Friday, March 12, 2010

Guardians 8

Posted by Snow_Queen at 11:10 PM

    Angelica menguap perlahan. Dia membuka matanya dan berpusing ke arah kanan. Matanya terbuka luas apabila melihat yul tidur di sisinya. Dia melihat yul mengenggam tangan kanannya juga. Dia cuba melepaskan pegangan tetapi gagal.
“yul bangun..” perlahan angelica mengejutkan yul. Yul membuka mata. Pandangannya sedikit kabur. Dia bangun dan melihat angelica.
“macam mana aku ada kat sini? Kau buat apa kat sini?” yul buat-buat hairan. Kalau  dia tau mampus aku kena gelak desisnya dalam hati.
“mana la aku tau. Yang aku tau memang aku tidur kat sini. Bila masa pulak kau datang?” angelica menggaru kepalanya. Yul hanya mengangkat bahu.
“dah la aku nak balik” angelica berdiri dan membuka pintu. Silauan cahaya matahari mengkaburkan pandangan. Dilihat jam di tangan menunjukkan pukul 5.30 petang. Selipar lady bugnya di sarung dan dia bersedia untuk melangkah turun bukit sebelum yul menarik tangannya.
“kenapa?” angelica mengerutkan keningnya
“pakai magic kan lagi cepat?” yul senyum. Yul memeluk angelica dan beberapa saat kemudian mereka sudah berada di bilik yul. Angelica berlalu masuk ke biliknya tanpa berkata apa-apa.
  Angelica mengetuk pintu bilik yul selepas menyikat rambutya. Dia ingin mengajak yul keluar.
“nak apa?” yul bersandar di muka pintu.
“jom keluar date dengan aku?” angelica senyum manis. Yul meletakkan telapak tangannya di dahi angelica.
“kau demam ek?” yul bertanya serius.
“mana adalah…” angelica dah muncung.
“yelah..tapi kita nak pergi mana?” yul merenung angelica.
“jom pergi pasar hari?”
Yul menganggukan kepala. Hati angelica berbunga riang.
xxxx
“wah..ramainya orang” angelica kelihatan riang apabila berpeluang keluar dari istana. Apatah lagi dia dapat keluar dengan yul.
“angel..jangan lari sana sini lah” yul pening apabila melihat angelica berlari sekejap ke kanan sekejap ke kiri. Habis semua gerai ingin di singgah. Yul memegang tangan angelica. Khuatir gadis itu hilang di celah-celah orang ramai yang tidak putus-putus berkunjung dari mula pasar hari di buka.
“wahhh…pak cik ni apa?” mata angelica bersinar apabila melihat gula-gula kapas yang pelbagai warna.
“ni namanya gula-gula kapas..kamu tak pernah tengok?” pak cik tua itu bertanya pelik. Angelica menggeleng kepala.
“ambilah..percuma” ikhlas pak cik itu memberikan gula-gula kapas kepada angelica.
“yul..aku dapat gula-gula kapas percuma..bertuahnya aku” angelica senyum riang sambil menyuakan gula-gula kapas sedikit ke mulut yul. Yul hanya tersenyum melihat telatah angelica. Dulu dia cukup bencikan gadis itu kerana terpaksa berkahwin pada usia muda dan tanpa disedari hatinya sudah menerima gadis itu sebagai sebahagian dari dirinya.
“yul jom kita naik benda tu?” angelica menarik tangan yul.
“kau ni biar betul?” yul membuat muka.
“jomlah. Aku tak pernah naik..” angelica teruja melihat carousel.
   Mereka berdua ketawa riang sambil menaiki carousel. Nak tak nak yul terpaksa mengikuti kehendak angelica. Ini juga kali pertama baginya menaiki carousel.
Mereka duduk di bangku berdekatan sambil makan keropok setelah penat menaiki carousel. Angelica melihat orang yang lalu lalang dengan penuh minat.
“aku nak pergi tandas sekejap. Kau duduk kat sini diam-diam jangan bergerak tau?” yul memberi amaran. Angelica mengangguk. Angelica memandang ke arah kanan. Dilihat seorang kanak-kanak perempuan sedang menangis. Dia menghampiri budak tersebut.
“adik kenapa?” lembut angelica bertanya lembut. Budak itu tak berhenti-henti meraung. Angelica panic seketika. Dia terus menyumbat keropok di mulut budak itu. Terus budak itu berhenti menangis dan memakan keropok tersebut.
“nana..” seorang perempuan memanggil budak kecil tersebut. Budak kecil itu terus berlari mendakap ibunya. Berkali-kali ibunya mengucapkan terima kasih kepada angelica.
Pada mulanya angelica ingin pergi duduk kembali ke arah bangku tetapi dia membatalkan niatnya apabila melihat sesuatu yang menarik. Dia menghampiri gerai tersebut. Dilihat dalam sebuah besen yang besar terdapat pelbagai ikan berwarna-warni yang menarik perhatian.
“kalau cik berjaya menangkap salah seekor ikan di dalam ni cik akan dapat hadiah” umpan peniaga gerai tersebut. Angelica mengangguk laju. Peniaga gerai tersebut memberi penyauk yang permukaannya diperbuat daripada kertas. Dengan penuh semangat angelica mencuba permainan berkenaan. Sudah beberapa kali dia mencuba tetapi gagal kerana permukaan penyauk tersebut asyik terkoyak.
“angel!!” yul memanggil garang.
Angelica yang mendengar namanya di panggil terus mendongak memandang gerangan si pemanggil.
“yul….”angelica dah nak nangis. Yul yang pada mulanya nak marah angelica terus tak jadi apabila melihat muka angelica yang hampir-hampir nak menangis. Dia mencangkung di sebelah angelica.
“kenapa?” lembut yul bertanya.
“aku nak hadiah tapi penyauk tak guna ni selalu koyak bila aku nak tangkap ikan yang comel-comel tu..” angelica mengadu. Yul mengusap kepala angelica.
“pak cik bagi saya satu..” yul meminta.
Dengan penuh hati-hati yul memasukkan penyauk berkenaan dalam air dan menangkap ikan berwarna pink putih. Angelica bersorak kegembiraan.
“tahiah sebab teman lelaki cik berjaya..jadi cik boleh minta apa sahaja..” kata peniaga gerai berkenaan.
   Mereka berjalan meninggalkan kawasan gerai berkenaan. Angelica memeluk teddy bear berwarna pink yang diperolehi tadi dengan erat. Mukanya kelihatan berseri-seri seolah-olah dapat emas segunung.
“kau pergi mana tadi?” yul menegur. Dia cemas apabila melihat angelica tiada di tempat duduknya. Penat dia mencari angelica rupa-rupanya sesedap ayam goreng je dia pergi main tangkap ikan. Yul menjentik dahi angelica. Angelica menggosok dahinya sebelum memegang erat lengan yul. Mereka bergembira sepanjang malam itu. Angelica berpusing ke kiri dan ke kanan untuk melihat jika ada apa-apa yang boleh di cubanya. Sewaktu melalui gerai yang menjual jagung manis dia seolah-olah ternampak hana. pada mulanya dia ingat salah tengok tetapi apabila di perhatikan betul-betul memang sah itu adalah hana.
“yul..aku nak balik..” angelica mengajak.
“betul? Nak main apa-apa lagi?” yul menyoal. Angelica mengelengkan kepalanya.
“tapi aku nak makan jagung manis. Jom pergi beli kejap?” yul mengajak. Angelica menarik tangan yul kerana hana juga berada di gerai yang sama.
“ada lagi satu gerai jagung manis kat depan. Yang kat situ lagi sedap” angelica menarik tangan yul meningalkan tempat itu. Kebetulan sewaktu yul beredar hana berpusing ke arah tempat yul dan angelica berdiri. Hana seolah-olah dapat merasakan kehadiran yul tetapi dia tidak melihat sesiapa apabila menoleh ke belakang.
  Angelica baring kepenatan di atas katil. Dia memeluk teddy bear tersebut erat seolah-olah yang di peluknya itu adalah yul. Nasib baik..kalau tak mesti hana nampak aku dan yul tadi..aku tak boleh bagi mereka berjumpa. Tapi apa yang hana buat kat sini? Desis hati angelica…

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review