Friday, March 12, 2010

Guardians 7

Posted by Snow_Queen at 11:08 PM
   Suara ketawa Raja Han dan Tuan Zan bergema seluruh istana. Permaisuri Xeera dan Puan June pula sibuk

bersembang sesama mereka. Tuan Zan dan Puan June adalah antara mereka yang berpengaruh di kalangan

elder council iaitu satu jawatankuasa tinggi bagi vampires. Mereka mengawal setiap tindak-tanduk vampires

yang ada supaya kewujudan kami semua tidak terdedah dan membahayakan orang sekeliling. Oleh itu

mereka di pihak istana memberi layanan sebaik yang mungkin. Yul memandang pemuda di hadapannya yang

tidak habis-habis memandang angelica dari tadi. Ingin saja dia membenamkan garfu di anak mata lelaki itu.

“jadi angelica awak belajar di mana?” pemuda yang bernama Jimmy itu bersuara.

“St. Agnes” sepatah angelica menjawab. Sebenarnya dia tak selesa kerana jimmy tak habis-habis memandangnya semacam dari tadi.

“oh tempat yang bagus. Kalau ada peluang mungkin saya pun nak masuk situ?” Jimmy sengaja menguji.

“baguslah. Tempat tu memang bagus. Suami saya pun belajar di situ. Mungkin kamu boleh berkawan rapat. Ye tak sayang?” angelica senyum sambil pandang yul. Muka jimmy sudah berubah bila mendengar perkataan suami dari mulut angelica.

Yul hanya menganggukan kepala.

“angel..apa kata kamu bawa jimmy melawat kawasan istana dark ni?” Permaisuri Xeera menyuruh. Angelica pandang yul tapi yul buat dunno je. Angelica berdiri di ikuti oleh jimmy.

Mereka berdua pergi ke taman istana dark. Angelica hanya menerangkan apa yang patut. Jimmy pula tidak habis-habis bertanyakan itu dan ini kepada angelica.

“kenapa awak berkahwin pada usia yang muda?” jimmy bertanya.

“sebab saya cintakan dia” nak-tak-nak angelica menjawab.

“seriously? Korang tak nampak rapat pun” jimmy senyum manis.

“mesti ke tunjuk yang kitaorang rapat? Diam-diam sudah..jom balik ke dewan makan” angelica mengajak.

   Selepas menghantar jimmy ke dewan makan angelica menonong balik ke istana moon. Dia dah malas nak berhadapan dengan mereka semua.

Angelica membuka telefon bimbitnya. Terdapat 1 pesanan ringkas dan 2 panggilan tak berjawab daripada hana.

Angel..saya nak mengucapkan selamat bercuti..x bestnya x dapat jumpa awak sebelum balik haritu. Study rerajin n jgn nakal2 tau..^_^

   Dia memadam pesanan ringkas berkenaan. Hatinya sakit apabila teringatkan kejadian yang berlaku sebelum dia balik bercuti haritu. dia keluar dari dorm untuk bertegur sapa dengan hana sebelum pulang tetapi lain pula

yang dia nampak apabila ternampak hana. Baru sahaja dia ingin memanggil nama hana suaranya seakan

tersekat apabila melihat yul bersama hana. Jantungnya berdegup laju apabila hana mengucup pipi yul. Dia tahu yul sedar akan kehadiran dirinya tetapi lelaki itu tidak pernah membangkitkan soal tersebut sehingga harini.

Dia cuba untuk melupakan kejadian itu dengan menekup bantal di atas mukanya dan menjerit.

Dia berasa rimas dan keluar ke balkoni. Air mata di kesat dan pemandangan malam di nikmati.

Yul bersandar di dinding di luar bilik angelica beberapa ketika sebelum berlalu ke biliknya.
xxxx
  angelica mengikat tinggi rambutnya. Dipandang anak tangga yang menuju ke puncak bukit Ses yang terletak dalam kawasan istana juga. Satu persatu anak tangga di daki dan setiap kali anak tangga dinaiki dia membuat

satu hajat. Dia sampai ke puncak sebaik sahaja fajar mula menyising. Dia berehat di rumah pondok yang di

sediakan di situ. Yul berpusing ke kiri dan ke kanan. Anehnya matanya tidak mahu pejam. Seolah-olah ada

yang tidak lengkap. Dia bangun dan menuju ke bilik angelica. Kemas dan tidak berusik tempat tidurnya. Dia

mencari seluruh istana tetapi tidak berjumpa. Sewaktu melalui tingkap dia berhenti sebentar. Pemandangan bukit ses menarik perhatian.

Don’t tell me…desis hati yul. Dia berlari pantas ke arah bukit ses. Dia membaca jampi dan dalam sekelip

mata sudah berada di puncak. Dia melihat selipar lady bug angelica berada di luar pondok. Dia masuk dan

melihat angelica tidur dengan lena. Dia menyelak anak rambut yang menutup dahi angelica. Perlahan-lahan dia juga turut baring sebelah angelica dan mengenggam tangan gadis itu. Yul tidur lena tanpa disedari.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review