cik puannya merungut.

“patutkah saya buat sesuatu cik puan?” penuh hormat devil head menuturkan kata-katanya.

“tak..jangan buat apa-apa. Angel akan memenangi hati dia dengan kebolehan angel sendiri. Oh ya devil

head..adakah mustahil bagi vampire untuk berkahwin dengan manusia biasa?” angelica memandang devil head
yang sedang bermain dengan bonekanya.

“hermm? Manusia biasa dengan vampire? Mustahil selagi manusia tu tak jadi vampire tapi akan ada risikonya.

Sama ada berjaya atau dia akan jadi level E dan cik puan tahu kan apa yang kita buat dengan level E?” devil head bertanya dan angelica mengangguk dan mengeluh lagi.

“apa yang menarik harini?” angelica bertanya riang.

“apa yang menariknya cik puan?” devil head bertanya kembali.

“yelah..potion apa yang menarik yang boleh saya ambil?” angelica memerhatikan rak-rak yang penuh dengan

cecair bewarna-warni berfungsi untuk menambah kebolehan dan kuasa vampire. Dia mengambil potion

berwarna biru gelap dan memerhatikan cecair tersebut.

“potion yang cik puan pegang tu kalau di minum akan menambah kebolehan untuk menyamar. Cik puan

hanya perlu bayangkan nak jadi apa dan serta-merta cik puan akan bertukar seperti yang difikirkan.”

Angelica mengambil pula cecair berwarna putih.

“potion tu pula kalau diminum setiap benda yang kita pegang akan mati secara perlahan-lahan.” Angelica

mengerutkan keningnya tanda tidak suka. Dia memegang pula potion berwarna hijau lumut.

“ah potion tu sangat hebat. Cik puan akan mampu meneutralkan segala macam serangan yang di lakukan oleh musuh”

“kalau macam tu saya ambil yang ni dan yang ni” angelica mengambil potion berwarna hijau lumut dan berwarna biru gelap tadi. Dia beredar keluar.
xxxx
  yul mendongakkan kepalanya apabila angelica muncul dari tingkap biliknya. Dia buat tak peduli dan meneruskan ulang kajinya.

“wah rajinnya yul beberapa harini. Kalau macam ni mesti keputusan periksa kau akan okay” angelica mengusap kepala yul.

“aku bukan bodoh just tak rajin nak study je” yul mengangkat kening double jerk. Angelica mencebik.

“yul..cuba kau serang aku. Guna kuasa tahap tertinggi” angelica berkata tiba-tiba.

“asal? Kau pergi mintak potion apa kat devil head?” yul bertanya curiga.

“adalah..” angelica memuncungkan mulutnya.

“pergi main jauh-jauh. Aku ada kerja nak buat ni” yul menghalau. Angelica hilang dalam sekelip mata.

“bonda..bonda…” angelica berlari ke arah permaisuri xeera yang sedang bersantai di taman istana dark.

“angel..jaga sikit adab kamu” tegur permaisuri xeera bila angelica duduk di sebelahnya. Angelica hanya sengih.

“bonda..bonda..cuba bonda serang angel..cepat la..” angelica merengek persis budak kecil.

“kenapa pula bonda nak serang kamu?” permaisuri xeera memandang angelica dengan pandangan hairan.

“ala..cepat la…” angelica meminta lagi.

Permaisuri xeera mengeluarkan bebola api berwarna hijau dan menghalakan ke arah angelica yang sudah

berdiri tidak jauh dari tempat dia duduk. angelica mengeluarkan jari telunjuknya dan menyentuh bebola api

tersebut. Serta-merta bebola api tersebut hilang. Wah..hebatnya potion tu desis hati angelica. Permaisuri

xeera yang melihat juga menjadi hairan. Bukan sebarang orang boleh elak dari serangan bebola api hijau tersebut.

Angelica duduk di sebelah permaisuri xeera kembali.

“kamu ambil potion dari devil head?” permaisuri xeera bertanya. Angelica mengangguk sebelum menghirup

jus yang di hidangkan.

“bonda..angel tanya je bonda jangan ambil hati ye” hati-hati angelica menuturkan kata-katanya. Permaisuri xeera hanya mengangguk.

“kalau..kalau orang lain yang jadi menantu bonda..bonda akan setuju tak?” angelica pandang ke bawah tidak berani menatap wajah bondanya.

“kenapa? Yul ada buah hati ke? Siapa? Biar bonda cakap dengan perempuan tu..” permaisuri xeera sedikit angin. Dia tidak akan mengaku sesiapa menjadi menantunya selain daripada angelica.

“eh bukanlah..angel cakap kalau..” angelica sengih.

“kamu dengar baik-baik. Bonda takkan terima sesiapa jadi menantu bonda melainkan kamu. Kamu ingat

baik-baik apa yang bonda kata ni” permaisuri xeera merenung sayang ke arah angelica. Angelica senyum

manis. Dia memandang ke depan. Jantungya berdegup laju melihat orang-orang yang sedang menuju ke arah

tempat permaisuri xeera duduk. segera dia bertukar menjadi kucing berwarna putih dan melompat duduk di

atas riba permaisuri xeera. Permaisuri xeera hairan dengan perlakuan angelica secara tiba-tiba itu.

“bonda..anggap je angel ni kucing kesayangan bonda ya” angelica bersuara sebelum berpura-pura tidur.

“salam sejahtera permaisuri xeera.” Sapa Danish hormat kepada permaisuri xeera di ikuti oleh Vivian, shiki, tsubasa dan Vicky. Oh patutlah dia bertukar desis hati permaisuri xeera.

“ermm..duduklah. kenapa tiba-tiba datang?”

“kami saja datang melawat. Putera yul ada?” Vivian bertanya hormat. Permaisuri xeera menyuruh orang memanggil yul. Danish merenung ke arah kucing di atas riba permaisuri xeera. Angelica yang perasan akan hal tersebut sudah sedikit cemas tetapi berusaha buat tak tahu.

“kenapa kamu tenung kucing ni macam nak makan Danish?” lembut permaisuri xeera bertanya.

“ah saya macam pernah tengok kucing ni”

“iye? Mungkin kebetulan sahaja” permaisuri xeera mengusap bulu kucing putih itu.

“eh kenapa nak datang tak cakap?” yul menyapa dari belakang Vicky.

“saja buat surprise.” Danish senyum.

“bonda..kucing mana pula ni?” yul bertanya hairan.

“kucing bonda la. Kamu tak pernah tengok” permaisuri xeera menghirup minumannya. Yul mengambil kucing

tersebut dan menghadapkan kucing itu ke arahnya. Dia merenung mata kucing tersebut yang terbuka tiba-tiba. Angelica yang tak tentu arah cuba mencakar muka yul. Yul yang terkejut melepaskan pegangan dan kucing

putih itu melompat kembali duduk di atas riba permaisuri xeera.

“kucing ni tak suka orang lain sentuh dia” tenang permaisuri xeera berkata.

“perangai kucing bonda ni pelik macam orang tu.. hei jom aku bawak korang ke rumah tetamu” mereka

semua berlalu selepas mengucap selamat kepada permaisuri xeera. Angelica kembali bertukar kepada bentuk asalnya. Dia juga kembali ke istananya selepas mengucap selamat kepada bondanya. Dia mengulang kaji bagi
menghilangkan debar di hatinya kerana tenungan yul sebentar tadi…

1 under spell:

aiRiNa_aiNuN said...

cte nie best....cpt la smbg snow...
x sbr da nie....angel pwn da mula ske dkt yul...ekekeke

sy ske cara snow wt cte...len dr y len....keep it up..

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review