Friday, March 12, 2010

Guardians 5

Posted by Snow_Queen at 11:00 PM
    “buk” bunyi buku tebal dicampak ke atas meja kedengaran. Angelica mengerutkan keningnya apabila melihat 4 buah buku di letakkan di atas mejanya. Ingatkan bila datang study kat perpustakaan tenang la sikit rupanya telahannya tersasar jauh. Demam baru je kebah dah ada yang datang cari pasal desis hati angelica.

Vivian, tsubasa, shiki dan Vicky mengelilingi angelica.

“buatkan nota untuk kami.” Arah Vivian.

“ada mata, ada tangan, ada otak kan? Buat la sendiri. Kalau rasa-rasa otak korang dah tak berfungsi baru

datang cari aku” tetapi ayat itu hanya keluar dalam fikiran sahaja. Dia malas nak bertekak. Angelica senyum

sinis bila melihat 4 makhluk itu pergi. Dalam 2 minit kemudian Vivian, tsubasa, shiki dan Vicky datang balik

ke tempat angelica duduk. Mereka berasa pelik. Sudah beberapa kali mereka berpusing tempat yang sama

tetapi masih tidak nampak jalan keluar dari perpustakaan. Angelica gelak jahat sebelum beredar. Biar jadi

pengajaran pada korang. Lagipun bukan selalu desis hatinya.

Keputusan ujian subjek sejarah telah keluar pada haritu. Madam sophie memandang semua para pelajarnya

dengan garang. Jika boleh ditelan anak muridnya mungkin sudah di telan sekor-sekor.

“keputusan ujian awak semua tak memberangsangkan langsung. Kalau macam ni macam mana nak ambil

periksa selepas buka sekolah? saya harap cuti sekolah selama 2 minggu ni kamu semua belajar bersungguh-

sungguh. Tahniah kepada angelica dan Danish kerana mendapat markah yang tinggi. Awak semua patut

belajar dari mereka berdua. Cuti sekolah bermula esok kamu jangan nak enjoy sakan ya.” Kata Madam

sophie sebelum menyerahkan kertas ujian kepada mereka semua sebelum memulakan pembelajaran pada hari itu.

Angelica mengunyah biskut berkrim darah sambil berjalan menghala balik ke dorm. Ceh apalah si yul tu muka dah ada, kononnya semua orang tak berani usik dia walaupun sehelai rambut dan reti berlawan. Tapi apa

gunanya semua tu kalau belajar tak berapa bagus. Ala angel kau macam tak kenal je si yul tu kalau bab-bab belajar ni dia la paling malas sekali desis hati angelica.

   Harini cuti umum bagi sekolah St Agnes. Cuti 2 minggu diberikan kepada semua para pelajar sebelum mereka menduduki peperiksaan awal tahun. Dan semua pelajar di beri kebenaran balik rumah masing-masing.

Ramai pelajar sesi pagi sudah bertolak awal pagi kerana sudah tidak sabar-sabar untuk pulang ke rumah.

Manakala pelajar sesi malam hanya akan bertolak pulang apabila tiba waktu senja nanti. Boleh sahaja mereka balik pada waktu pagi, tengah hari mahupun petang tetapi mereka lagi suka bergerak pada waktu malam. Yul sudah selesai mengemaskan barang. Dia berasa sedikit berat hati untuk pulang ke rumah. Vivian, Cheryl, valarie, Danish, shiki, tsubasa, Vicky dan yul melepak di ruang tamu. Mereka saling bertukar cerita hendak pergi ke mana dan buat apa untuk cuti 2 minggu ni. angelica keluar dari dapur membawa segelas minuman.

Dia duduk di meja kopi berhampiran ruang tamu.

“yul, cuti 2 minggu ni awak buat apa? Takkan la awak nak duduk di rumah sahaja? Apa kata join saya bercuti?” Vivian cuba mengajak.

“terima kasih untuk ajakan tu..tapi rasanya tak boleh. Saya ada hal nak buat” yul menolak secara baik.

“awak pergi mana angelica?” Danish bertanya. Angelica tergamam dengan pertanyaan yang tidak di sangka-sangka itu. Agak jarang dia nak dengar suara Danish.

“erm mungkin pergi bersihkan kubur?” angelica menjawab bersahaja. Shiki yang sedang menghirup minuman tersembur mendengar jawapan angelica.

Danish tergelak mendengar jawapan angelica tu. Angelica tergamam sekali lagi apabila melihat Danish gelak.

“mungkin saya boleh join awak?” Danish bertanya. Yul dah menjeling angelica.

“oh saya bergurau sahaja. Jangan ambil berat terhadap apa yang saya katakan” angelica memberikan senyuman manis dekat Danish. Selepas menghabiskan minuman dia melangkah menghampiri Vivian. Vivian pandang dia dengan pandangan pelik bila angelica menyuakan beberapa keeping kertas.

“nota korang” angelica meletakkan nota tersebut atas paha Vivian dan berlalu pergi. Vivian mengenggam nota tersebut.

“apalah perempuan tu. Bersihkan kubur? Tak menarik langsung” shiki cuba untuk menghidupkan suasana.

“dia…agak menarik kan?” Danish bersuara.

“kau minat dia?” Cheryl bertanya curiga.

“entah..” Danish hanya tersenyum.
xxxx
  “selamat pulang cik puan dan putera yul” sapa semua pembantu rumah serentak sebaik sahaja yul dan angelica menjejakkan kaki di palace of dark.

“permaisuri dan raja sudah menunggu di dewan makan istana Dark” kata salah seorang pembantu rumah yang berada di situ. Angelica dan yul melangkah ke arah dewan makan.

“mari angel, duduk sebelah bonda” sapa permaisuri Xeera setelah nampak angelica melangkah masuk. Yul dan angelica tunduk hormat. Mereka duduk menikmati makan malam bersama.

“yul, prestasi pelajaran kamu semakin lemah. Jangan main-main lagi. Belajar rajin-rajin” raja Han menegur.

“abang.. mereka baru sampai. Jangan la sebut pasal belajar lagi” permaisuri Xeera menenangkan suaminya.

“awak tu manjakan dia sangat. Sebab tu dia jadi macam tu” raja Han menegur.

“saya akan berusaha. Minta diri dulu” yul bangun dan melangkah keluar dari dewan makan. Angelica hanya diam. Dia malas nak mencampuri urusan anak-beranak itu.

“angel…” raja Han memanggil. Angelica memandang ke arah ayah mertuanya.

“ayahanda nak kamu jadi guru Yul.ayahanda kasi kebenaran ikut suka hati kamu nak ajar dia macam mana. Kalau prestasinya tak meningkat untuk periksa awal tahun ayahanda akan campak dia ke Bad Forest” raja Han mengeluh. Angelica menyengetkan kepalanya ke kanan sedikit. Bala baru desi hatinya.

“jadi angel… Macam mana dengan urusan ‘itu’?” permaisuri Xeera bersuara.

“ masih dalam siasatan. Kena sabar dulu. Lagipun yul tak sedia lagi” angelica sudah hilang selera makan bila bercakap pasal urusan rahsia mereka bertiga.

“saya minta diri dulu” angelica tunduk hormat dan berlalu pergi ke rumahnya iaitu istana Moon yang terletak di bahagian timur.
xxxxx
    angelica baring di atas katil. Dia memerhatikan setiap inci biliknya. Tiada satu benda pun yang berubah. Dia bermain hujung rambutnya. Kenangan lalu bermain di ingatan.

Dalam kawasan palace of Dark yang seluas saujana mata memandang ini mempunyai beberapa istana. Istana
utama adalah Dark iaitu tempat kediaman raja Han dan Permaisuri Xeera. Kemudian istana Hallyu tempat

yang selalu di gunakan jika terdapat sebarang upacara dan majlis-majlis yang besar. Kawasan asrama

kediaman pembantu-pembantu rumah dan sebagainya. Dia sekarang mendiami palace of Moon yang juga

kediaman yang di dudukinya sejak kecil bersama yul. Sewaktu angelica berusia 1 tahun ibu bapanya, Cik

Puan Rosery dan Putera Michael menghantar dia masuk ke istana. Putera Michael yang juga merupakan adik

kepada Maharaja Han menyerahkan anaknya di bawah jagaan abang dan kakak iparnya dengan alasan untuk pergi berbulan madu. Setelah menyerahkan angelica mereka hilang tanpa khabar hingga hari ini. Permaisuri

Xeera membuat keputusan mengahwinkan dia dengan Yul kerana angelica memenuhi criteria ciri-ciri menantu

idaman. Dia tak berani hendak membantah kerana kedua ibu bapa Yul sangat baik padanya. Yul pun

bukanlah baik sangat dengan dia sejak dulu lagi. Lelaki itu layan dia gitu-gitu sahaja. Tapi semenjak angelica

di hantar ke St. Agnes layanan yul terhadap dia berubah sedikit. Dia selesa dengan perubahan itu. Tapi dia

tak berani untuk mengharapkan lebih-lebih kerana kehadiran Hana. Dia lihat Yul seolah-olah mempunyai hati dekat Hana. Angelica mendengus perlahan.

Angelica bangun menuju ke arah pintu yang menghubungkan biliknya dan bilik yul. dia membuka pintu gelongsor yang terletak di sebelah meja belajarnya. Dia berjalan dan baring di atas katil di dalam bilik Yul. Dilihat yul sedang membaca novel di meja study.

“ayahanda nak aku jadi guru kau. Kalau baca novel boleh kenapa belajar tak boleh?” dalam nada sarkastik dia menuturkan kata-katanya.

“baca novel tak la boring sangat daripada aku nak menghadap buku teks tu” yul berkata-kata tanpa memandangnya.

“ kalau kau nak menambat hati Hana tu bawak-bawak la cerdikkan sikit otak ayam kau tu”
Yul memandangnya tajam. Otak ayam? Minah ni aku sumpah jadi katak kang desis hati yul.

“ bukan pasal hana..tapi penting ke study tu?” tanpa perasaan yul menuturkan kata-katanya.

Automatic angelica bangun bila mendengarkan kata-kata yul.

“ study tu penting ke? mestilah penting.. kalau kau malas nak study pun fikirkan lah sikit perasaan ayahanda.

Kau nak orang-orang sekeliling mengutuk kau dan kaum kerabat kita ke? Dah berkebolehan tapi dalam study hampeh. Ingat sikit kau tu bakal mewarisi takhta. Jangan sampai orang tak hormat kau dan jangan sampai ayahanda cari bakal pewaris takhta baru. Walaupun kita ni vampire tapi macam manusia biasa kita kena fikirkan pasal imej, pelajaran dan sebagainya. Harap-harap kau berubah yul.”

Angelica bangun menuju ke arah biliknya. Dengan kuat dia menutup pintu gelongsor dan menguncinya. Dia menghempas tubuhnya kasar ke atas katil.

Yul merenung kosong ke arah pintu gelongsor bilik angelica. Lampu di tutup dan dia merebahkan badan ke arah katil. Dia merenung dalam-dalam syarahan angelica tadi…

2 under spell:

arilman0224 said...

ooooo...husband n wife upenye...hehehe

Snow_Queen said...

@arilman: surprise hehee

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review