Friday, March 12, 2010

Guardians 6

Posted by Snow_Queen at 11:01 PM

  “ angel bangun..bangun la wei..” Yul mengoncangkan tubuh angelica yang sedang lena tidur.
“hermm.. kenapa?” angel menjawab tetapi matanya masih terpejam rapat.
“ kata nak ajar aku?” Yul duduk di atas sofa dan menyilangkan kaki. Angelica yang mendengarkan kata-kata yul terus bangun. Dia melihat jam di dinding menunjukkan pukul 6 petang. Dia mengambil getah rambut dan mengikat rambutnya tinggi.
“kau keluar dulu. Nanti dah sudah aku pergi bilik kau” angelica mengarah.
    Baru sahaja dia ingin buka pintu gelonsor yang menghubungkan biliknya dan bilik yul perutnya berbunyi meminta di isi. Dia keluar dari bilik untuk menuju ke dapur. Angelica mengelak ke tepi apabila menyedari dia menghalang laluan vacuum untuk menyedut habuk. Baru dia perasan semua alatan seperti bulu ayam, mop, kain cuci cermin semuanya bergerak sendiri menyudahkan tugas yang disuruh. Sampai di muka pintu dapur, orang-orang gaji kelihatan sibuk memasak dan menyediakan apa yang patut.
 “selamat pagi cik Puan. Eh! Kenapa cik puan masuk dapur? Kalau permaisuri tahu nahas kami” salah seorang orang gaji bersuara.
 “ada apa-apa yang boleh saya makan dulu? Dah lapar la..” angelica meminta.
Semua orang gaji berhenti memasak. Mereka memandang antara satu sama lain.
“yang ringan-ringan pun tak apa” angelica senyum manis.
“ bloody cookies chip boleh?” takut-takut mereka bersuara.
“perfect” angelica mengambil sebungkus bloody cookie chip dan keluar dari dapur bersama minumannya. Dia membaca jampi dan memejamkan matanya. Apabila dia buka mata dia sudah berada dalam bilik yul. Muka yul kelihatan bengang kerana menunggu lama.
“sorry aku lapar. Makan dulu la ye” angelica senyum manis sambil duduk menghadap yul. Yul hanya menjeling.
“okay jom belajar.. burrp..” angelica menutup mulut kerana sendawa begitu kuat di hadapan yul.
“ini ciri-ciri menantu idaman bonda aku? Macam tak percaya je” yul memerli. Angelica menjeling. Mereka duduk di atas lantai dan meletakkan segala buku-buku di atas meja yang rendah untuk memudahkan proses pembelajaran. Mereka memulakan dengan subjek sejarah.
  Baru 10 minit belajar…
“macam mana faham tak?” tanya angelica setelah bersyarah panjang lebar terhadap yul.
Reaksi yul? Dia hanya geleng kepala.
Angelica? Pegang buku teks kuat dan tahan diri sendiri daripada tendang meja study. Tenang angel tenang. Nak marah pun tak guna. Tarik nafas…lepas..tarik nafas..lepas..desi hatinya.
“okay aku akan terang kan semula. Kau dengar betul-betul” angelica mengambil notanya dan bersyarah sekali lagi.
15 minit kemudian…
“macam mana? Mudah kan?” angelica bertanya riang.
“aaaa..aku faham sikit je. Sekurang-kurangnya aku tahu empayar Wings yang menyerang dan merampas takhta empayar Tris kerana berebutkan perempuan..” yul berkata dengan bangga.
Reaksi anglica mendengar jawapan yul…
“kau ni biar betul..mana datang pula sejarah tu? Empayar wings dan empayar tris tu cerita lain. memang tak boleh di selamatkan kau ni” angelica dah naik suara 1 oktaf.
“wei suka-suka kau je nak marah aku. Sekurang-kurangnya aku tahu empayar-empayar tu wujud.” Yul tak nak kalah.
“eiii bercakap dengan kau ni kan..ok kau ada nota tak?” angelica cuba berdiplomasi.
“nota? Tak payah la buat nota..buku teks kan dah cukup..” yul sengih.
Angelica menepuk dahinya dan menolak belakang badannya atas lantai mendengar jawapan yul. Dia menarik hujung rambutnya dan menghentakkan kakinya ke atas lantai kerana geram. Yul hanya ketawa melihat reaksi angelica.
Nampaknya kena bermula dari awal dengan budak ni desis hati angelica.
“mula-mula kita buat nota dulu. Meh aku ajar macam mana nak buat nota. Baik kali ni kau jangan buat aku geram kalau tak aku musnahkan bilik kau ni..do u hear me?” angelica memberi amaran. Yul angguk serius..
30 minit…
Angelica melihat yul membuat nota dan menegur apa yang patut. Sambil mengajar yul dia melukis kerana kebosanan. Tiba-tiba yul membaling nota yang di buatnya.
“kau ni asal?” angelica menegur. Yul bangun dan mencekak pinggang.
“bosan..kau tau tak benda ni bosan? Aku dah tak tahan..biar la nak jadi apa pun jadi la..” yul keluar dan menghempas pintu. Angelica tersentak sedikit kerana terkejut.
Dia bangun dan mengejar yul.. tangan yul di tarik dan yul terpusing sedikit ke belakang.
“kau ni kenapa?” yul memarahi angelica.
“orang yang sepatutnya naik angin adalah aku. Baik kau balik bilik dan sambung nota kau tu..”
“kalau aku tak nak kau nak buat apa?” yul angkat kening.
“aku campak kau dari jambatan ni” angelica mengugut. Yul pandang sekeliling. Sekarang mereka berada di atas jambatan yang merentasi tasik untuk ke taman istana moon.
“buatlah kalau berani..” yul mencabar.
Angelica menarik tangan yul kuat dan badan yul berpusing 90 darjah sebelum jatuh ke atas lantai jambatan kayu itu. Yul bangun dan melibas kakinya ke arah kaki angelica. Angelica lompat ke atas dan berdiri di atas tempat pemegang jambatan. Oleh kerana mendarat dengan tidak stabil angelica hampir jatuh ke dalam tasik tetapi sempat di tarik oleh yul dan dia mendarat di atas dada yul. Mereka tergamam sebentar.
 “errr Cik Puan dan Tuan Putera minta maaf menganggu” serba salah pembantu istana yang di kenali dengan nama Gee itu bersuara.
“Raja Han dan Permaisuri Xeera minta kalian berdua datang makan di istana Dark. Ada tetamu di raja datang” kata Gee lagi.
Angelica segera bangun. Yul bangun dan merempuh kasar bahu angelica. Angelica buat muka sebelum menyaingi yul ke istana dark…
  

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review